Skip to main content

CARA UNTUK TAHU SAMA ADA ANAK ANDA SUDAH SESUAIKAN DIRI DISEKOLAH ATAU BELUM.

Assalamualaikum...



Dah hampir sebulan sekolah dibuka.
bagi anak2 yang baru masuk sekolah ialah pengalaman yang baru.
mungkin ada yang masih belum biasa dengan rutin bangun awal,makan awal,
tapi lambat laun dia akan biasa.
Bila dah masuk sekolah ni tentulah kita ibu bapa
nak juga tahu bagaimana pendapat dia tentang sekolah..kan?/
dia suka ke,dia bosan ke..

Selalunya bila anak balik sekolah je
kita akan tanya.."hari ni belajar apa kat sekolah?"
sebenarnya soalan ni budak tak suka nak jawab.
Tujuan kita bertanya dah tentu sebab nak tahu
sama ada dia ingat apa yang cikgu dia ajar ..kan?
tapi lebih baik kita tukar solan tu supaya lebih seronok untuk dia cerita..

Apa yang seronok hari ni kat sekolah??
soalan macam ni lebih buat anak seronok untuk menjawab.
tak de lah dia cuma fikir tentang apa yang diajar cikgu saja.
sekurang2 nya dia akan ingat perkara2 seronok dan sekaligus
buat dia sedar betapa seronok nya pergi ke sekolah.

Apa yang buat awak tak seronok disekolah hari ni??
Ini salah satu perkara penting yang ibu bapa perlu tahu.
jangan abaikan soalan ini pada anak2.
kerapkan bertanya samaada dia mempunyai masalah dengan sesiapa disekolah.
jangan marah bila anak mengakui sekolah amat membosankan,
tak seronok atau malas..Cuba cari punca nya dan atasi masalah tersebut.
Ada ibu bapa yang tak peduli bila anak mengamuk tak mau ke sekolah
setiap pagi.bagi mereka anak2 cuma berlasan untuk tak mahu belajar.
kalau masalah nya bukan disekolah,tentu masalah nya datang dari rumah.
cuba selidik..

waktu rehat awak dengan siapa ?
Dengan jawapan nya dari soalan ni kita akan tahu samada
dia sudah mempunyai kawan,
dia sudah sesuaikan diri ,atau pun tidak..

Tak susah untuk kita tahu bagaimana anak kita
disekolah.hanya dengan jawapan2 nya sahaja
kita boleh menduga samaada anak kita sudah boleh sesuaikan diri atau pun tidak.
tak rugi kalau kita luangkan masa untuk mendengar setiap
cerita anak2 di sekolah..


sekian..

Comments

  1. bertanya soalan2 macam ni memang amalan saya sejak naim di taska lagi.. bila dia dah besar ni, masuk je kereta dia lak ganti mamanya, tanyakan soalan kepada adik... nati dia tanyalah adik makan apa hari ni? adik belajar lagu apa? kawan adik siapa?

    ReplyDelete
  2. Menarik la sis..tips yg berguna..

    ReplyDelete
  3. tq for sharing ...
    tip terbaik..nk buat jugak..
    ptt lah bila tnya soklan belajar apa kt sekolah x minat nk jawab kdg2 tu.. siap kata.. mama ni tnya soklan sama je.. haha

    ReplyDelete
  4. tengok muka je . kalau monyok tu ada la tak kena . hehee kan

    ReplyDelete
  5. Saya pun nak try tanya Ammar la..walaupun baru 2 hari gi taska dan tak pandai cakap sangat..curious nak tahu jawapan dia

    ReplyDelete
  6. Good tips. Soalan yg saya selalu tanya hari² 'belajar apa kat skolah hari ni'. Tak der soalan lain ☺

    ReplyDelete
  7. Soalan yg sungguh baik sekali...barulah anak2 x bosan dgn kita...soalan berbentuk arahan perlu ditukar kepada soalan bentuk pemahaman utk jiwanya...agar dia tahu kita sayang padanya...ambil berat padanya...susah sekarang nak jadikan anak sebagai sahabat karib. kena buat mcm ni selalu

    ReplyDelete
  8. bagus bertanya camni n keep communicate dgn anak² :)

    ReplyDelete
  9. Salam, wahhh betullah!! mesti budak2 pun seronok nak jawab kalau kite tanye camni :D Nice tips kak!

    ReplyDelete
  10. Tips yang baik Diana. InsyaAllah boleh apply pada Luth nnt. Skrg saya selalu tanya, "tadi makan apa kat umah nenek?", atau main apa tadi kat umah nenek? Biasanya tak dpt jawapan pun sebab dia bukan reti bercakap ayat2 lagi. Setakat jawab "bubur", "kut", "acik" gitu je la.

    ReplyDelete
  11. Kalau dua tahun sudah, bila ambil Abang di sekolah memang kami berborak dalam kereta. Kadangkala belum ditanya lagi dia akan buka cerita. Kena marah cikgu ke, gaduh dengan kawan ke. Kalau ada perkara yang menggembirakan pun dia buat seperti itu juga, ghairah tak sabar nak beritahu Mommynya. Sekarang ni kena tunggu Mommy balik rumah barulah bercerita sambil Mommy sibuk memasak di dapur. Kadang dengar sambil lewa je, teruslah muncung mukanya :)

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …