Skip to main content

5 PERKARA INI BUAT LELAKI NAMPAK SEKSI DI MATA WANITA

Assalamualaikum...


Kalau kita sebut seksi mesti kita bayangkan ianya ada pada wanita sahaja.
Tapi sebenarnya lelaki pun ada masa2 nya akan kelihatan  seksi bagi seorang wanita.
pernah dengar tak ada wanita yang cakap ."dia tu seksi la.."
Padahal awak sebagai lelaki tak nampak pun
kat mana yang seksi nya pada lelaki yang dimaksudkan oleh wanita tu...kan??
meh sini nak tunjuk sikit  lelaki bagaimana yang
wanita maksudkan sebagai seksi.

1- sense of humor.
lelaki macam ni memang nampak seksi.tapi lucu yang macam mana tu??
bukan lah lelaki yang terkinja2 tu ye..
melompat sana sini..oh!!itu tak seksi..
Yang seksi ni bila kata2 awak mampu buat wanita ketawa dan tersenyum.

2-Sopan
Yang duduk terkangkang,panggil orang dengan jerit2..
merokok ditempat yang ramai wanita dan anak2..
Itu tak seksi..Awak nampak tak beradab.
Sebagaimana awak suka wanita yang sopan,
begitu juga bagi wanita ,mereka ada standard mereka sendiri untuk
malebal tahap  sopan seorang lelaki.

3-Bercita-cita
tak semua perkara yang wanita suka berkaitan dengan penampilan dan fizikal awak.
ramai wanita yang berhati2 dalam memilih pasangan dengan memandang pada
apa yang awak mahu...apa yang awak sasarkan..
walaupun sekarang awak bukan siapa2 tapi bila wanita melihat kesungguhan awak
dalam kerjaya dan kehidupan ,mereka akan nampak betapa awak sangat menarik di mata mereka.

4-Bersukan
Percaya tak ramai wanita yang tertarik pada lelaki yang suka bersukan.
Awak tak bersukan???erm...awak tak seksi..


5-Bau.
Bau seorang lelaki boleh menarik perhatian wanita.
bau cologne  awak mudah untuk wanita  ingat dan bau ini lah yang
akan membuatkan si dia merindui anda.
saya pernah dengar orang kata setiap lelaki baunya berbeza..
Pastikan bau awak seksi .. :0


sekian..

Comments

  1. Terbaik ni sis.. Hehehe..

    ReplyDelete
  2. haha. saya kan suka lihat lelaki memakai baju melayu.
    rasa sejuk aje mata memandang.
    tengok husband aje hehe.

    ReplyDelete
  3. Bersukan? Tak jugak kot. Hehe...

    ReplyDelete
  4. Bak kata Diana..
    Tengok suami sendiri je

    ReplyDelete
  5. Saya suka semua ciri-ciri kat atas hehe tapi satu lagi saya suka lelaki yang pendiam..Pada saya bila pendiam memang nampak seksi dan itu ada pada suami saya hehe..

    ReplyDelete
  6. yup.. kita suka yg kaki sukan sebab bole tolong kita kurus jugak.. :)

    yg bau badan tu kalau pakai minyak wangi dari jauh bole bau annoying pulak.. biasa2 jek.. sendiri yg bau cukup..

    ReplyDelete
  7. Bau...

    Tp yg bau mcm reban ayam tu bisa membuat wanita pengsan. Ekeke

    ReplyDelete
  8. ayu rase laki seksi bile dia pakai baju melayu satu set siap samping
    ayu suke tgk asben pakai bju ng kain pelekat g solat jumaat...
    heheheh

    ReplyDelete
  9. yeahhhh syok baca entry diana ni hehhehehhe seksi dimata lelaki...perghh mendalam sungguh...balik ni nak pi tanya asben hahahahhaha

    ReplyDelete
  10. Yang bau tu mmg sangat setuju....
    Memang ada certain bau tu cukup menyeksikna hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …