Skip to main content

BOLEH TAK KALAU NAK KOMEN TU JANGAN MACAM NAK CARI GADUH?

Assalamualaikum....

Saya berharap sangat pada rakan-rakan blogger yang
datang baca entry yang saya tulis dalam blog ni
supaya tak bergaduh dan cari pasal dengan saya.
Saya tak suka bergaduh dengan orang ...
tolong lah ye...

Bukan saya takut nak berlawan berdebat dengan awak..
tapi saya tak mau awak sakit hati dan berdendam
dengan kata2 saya yang kadang2 boleh jadi kurang ajar.
Saya ni orang biasa je,..Ada had2 sabar saya tu,,

Dengan saya yang awak tak pernah jumpa ni pun awak nak bergaduh.
mesti dengan jiran2 pun awak suka bergaduh..kan??
ish..orang kata kalau suka cari musuh ni pendek rezeki..
padan la kau tak kaya2..hati busuk cam haram jadah..
ha!nak sangat..kan??

sekian..

Comments

  1. Sapa pula yg nak bergaduh tu sis... Hmm... penyampaian melalui tulisan tak sama dgn bercakap melalui suara...

    ReplyDelete
  2. HEH..HEH..EXCITED SGT BERKOMEN TU XSEDAR TERLEPAS DIANA..MAAFKANLH...

    ReplyDelete
  3. erkk.. ada approve tak komen nak cari gaduh tu nak tau jugak dia komen apa

    ReplyDelete
  4. Siapa agaknya tu sis? Harap² bukan Kathy..

    ReplyDelete
  5. hu3...saya datang komen dan tak nak bergaduh..tak baik gaudh2 nie

    ReplyDelete
  6. Salam singgah yer...
    Wah, ada juga jenis pengomen mcm gini yer..adoyai.

    http://thebeautyofsplendid.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete
  7. tumpng lalu... saya komen nak cari gaduh.... eh.... hahhahaha

    ReplyDelete
  8. bagi saya, hak mereka nak komen apa pun..sebab masing2 ada hak nak bersuara,.mungkin dia rasa pendapat dalam entri diana ada yang tak kena pada dia..tu je kot..hehe

    ReplyDelete
  9. hurm.. tak tahu nk kata apa.. dia terasakah dgn entry akak.. well, ignore ja akak.. hehe

    ReplyDelete
  10. Mar mansor..
    hak??kalau gitu saya pun ada hak jugak nak maki hamun dia kat entry saya..jangan pikir kan hak kita je..

    Hidup ni jangan nak cari musuh.biar muka tak cantik asal budi bahasa tinggi.

    Bagi saya pulak, kalau ada blog pi meroyan kat blog sendiri.tak suka dengan apa yang saya tulis jangan masuk blog saya...

    Tak nampak pun macam dia tak suKa dengan apa saya tulis.yang saya nampak dia macam tak suka kat saya je..

    Entry saya tak de sebut nama siapa2.kalau terasa pi la mampus.

    Tak guna kalau saya je yang berusaha nak buat baik dengan dia kalau dia sendiri jenis nak sanagt bergaduh dengan saya..

    Jangan teraaa pulak ye Kalau awak yang jenis sama macam dia.ye la..awak mungkin tak pernah alami masalah gini.entry awak apa sangt la orang nak bangkang2 ni.blog awak akn blog GA.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. Bukan saya kan, Diana?
      Takut2 kalau saya ada mengguris perasaan tanpa sengaja. Erkk..

      Delete
  11. ini tanah saya, hak saya.. haaa gitu.. :) sabar diana.. dia blogger baru ke? hihi..

    ReplyDelete
  12. Semoga dunia blogging kita ni jernih ya Diana..

    Tak mo gaduh gaduh

    ReplyDelete
  13. Dia komen entri mana satu?
    Teruk sangat ke bahasanya?
    Jangan layan lah orang sewel macam tu.
    Block kan aje.

    ReplyDelete
  14. Salam, haaaa tu dia...erk tapi kak, komen2 sy selalunye mengundang kemarahan tak kak? klw termengundang tu, harap maaf ya..hehe

    ReplyDelete
  15. sis selalu je dpt komen yg menjeruk rasa ni . semuanya dr blogger lelaki . dulu sis delete je . tapi sekarang sis publish terus biar org nampak perangai dia mcm mana ... dah blog kita kan . mestilah cerita ikut gaya kita . tak kan nak ikut gaya dia . dah blog pun ada mcm2 niche . dan dah sah la niche blog kita tak sama dgn dia ... ermmm

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …