Skip to main content

CARA MAKEUP GUNA JARI

Assalamualaikum...

Masa saya pergi pantai beberapa minggu lepas..
saya masuk tandas yang disediakan kat pantai tu..
Saya nampak ada wanita melayu sorang ni,
dia dok depan cermin makeup guna jari je..

Lipstik guna jari..
Eye shadow guna jarii..
Blusher pun guna jari..
maskara je tak guna jari.heheh..
Dia buat cepat tau...

saya rasa dia agak hebat la dalam menggunakan jari dia.
kawan2 ada tak yang macam ni..
calit2 kat botol lipstik tu,
lepas tu sapu ke bibir..
saya tak suka cara tu sebab membazir..hahahah..
Saya lebih suka sapu terus ke bibir..

Saya pernah terbaca jugak ada cara untuk makeup guna jari ni..

Ibu jari- Digunakan untuk menyapu Faundation.Boleh juga menggunakan ibu jari untuk blush on di bahagian apple of cheek.Mula kan dari atas pipi dan tarik ke arah telinga.Macam gambar atas ni..tapi gambar ni guna berus..kan??kita tukar guna jari je..




Jari Telunjuk- Jari yang paling kuat ni awak boleh guna untuk menyapu  eye shadow pada kelopak mata.

Jari tengah - Digunakan untuk mengaplikasikan makeup di bahagian sisi tulang hidung supaya bentuk hidung lebih mancung.

Jari Manis- Disebabkan tekanan yang tidak kuat jari manis sesuai  awak gunakan untuk menyapu concealer di wajah.Ianya akan nampak lebih rata dan nampak semula jadi.



Jari kelilngking- Gunakan jari kelingking untuk aplikasikan eyeshadow yang di bahagian dalam sudut mata .Biasanya kita guna warna macam putih dan cream kat sudut  mata sebagai highlighter..kan?bahagian tu pulak memang kecil malah nak pakai aye shadow bawah mata pun lebih senang guna jari kelingking. 

selamat mencuba..


sekian..

Comments

  1. Kita guna berus pun fail , nak guna jari ? Hahahaha. Memang serupa badut jela pastu. :D

    ReplyDelete
  2. dulu suka guna jari pakai eyeshadow sebab tak reti nak guna berus... tp dah pandai guna berus rasa kekok pulak pakai jari. Concealer saya tak reti pakai span atau berus... kena jugak pakai jari.

    ReplyDelete
  3. Tq sis..info penting ni..

    ReplyDelete
  4. utk eyeshadow akak suka guna jari:)
    utk lipstik, akak suka pakai putik kapas kalau lipstik tu dah habis. Lipstik masih berbaki cuma kena korek dgn putik kapas:)

    ReplyDelete
  5. rasanya gna jari lagi senang lekat. hhihi

    ReplyDelete
  6. Heee ~ selalu ! The best thing adalah mama sha ! Pakai lipstick jadikan blusher.... hahaha

    ReplyDelete
  7. bolehlah mencuba ye..jimat beli berus make up..hihi

    ReplyDelete
  8. Salam singgah sini sis....jarang pakai makeup tapi ada masa nak pakai makeup boleh juga di cuba ni...terima kasih atas info ni sis...

    ReplyDelete
  9. Pakai lipstick - tonyoh je terus kat mulut.
    Tak reti guna berus or jari.
    Blusher x pakai.

    ReplyDelete
  10. kadang2 guna jari jugak sebab nmpk lg cantik lagi rata dr guna berus. hehe

    ReplyDelete
  11. MELUKIS MUKA DENGAN JARI OK JUGA TU..MUDAH CARANYA TP CNTIK...

    ReplyDelete
  12. me too..me too..kalo kalut sgt xdan dah nk capai beruih make up bagai..haa...guna jari pun boleh...lg puas ati hikss =)ce try

    ReplyDelete
  13. suka main mekap2 ni.. tp selalu end up rasa macam badut hahahaha

    ReplyDelete
  14. sesungguhnya deno tak pakai makeup.. liptik pun tak.. sebab tak minat .. huhuu kakak suh cuba tapi diktipah tak pandai...

    ReplyDelete
  15. Kalau eyeshadow tu ada jugalah guna jari bila malas nak keluarkan brush applicator bagai. Lipstick memang tak pernah buat lagi. Lip gloss tu pernahlah :)

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …