Skip to main content

GROUP BLOGGER YANG POPULAR REMOVED AHLI??

Assalamualaikum...

Semalam saya terbaca kat blog Auni
katanya ada group blogger yang popular kat facebook tu
tengah removed ahli2 yang tak sekepala dengan admin nya..
saya tak tahu la group mana..
memula saya agak saya tahu group mana satu rupa2 nya macam salah teka je..
heheheh...mujur teka2 cat cilot at at tu kat dalam hati je..

Pada pendapat saya yang tak berapa pandai ni,
tak patut la buat macam tu kan??
hanya sebab tak sekepala je dah kena removed dari group.
nampak tak profesional dan tak matang la...

Salah satu tempat untuk blogger
share entry2 di blog adalah di group facebbok.
saya sendiri setiap hari share entry kat facebook tu.
memang ada la jugak UV yang datang dari group2 blogger.
kadang2 banyak,kadang2 sikit..
tapi bila kita share entry di group2 tu
ianya sekaligus menambah ahli ke dalam group tu..
sebab rakan kat fb kita bukan semuanya blogger dan join group blogger..kan??
Kita share je ,benda tu kawan2 kita pun akan dapat tengok..

Tapi kalau dah tak suka kat kita nak
buat cemana lagi..kan??
removed je la..itu hak dia..

jangan removed saya ye..haha...
(kau ahli group tu ke??)
entah la..hehheh

sekian...


Comments

  1. kecik ati kita..kalau kena remove.
    tapi..takde join grup blogger pun..hehee

    ReplyDelete
  2. errkkk jangan la remove saya...saya ni baru jer nak menapak...hehe

    ReplyDelete
  3. Alamak ! Jangan remove kita , kita budak baru belajar. Hehehe.

    ReplyDelete
  4. Alamak ... group yg mana satu ni huhu

    ReplyDelete
  5. tak satu kepala pun kena remove? aiyark.. mana boleh camtu.. tak profesional langsung..

    ReplyDelete
  6. Salam, wah2 group ape ni ek? Kalau group yg sy join tu, kena letak banner kat tepi blog, kalau tak, post mmg xakan muncul kat group page tu, haha mungkin lain group kot :p hihi

    ReplyDelete
  7. ai tak sape invite masuk memana group huhu kesian kan

    ReplyDelete
  8. takpelah. one fine day moga dia insaf :)

    ReplyDelete
  9. dah orang tak suka nak buat camna kan.

    ReplyDelete
  10. Diana ni nak tanya - cat cilot at at tu apa ke bendanya? Tak boleh tangkap ler maklumlah tengah bergegas nak balik nih :)

    Saya takda join group blogger makanya saya sendirian di alam maya ni ditemani kawan-kawan yang sekupu bila mengomen. Hahaha.

    Good luck ya! Moga tak kena remove tapi ya juga, ada join ke ni?

    ReplyDelete
  11. hmmm saya xde group blogger pon.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  12. sy x aktif pon kat group2 hehe

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …