Skip to main content

INI LAH WAJAH MICHAEL JACKSON SEKARANG JIKA DIA TAK MELAKUKAN PEMBEDAHAN PLASTIK

Assalamualaikum...


Tahun 1977 (gambar kiri) Michael Jackson mula merancang untuk bergerak sendiri selepas sekian lama bersama Jackson 5.Ketika itu dia kerap  merungut tidak berpuas hati dengan kulit wajahnya yang kerap berjerawat dan menimbulkan rasa malu .Dia juga  kerap menangis memikirkan tentang wajahnya.
Menurut La Toya ,Michael Jackson juga tidak berpuas dengan bentuk hidungnya yang dirasakan terlalu besar.Di Usia 20 tahun dia mula melakukan pembedahan mengubah bentuk hidungnya menjadi lebih mancung.Namun dia masih tidak berpuas hati kerana dia mahukan hidung yang lebih kecil.Dr Steven Hoefflin mula melakukan pembedahan kedua untuk membetulkan hidung nya dan ianya menyebabkan Michael Jackson selalu mengadu sukar bernafas.



1983 dia mula menipiskan rambut afro zaman remajanya dan mengenakan solekan keatas kulit untuk kelihatan cerah.Tahun berikut nya dia melakukan pembedahan ke 3 pada bahagian hidung nya,menambah implan pada pipi dan melakukan pembedahan di  kelopak matanya untuk mengurangkan kulit berlebihan  . 
1991: diusia 33 tahun dia sudah menjalani  4-5 pembedahan dibahagian hidung dan nampak ketara bila hidung nya menjadi semakin kecil dan berbentuk segitiga .Tahun 1992 ramai yang mengetahui dia memakai hidung palsu untuk menutup hidungnya yang mula mengelebeh seakan jatuh ke bawah.
Dagunya juga mula mempunyai lekuk dan dipasang implan malah kulitnya juga sudah putih.


1995; usia 35 tahun dan kulit nya semakin putih dan dia juga kerap menggunakan solekan yang berlebihan .Dia juga mengenakan rambut palsu .Malah rakan nya mengatakan dia berubah wajah kerana tidak mahu kelihatan seperti ayahnya.Waktu ini dia sudah berkahwin dengan anak gadis Elvis  presley iaitu Lisa Marie.Mereka berpisah pada tahun 2002.
tahun seterus nya dia dilihat kerap menampal pita pelakeyt di hidung nya.ianya untuk menghalang hidungnya dari mencair dan masuk ke dalam mulut.



2003; Dia menyangkal dakwaan ramai mengatakan dia melakukan pembedahan plastik pada kulit  nya.namun dia mengaku melakukan pembedahan di hidung dan mengakui pembedahan tersebut membuatkan dia boleh menyanyikan nada2 tinggi .
2009:Doktor nya mengatakan hidung nya sudah semakin nipis dan sudah tidak nampak semula jadi.
Sebahagian dari telinga dan tulang rawan nya juga  digunakan untuk membentuk kembali mukanya.
Dia meninggal dunia pada jun dengan hutan yang tinggalkan sebanyak  £ 350 juta.


Jika dia tidak melakukan pembedahan begini lah wajah Michael Jackson sekarang ..

sekian..

Comments

  1. Hensem juga kalau begitu muka MJ..kathy minat giler dgn MJ ni..

    ReplyDelete
  2. sanggup buat , adoiii . banyak tu hutang tinggal

    ReplyDelete
  3. Masa zaman tu produk Qu Puteh dan Terlajak Laris belum keluar lagi, jika tidak, Michael tentu akan datang ke Malaysia utk putihkan kulitnya, hehehe...

    ReplyDelete
  4. lain benar rupanya, tapi kan pada kak ana lah, yang asal tu walaupun tak hensem tetapi asli kan hehe :)

    ReplyDelete
  5. masa saya kecik-kecik dulu confuse tengok muka MJ, mana paham apa pasal pembedahan plastik ni..tapi kalau dikekalkan rupa asal pun manis jugak sbenarnya

    ReplyDelete
  6. Minat MJ ni. Walaupun muka dia pelik tapi lagu dan gerakan tari dia tetap anggun di mata saya.

    ReplyDelete
  7. Hensem jugak apa bapaknya tu dpd muka Micheal Jackson yg dah lain sangat tu. Seram nengoknya

    ReplyDelete
  8. Kesiankan kalau tengok riwayat hidup King of Pop ni. MJ ni memang best. Suka sangat tapi bila terlalu banyak melakukan pembedahan, naik takut tengok mukanya. Dua hari lepas baru tengok video MJ di World Music Award kot. Ramainya peminat, meratap hiba nampak kelibat si MJ ni. Bila tengok mukanya aduhai... kesian sungguh. Kalau dibiarkan macam asal, takdalah teruk pun rupa MJ ni bila dah tua!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …