WARTAWAN PUN PERANGAI MACAM BUDAK-BUDAK KECIK.

Assalamualaikum...

Wartawan kat Malaysia ni memang tak profesional la..
ada pulak nak boikot2 artis..kan??
bukan ke artis tu adalah salah satu bahan untuk penulisan diaorang..
Artis pun perlukan wartawan..
wartawan pun perlukan artis...
macam pelik je bila wartawan boikot artis...
lagi2 artis tu adalah artis yang mencipta nama sampai keluar negara dan memang popular ..



Ni ha..pasal kes Shila Amzah ni la..
Wartawan Murai.com ni puji la Shila Amzah punya persembahan masa 
Anugerah Juara lagu tu..


Tapi ada pulak wartawan lain yang marah sebab wartawan murai.com ni 
tulis macam ni....
Tak semena-mena status kat atas tu terpaksa la wartawan tu delete sebab nak jaga hati dan perasaan wartawan lain...
kelakar je..



Sampai bila la diaorang ni nak boikot Shila Amzah ni??
sampai puas hati ke??
Aih..saling memaafkan kan ke lebih elok..
kesian Shila Amzah..

sekian...

Post a comment

20 Comments

  1. macam2...
    http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. takde prinsip lah wartawan tu. takut pengaruh di kalangan kawan2 wartawan hilang atau takut di boikot wartawan lain? Maknanya dia terpaksa menipu diri demi kepentingan orang lain la.. even dia rasa bagus dia tak boleh kata bagus sebab majoriti sepakat nak boikot... hahahaha. lagi berani blogger la kalau camtu. tak takut pun kena boikot bila nak bersuara

    ReplyDelete
  3. patutnya berbangga dengan kejayaan Shila tu kan

    ReplyDelete
  4. macam² hal..hehehehe..

    ReplyDelete
  5. Biasalah. Wartawan lebih suka bercerita tentang gosip. Nama pun wartawan hiburan. Benda kontroversi dilebihkan, yang baik2 diketepikan.

    Depends kat wartawan jugak. Diorang cari periuk nasi. Benda baik buat apa didelete huhu

    ReplyDelete
  6. ok je die ni..nth npe yg asyik citer psal die

    ReplyDelete
  7. Wartawan dan mengampu perkara biasa. Sha memang tak suka Sheila Hamzah tapi dalam kes wartawan ni, memang sangat tak profesional la...

    ReplyDelete
  8. Kesiannya shila amzah tapi tak kisah pun kan..Lebih mintak maaf sama2 kan..Memang best pun malam tu shila amzah nyanyi.

    ReplyDelete
  9. dorg dengki agaknya shila lebih berjaya kat luar negara.shila ponx heran lah kalo dorg nak boikot.dia pon bukan sll ada kat mesia ni

    ReplyDelete
  10. Biasalah bila industri memang dimonopoli wartawan , tak suke tak mo tulis. Macam macam hal.

    ReplyDelete
  11. banyak hati perlu dijaga sehingga hati sendiri x de sapa nak jaga kan...

    ReplyDelete
  12. Pandai pandailah korang yer wartawan dan Shila Amzah hihi...

    Yelah DR...sana kawan, lama dah kenal kenalah jaga hati kawan kot....

    ReplyDelete
  13. Malam tu memang saya tunggu Shila perform. Suka sangat suara dan lagunya. Tak professionallah macam ni kalau asyik nak boikot artis bukan kegemaran mereka. Cubalah kalau si Shila ni jatuh popularitinya, sah-sah hilang boikot semua suratkhabar nak cover cerita kejatuhannya!

    ReplyDelete
  14. Dah tu kalau wartawan tu boikot, dia ingat peminat kesah? Peminat still minat je Shila Amzah. Tak efek apa2 pun sbb peminat bukan langsung tak dpt tengok aktiviti Shila Amzah kalo wartawan tak cerita pasal dia pun. Media sosial banyak. Org boleh tahu sendiri je. Kalau zaman dulu, ye la. Kalo wartawan boikot, artis boleh jatuh populariti. Tapi skrg, wartawan boikot artis tu adalah satu kerja yg sia-sia je.

    ReplyDelete
  15. cerita kebanyakkan wartawan hiburan bnyak tokok tambah dari betul. biarlah nak boikot pn kan, media sosial banyak apa blh guna. fungsi wartawan pn semakin berkurang..
    http://syidamenulis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. aik camni la pon boleh ke...macam2 la derang ni...

    ReplyDelete
  17. wartawan klakau. macam budak sekolah. move on je la. klu tak nak dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.

    kalau tak mampu jadi wartawan hadap buruk baik perangai retis, baik tukar kerja lain :)

    ReplyDelete
  18. saya kurang faham sikit isu artis ni. jarang sangat ikuti perkembangan mereka.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)