Skip to main content

DIY : TOILET FIZZIES

Assalamualaikum..


Petang ni saya ajar kawan2 buat penyegar tandas..
Bau tandas yang hapak dan tak menyegarkan memang manjadi masalah.
Walaupun sudah dibersihkan tapi lepas digunakan
kena tunggu beberapa jam supaya hilang bau2,,
Dengan toilet fizies ni tak de dah masalah tanda berbau selepas digunakan..
Cuma ambil satu toilet fizies dan masuk kan dalam tanda selepas di pump.
selesai masalah anda..

Jom belajar but toilet fizies yang menjimatkan...

bahan-bahan

1 cawan baking soda
1/4 cawan asid sitrik
1/2 sudu teh cuka
1 sudu besar hydrogen peroxide
15 hingga 20 titis minyak pati (haruman)

cara-caranya...

1-masuk kan baking soda ke dalam mangkuk adunan.pecah2 kan supaya tak berketul2.masuk kan asid sitrik.

2-Di dalam bekas lain masuk kan cuka bersama hydrogen peroxide.kemudian baru di masuk kan ke dalam bekas yang berisi baking soda tadi. (wajib ikut aturan ni kalau tak mau berlaku huru hara di ruang kerja awak..hahahah)


3-Sekarang masuk kan minyak pati haruman yang awak suka seperti pudina atau sebarang haruman yang awak suka.kalau saya,saya suka bau serai wangi.;p

4-kacau sebati dan bentuk kan mengguna kan spatula...keringkan selama 4 jam atau semalaman..


5-bila dah kering masuk kan dalam bekas tertutup.jangn lupa letak label supaya tak de yang ambil makan ..hahhha..kalau tak habis la dia..:p

6- cara guna..pump tandas dan campak je satu toilet fizies ni dalam tandas.

Ops!!asid sitrik awak boleh dapat kan di kedai2  baking.
hydrogen peroxide tu pulak kawan2 boleh tengok kat farmasi..
kat antiseptik bagai tu la..tanya je orang jual tu tau..:)

selamat mencuuba..


sekian...

sumber: popsugar

Comments

  1. Wah..hebat ni..

    ReplyDelete
  2. Alahai...khairul Mikmin..

    penat makcik taip tu tau..
    baca la sampai habis ye ..
    uhuk uhuk...

    ReplyDelete
  3. cam tau2 je apa org nak tanya kan? saya baru nak tanya mana nak dapat hydrogen peroxide tu, sekali dah terjawab lak... hehehe

    ReplyDelete
  4. ilmu baru ! ilmu baru ! boleh la terai...

    ReplyDelete
  5. Huhu..yg pening, benda ni buat sendiri..terbaiklah..

    ReplyDelete
  6. Minyak Pagi haruman tu mana-mana je boleh ke Diana?

    ReplyDelete
  7. macam nak buat kueh raya gitu :)

    ReplyDelete
  8. hydrogen peroxide tu kat guardian or watson ade la ye..
    heheh boleh try ni
    nice sharing

    ReplyDelete
  9. kiut nye bekas tuh. >.<

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …