Skip to main content

GURU BULI PELAJAR

Assalamualaikum..


Saya paling risau kalau Maisara balik sekolah
dan bagitau ada kawan2 yang buli dia..
Tiba2 je nak naik angin rasa..
Mula la darah pahlawan dalam tubuh saya ni
mendidih2 nak pi berperang..hahahha..

Saya Rasa bukan saya je yang macam tu..
kebanyakan ibu bapa pun akan rasa perasaan tu..kan??
Dah tentu kita akan mengharapkan guru disekolah
dapat memberi perhatian pada anak kita..

Tapi macam mana pulak kalau guru yang kita harapkan tu
adalah pembuli anak kita di sekolah..

Seperti berlaku pada remaja 15 tahun ini..
Stephen Davis,mendakwa ketika kelas matematik
dia terkejut tiba2 sahaja muncul lakaran sebuah lukisan
di skrin komputer semua pelajar dengan tertera namanya "Stephen"
kemudian guru tersebut terus melukis antena di bahagian kepala lakaran tersebut
tak ubah seperti makhluk asing.


Tambah mengejutkan dan hampir membuatkan dia
 menangis apabila guru tersebut menulis
‘Stephen’s ugly ass’ pada gambar yang dilakarnya.
malah rakan2 sekelasnya turut mentertawakan nya.

Kejadian tersebut diatakan turut dirakam
oleh seorang pelajar di dalam kelas tersebut dan
rakaman video itu tersebar namun telah di alih keluar
oleh YOUTUBE.

Guru Matematik di Streamwood High School itu'
kini digantung oleh pihak sekolah

sekian...

Comments

  1. Mak oi. Tak cukup pelajar je nak buli sesama dorang. Ni cikgu pula yang nak buli anak murid. T_T

    ReplyDelete
  2. Kenapa cikgu tu? ADa masalah ke sebenarnya sehingga membuli pelajar...

    ReplyDelete
  3. kalau dulu, budak perempuan kurang sikit risiko nak kena buli kan.. tapi zaman sekarang sama je..

    hari ni suami bgtau yg anak lelaki sulung tu kemungkinan kena peras ugut kat sekolah.. yg saya geram, bebudak tu budak kelas dia jugak.. baru 7 tahun kot!!! belajar mana rembat duit kawan camtu..ni darah pendekar jawa dah mendidih sampai otak..

    ReplyDelete
  4. Cikgu buli pelajar perkara biasa, yang belum pernah dengar pelajar yang buli cikgu!

    ReplyDelete
  5. motif cikgu tu buat camtu kan? benci sangat kot..

    ReplyDelete
  6. Mental cikgu dia ni..

    ReplyDelete
  7. masalah peribadi dibawa kerja macam ni la

    ReplyDelete
  8. Salam, hah dia ingat lawak ape buat camtu...hmm~

    ReplyDelete
  9. tak pasal² pelajar jadi mangsa..ish ish..ini bukan cikgu namanya

    ReplyDelete
  10. Gilalah kalau cikgu buli pelajar. Dahlah kita mengharapkan mereka, mereka pulak buat hal. Kalau gaya gini, memang kena gantung kerja je. Tak pun pecat je terus, tak layak jadi cikgu dah ni!

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …