Skip to main content

AMAH KEJAM LARI TINGGALKAN BAYI KEMBAR DI RUMAH

 Assalamualaikum...



Ayumi Hamasaki ni kawan sekolah saya dulu...
dia ada anak kembar baru usia 3 bulan..
suami dia dah meninggal masa dia mengandung kan kembar tu..

Semalam masa saya baca status dia di facebook rasa sedih sangat
sebab ada jugak yang sangggup berlaku kejam pada anak2 kecil ni..

pembantu rumah dia (gambar ) dah lari tinggal kan bayi kembar dia kat rumah macam tu je..dia tinggalkan rumah dan naik teksi.mujur la pakcik teksi tu sembang panjang dengan dia dan terkeluar cerita dia tinggalkan baby kembar tu kat rumah.terus pakcik teksi tu mintak no tel kawan saya ni dan bagi tau kat kawan saya yang anak kembar dia tak de siapa jaga kat rumah sebab pembantu rumah ni dah lari..

mujur la pakcik teksi tu bertindak bijak...kan?? semoga Allah limpahkan rezeki untuk pakcik teksi tu..

Siapa2 yang nak ambik pembantu rumah jangan la terambil perempuan dalam gambar ni..dia tak jujur..
Tak de hati perut betul la..Sabar ye Nadia..

Sekian...

Comments

  1. allhuakbar...kenapa pakcik tu tak bawak pergi balai jerk terus....

    ReplyDelete
  2. Alahai napelah dia wat camtu.. Mesti ada sebab ni.. Nasib bek baby tak apa2.

    ReplyDelete
  3. Gila la..kalau pakcik tuu xcall mak baby tuu.. mau keras dah baby dekat rumah..nasib baik tak ada apa2...

    ReplyDelete
  4. SEDIH PULA BACA N3 NADIA NI..KENAPALA SANGGUP BUAT BGTU YA TINGGALKN BABY YG DIAMANHKN UTK DIJAGA...MUJUR SIFAT PERAMAH TUAN TEKSI MNYELAMTKN ANAK2 KEMBAR TU..

    ReplyDelete
  5. Jahatnya. Apsal lah buat mcm tu. Kawan saya pon pernah kena gak. Di tinggalkan sorang baby & toddler. Bila tgk CCTV, amah tu lari naik teksi. Nasib jiran sebelah dengar budak nangis. Kongajar kan.

    ReplyDelete
  6. emm..bahaya orang macam ni..takde sifat kemanusiaan

    ReplyDelete
  7. Masa kerja di KL dulu saya juga pernah ambil bibik untuk jaga anak. Bibik saling silih berganti sebab ada yg kita rasa tak sesuai dengan kita, ada pula yg mereka rasa kita dan anak2 tak sesuai dengan mereka. Sesuatu yg berlaku antara pengasuh dan orang yang menggajikan mereka pasti ada sebab yang hanya mereka memahaminya...

    ReplyDelete
  8. melampau betul lah manusia ni..

    ReplyDelete
  9. kesiannya baby ditinggalkan ....3 bulan pula yg tak tahu apa2

    ReplyDelete
  10. ish jahatnye.... tp mujur jugak dia tinggal kalo dia bwk lari, lagi naye.. ish skrg ni mmg susah la nak cri pengasuh indon yg blh dipercayai.

    ReplyDelete
  11. ya Allah nasib baik pakcik teksi tu ada..kesiannya...

    ReplyDelete
  12. kesiannya...nasib baik pakcik teksi tu bertindak bijak. susah nk cari amah skrg ni. kakak ipar sy pun tgh dptkan amah kat agensi, tp sllu xde rezeki.

    ReplyDelete
  13. Mereka ni nekad jer DR kalau dah nak lari tu. Cubalah cakap betul betul nak berhenti kalau yer pun. Nampak muka baik jer orangnya, tp tak sangka....Satu hal pulak nak cari pembantu rumah lain

    ReplyDelete
  14. Apa alasan dia buat macam tu? Kalau pun tak tahan ke apa, beritahulah dengan emak budak-budak tu. Tak pun pesan kat jiran sebelah ke apa. Nasib baik ada pakcik teksi yang berhati mulia, kalau tidak tak tahu apa nasib budak kembar tu! Kejam sungguhlah!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …