Skip to main content

BOLEH TAHAN SOMBONG JUGA ARTIS YANG BARU NAK BERNIAGA NI

Assalamualaikum...

Saya antara orang yang bila nak cuba produk baru mesti nak guna pek percubaan dulu..
Bukan kedekut ke apa..tapi sebab saya sangt sayangkan kulit wajah saya ni..
ye la..badan gemuk..tak cantik..
Cuma harap muka ni je la yang comel sikit..
jadi harus la dijaga dan di belai sebaik-baiknya..hahahahh...
kenyataan berani mati nih...
Bukan niat nak guna pek percubaan tu ,guna2 terus cantik..tidak...
Cuma nak tengok kulit kita ni ada tak alahan pada produk tersebut..



Baru2 nih saya ada baca komen di IG pelakon Faezah Elai
yang tanya sama ada produk yang dia baru keluarkan ni ni ada pek percubaan tak..
memandangkan harganya yang mahal ,dan ianya
masih baru jadi wajar la orang nak cuba dulu produk ni..kan??
nama pun cuba tak kan nak beli yang satu set rm400 kan??



Tapi dah tuan punya produk kata...

"Well klu nk yg murah beli la yg lain. "

harus lah kita cari produk yang kena dengan kemampuan kita..
kalau rasa produk dia mahal beli je la produk murah tu.
Dia pun siap cakap produk dia dah di kaji sebaik2 nya dan dijamin tak de
ruam2 ke bintik2 ke ..tak de...
tapi boleh percaya ke???kang pakai2 berkerak kulit makcik nih..
tak semesti nya kalau MEDICATED SKINCARE tu maknanya semua
orang boleh pakai..

faezahelai 
I dont get emotional with people like you.. You are the one who gets emotional.. Thats why i said you dont understand.. When i said MEDICATED SKINCARE i repeat MEDICATED SKINCARE!!!!! means rashes wont happen.. Paham ke tidok?? So this skin care focus more on people who got pimples and scars due to acne.. Bila dh post description on IG amik la initiative utk baca and paham.. Product ini utk yg pesakit kanser,eczema and preggy pon boleh pakai ni kan pulak for sensetif skin.. About price like i said its a high range product which cost me da'bomb.. Normal price is RM 450 i reduce for promo 399.. Sbb tu i buat 500 set only!!! If i want to make money,i would've done more.. But i want all of you to try out.. Sapa kata all those cliniqe tak de set?? Their set is 1k and above.. Its 399 can last for about 6 month mahal ke? Haiiyaaa maybe u should continue with your current skincare and owhhh the soap i made myself.. Nature 100% u expect me to sell 5 ringgit? Maybe i give u the ingrediant so u can make urself.. Save budget emoji good day emojiemojiemoji

Bayangkan kalau kita beli produk harga sampai 400.
balik rumah tenyeh kat muka..esok pagi tengok2 naik ruam..
Sebab tu untuk permulaan baik la ada pek percubaan.
lagipun produk masih baru,kau pulak bukan terkenal macam Tok Ti..
Promot pun setakat kat IG.
cerita pasal produk tu pun  keluar kat surat khabar sebulan sekali.
lepas tu bila orang bagi pendapat kau nak menyombong nak naik angin tak tentu pasal.


Bukan senang berniaga nih..
mulut kena manis..hati kena lapang..
telinga kena tebal..
Sebab tu orang nak berniaga ni siap kursus segala..
Bukan setakat tunjuk gambar muka kat IG lepas tu letak caption
itu ini dah boleh jual barang..
berniaga macam tu tak lama la kau cik kak oi...
Sombong sangat bunyi nya tu..

sekian...

Comments

  1. serius kulit saya jenis sensitif produk mahal pun belum tentu sesuai even orang pakai majoriti semua effect dia bagus.. so, tak payah confident sangat la faezah elai Ooi.. Nasib x jadi kawen dengan azad tu... kalau2 dua2 bergabung memang puaka.2 dua mulut boleh tahan hahahaha

    ReplyDelete
  2. sepatutny sebagai peniaga kena guna ayat lebih sopan..hu3

    ReplyDelete
  3. Aduhai.. Kenapa jawab macam tu.. Nak berbisness ni memang kena kuat. Itu baru mintak buat trial set, dah begitu jawapan balasnya..

    ReplyDelete
  4. Garangnya la...nak berniaga kena la sabar layan customer kan?

    ReplyDelete
  5. mmg lingkup la kalau berniaga mcm tu..huhu

    ReplyDelete
  6. Fiuuuuhhhh...klu ade org beli jg ...tatau la marketing out haha

    ReplyDelete
  7. hmmm mcm ni gaya perniagaan baru yer...

    ReplyDelete
  8. Amboi bahasa dia , seram pulok nak pakai produk memahal . kang jadi apa-apa, sape yang nek bertanggungjawab .

    ReplyDelete
  9. Macam mana nak berniaga ni. Cer lah bagi jawapan secara berbudi bahasa. Pembeli ni ada bermacam2 jenis.

    ReplyDelete
  10. tak pe produk melambak, pakai yg lain je la.. ada heran produk dia tu.. hihi..produk beribu pun belum tentu sesuai kat semua org..

    ReplyDelete
  11. Brng mhl pun blm tntu b'kualiti, sombong sngt org xbeli nanti marahkan peminat lak....;-/

    ReplyDelete
  12. baik2 nak beli terus cancel nak beli sebab ayat2 berlagak dia tu...

    ReplyDelete
  13. Allah...nak berniaga ni kena sabar ye lebih, melayan kerenah customer kena lebih...kalau x tahan baik tok sah berniaga...haishhhhhhh bahaya dia ckp cm ni...

    ReplyDelete
  14. kalau camni memang taknaklah customer beli kan..

    ReplyDelete
  15. Salam, hahaha~ xtau nk komen ape..mahal gak regenye kan...so pd yg xmampu xpayah lah..try je produk lain..ikut kemampuan..

    ReplyDelete
  16. cara dia jwab tu memg sgt tak sopan dan sama sekali saya tak setuju.

    tp bila dia pertahankan ttg trial pack xnmpak kesan tu saya setuju. sebabnya memg kalau pakai sekali dua n sikit2 tak kan nampak kesan. susah sangat nk nmpak kesan. sometimes ada kes yg baru pakai sekali terus muka jadi lg teruk, actually yg tu bukan kulit tak sesuai dgn produk tp itu ialah healing process. badan kluarkan segala yg tak elok utk produce new cells supaya kulit jd lebih elok. seb tu lah dia tak nak bg trial product. kalau yg guna trial pack tu semua dpt effect healing process yg teruk mcm mana?? then pergi bg testi yg teruk2..tak ke lagi naya utk bisnes dia?? seb tu kita sbg pengguna pun kena tahu juga adat org berniaga especially produk2 skin care n kesihatan ni. apa effect dia n mcm mana dia bertindak balas. kalau produk makanan tak per, bg rasa sesudu dh boleh tahu sedap ke tak.

    Yet, cara dia jwab still saya tak setuju seb sangat tak sopan and menghina orang...

    Ok. just a piece of my 2 cents :-)

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  17. Selalunya kosmetik product ada pek percubaan yek. Tapi kalau dah tak de nak buek camno DR oiii hihi....Kita pakai ajelah product yg dah kita pakai ni walupun murah hihi

    ReplyDelete
  18. Wah, syaa yg takde kena-mengena ni pun rasa bengang bila baca. Walaupun kata medicated, tapi still skin type kita tak sama. Yg nak trial pack tu bukan sbb nak terus pastikan benda tu berkesan, tapi nak make sure takde side effect je. Mmg hak dia utk say no, tapi banyak cara untuk explain. Bahasa pun boleh tukar dgn bahasa yg lebih indah.

    ReplyDelete
  19. Tak boleh jadi businesswoman macam ni. Nak buat marketing, mulut harulah manis. Kalau orang cakap sikit, kita nak marah macamana cerita? Taulah produknya bagus, high end products, sebab tu mahal. Faham juga yang kalau guna trial pek (kalau kita taram sebab nak result cepat dalam seminggu dah habis) muka kita tak akan secantik Faezahelai. Statement tu semua kita faham sebab kita pun tak bodoh sangat, bukan first time guna skincare ni. Jawablah elok-elok. Kalau takda pek percubaan, cakap jelah takda. Saya ni, Cetaphil tu pun tak jalan tau. Medicated sungguh produk tu. Nak kata macamana pulak?

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …