Skip to main content

5 PERKARA INI PASTI PERNAH TERJADI PADA ANDA YANG BERCERMIN MATA

Assalamualaikum...



Saya memang suka tengok orang yang bercermin mata..
Ramai jugak rakan2 blogger yang pakai cermin mata..kan??
Mereka nampak muda bila bercermin mata.
nampak comel je..tapi dalam kita nampak comel dan cantik tu
mesti ada juga perkara2 yang tak best
yang dialami oleh mereka yang bercermin mata..

1-Pergerakan terbatas
Nak melompat beria2 pun tak boleh.
melorot je cermin mata jatuh kebawah..
lagi2 kalau berpeluh .siap bertakung peluh tu ..
Bila tengok wayang filem 3d pun satu hal..
tambah pulak awak bukan jenis suka pakai kanta lekap.
pakai cermin mata 3d diatas cermin mata awak..
nampak pelik tapi belasah je la..
asal dapat tengok wayang filem  3d...


2-kesan dibawah mata
malu nak tanggalkan cermin mata di depan
kawan2 ..sebab ada kesan bekas cermin mata di bawah mata.
bila tanggalkan cermin mata kena
tunduk sorok muka
takut kawan2 nampak bawah mata macam kena sebat.



3-solekan rosak gara-gara cermin mata
dah elok sapu maskara bukan main lentik lagi bulu mata,
sekali pakai je cermin mata terus rasa tak selesa
sebab cermin mata tu dah menekan2 bulu mata.
yang bertudung lagi susah..
pakai tudung cantik2 lepas tu
bila pakai  je cermin mata dah kembung kat tepi..


4-susah nak makan makanan yang panas
depan mata terhidang tomyam pedas.
cedok sesudu, tiup2 dah penuh wap kat cermin mata.
teruskan tiup walau nampak tomyam dah
macam kena jerebu je..
lepas tu buka cermin mata lap dan pakai semula.
ulang benda yang sama sampai la tomyam sejuk..

5-muka nampak pelik
Sekali sekala buka cermin mata mesti ada kawan2 yang
tengok dan tegur.."muka nampak lain bila buka cermin mata."
Ada jugak yang hanya mengingati kita dengan cermin mata saja..
"kawan akak yang pakai cermin mata tu ada datang tadi.."

Apa pun awak memang nampak cantik
bila bercermin mata..
saya pakai cermin mata dalam kereta je..
cermin mata hitam..
Tapi bawah mata lapik tisu takut berbekas.
suami kata pelik je rupa..
tapi peduli apa..yang penting keluar dari kereta saya nampak cantik.


Sekian..





Comments

  1. Semua pun kita setuju ! Hahaha. Walaupun kita pakai spek mata separuh masa which is ikut suka hati. Tapi depan PC time keje wajib pakai. Kalau tak ? Hampir buta. Hahahaha.

    ReplyDelete
  2. DR kak ana setakad ni pakai reading glasses sahaja,tapi sb antara farkto di ataslah yg menyebabkan kak ana tak mau pakai spec ni hehe :)

    ReplyDelete
  3. yang akhir tu setuju sangat.. uhuhuh bila tak pakai spec xde orang nak tegur... uhuhuh

    ReplyDelete
  4. semua tu betul. yg pling awesome no 5 nu ha~ bila bkk spec kwn2 ckp lain dan nmpk feminin. XD

    ReplyDelete
  5. Saya juga pakai kaca mata. Tapi saya tak setuju kalau orang kata pakai kaca mata nampak lebih cantik/kacak sebab bagi saya tanpa kaca mata seseorang itu lebih terserlah kecantikan/kekacakannya. Tapi itu pandangan dan pendapat peribadi saya si-kaca mata inilah...

    Satu lagi perkara yg memayahkan orang yg berkaca mata ialah bila keluar dari tempat yg ada aircon seperti kereta atau bangunan, kaca matanya akan berkabus. Kalau masa itu tak ada tisu atau sapu tangan untuk lap memang payah juga...

    ReplyDelete
  6. keluar kereta pun sama juga.. terus cermin berkabus..hehe.. tu blm yg tertidur ngan spek lg tu, sedar2 bgn pg esok dh patah...uwaaaa

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  7. sis JM x pernah ada pengalaman tu sbb x bercermin mata tapi kalau pakay rayban ye..no 2 dan 3

    ReplyDelete
  8. lagi satu bila pakai tudung,tudung kembang tepi tu..oleh sebab tu kalau keluar memang pakai contact lens..kalau kat rumah baru pakai spek..=__='

    ReplyDelete
  9. Sob sob.. kenapa banyak yang betul? huhu.. nasib bek kalau bersukan ada holder untuk cermin mata ni.. hehe..

    ReplyDelete
  10. huhu .... aku tak leh letak ape2 kat area mata seriau ... sun glases pun tak de ... har har ....

    harap2 mata tak rabun sampai tua le .... nak mkn menten carotomax shaklee la ...demi mataku

    ReplyDelete
  11. Salam, hahah..memang!!! Memang ini semua yang daku alami selama memakai cemin mate...wuwuwu, ape nak buat, dh mmg keturunan semuanya rabun2 belaka..haha..owh ya, lagi satu masalah adalah,tak puas nak menikmati pemandangan lampu2 dan hujan yang menenangkan sbb view kami mcm berbingkai di sekelilingnya...bila bukak, terus lampu2 tu jadi mcm efek bokeh lampu dan hujannya...sedih betul ;(

    ReplyDelete
  12. betul lah..sebagai pemakai spek tegar..sy pilih no 1,2,5

    ReplyDelete
  13. Saya rabun dekat so perlukan cermin mata hanya untuk membaca. Setakat nak memandu, nak tengok 3D movie ataupun nak pakai sunglasses, itu takda masalah lagi. Cumanya saya pening sikit ajelah sebab asyik buka pakai cermin mata je. Kalau pakai cermin mata setakat nak jalan, memang pening kepala ni. Kenalah buka juga.

    Bab tudung tu memang betul. Dah elok-elok pakai tetiba letak je cermin mata kat muka, terus rosak! Saya selalunya letak cermin mata di luar tudung. Lantaklah apa orang nak kata. Saya kata, 'trend'. Banyak juga perkara yang terbatas nak dilakukan bila bercermin mata ni walaupun hanya rabun dekat. Saya kalau nak memasak resepi baru, memang kena letak spek atas kepala nak baca resepi. Adakalanya boleh terlupa spek atas kepala, pening cari spek tak jumpa. Akhirnya resepi jadi hangit ler :)

    ReplyDelete
  14. kalo pakai foudation ke krim muka mesti kat batang idung berbekas dek kerana pakai glasses...plng worse kalo ttinggal kt qumah...fuhh...

    ReplyDelete
  15. Huhuhuuu... No 5 paling betul akak.. Deno pakai spec since darjah 5.. So memang 24/7 pakai spec kecuali pi toilet and tido.. deno rabun teruk.. Kesan SLE jugak kan, dengan ubat2 rabun makin teruk.. Huhuuu... Bila dah pakai spec xpernah bukak, kalau tak pakai memang muka nampak pelik sangat.. Lagi2 kalau pi kelas, org pelik kalau tak pakai spec... Satu lagi akak.. Orang pakai spec ni macam orang buta... lagi2 kalau lupa letak spec kat mana, macam orang buta cari tongkat.. memang geram cari tak jumpa.. pernah deno seharian tak jumpa spec.. geram sebab semua nampak kabur... pernah dulu nak cepat pi kelas tak pakai spec, tengok kawan dari jauh tak nampak, dekat baru kenal... belajar pun x nampak.. haishhh banyak keburukan pakai spec akak... uhuk2

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …