WARGA ASING JADI TAUKEY SEBAB ORANG MALAYSIA PEMALAS?

Assalamualaikum...

kecik besar kecik besar je saya tengok tajuk entry ni..
padahal saya sendiri yang taip tu..hahaha..
tapi itu bukan la pendpaat saya tau..
Ini pendapat yang saya dengar dari mulut orang.



Kat tempat saya ni ada satu kedai runcit..
warga asing punya..
memang ramai pelanggan nya..
barang2 dalam kedai dia pun lengkap..semua ada..

Saya percaya kat tempat lain pun  sama..ada je warga asing yang jadi taukey.
macam mana diaorang boleh berniaga kat sini ye??
ada lesen ke?siapa yang bagi?

Sebab nak duit cepat..
Tak payah kerja berat.dapt duit berganda.
Ada rakyat tempatan yang
bagi warga asing tu guna nama dan no ic
untuk warga asing tu mohon lesen dan sewa bangunan
untuk dijadikan kedai.

Bila diserbu penguatkuasa,orang yang namanya tertera dalam lesen
tu sukarela datang mengaku warga asing tu pekerja dia..
nampak tak betapa duit berkuasa sangat sekarang nih.
Kita nak duduk goyang kaki,
nak duit masuk poket dengan mudah.

Salah ke mereka berniaga?

Tak salah pun.mereka cari rezeki halal..
Cuma ianya  menutup peluang berniaga kepada rakyat tempatan..
kalau nak tau kat tempat saya ni sederet kedai tu dah tutup semua nya..
dulu kedai runcit ada 3 ..
sekarang tinggal satu je yang dok bersaing dengan kedai warga asing tu.
kenapa ye?adakah sebab kita tak usaha lebih macam mereka??
Betul ke rakyat Malaysia malas  sampai tutup kedai?
orang Malaysia tak pandai berniaga ke?

sekian..

Post a comment

12 Comments

  1. Orang Malaysia, Melayu umumnya mmg ramai yg malas..Nak cepat kaya, tapi malas. Nak dapat gaji, tapi malas. Saya hari2 jumpa Melayu pemalas, yg muda, yg dah tua , sama aja, malas, dan sanggup menipu pelbagai alasan, semata mata nak MC.

    ReplyDelete
  2. Memang tak dinafikan orang kita terlalu memilih pekerjaan. Padahal ramai yang mengganggur.. Mim alif lam sn pon yek hehe

    ReplyDelete
  3. hm mcm no comment sbb betul hihihi
    mmg ramai lah jugak pemalas hehe tapi ada je yg rajin. cuma tu lah, nak buat cmane. warga asing tu effort dia lagi lebih kot. hmmmm.

    haritu pakwe kakak cerita (dia manager Dominos hehe) dia kata dkt luar negara semua pekerja Dominos handsome gila yg perempuan mcm Taylir Swift yg lelaki mcm Taylor Lautner hihihi tapiiiiii dkt malasia semua warga asing yg ambik order hahahah T_T

    sorry kak diana takde kena mengena saje nak cerita kikiki

    ReplyDelete
  4. maybe orang tempatan ni kebanyakkan tunggu di suap sebab tu orang luar ambil kesempatan

    ReplyDelete
  5. mereka rajin dan pandai gunakan peluang tapi tu lah..kalau dah ramai dah rasa macam duduk negara asing pulak

    ReplyDelete
  6. caranye tu yg salah. btw, belia2 malaya pun kene amik iktibarlah.

    ReplyDelete
  7. Orang Malaysiakan mmg suka lepaskan peluang, orang asing pulak tak mau lepaskan peluang...
    Kat food court mana mana pun rata rata warga asing yg dah jadi cashier tau DR.... Salah satunya mungkin depa jujur kot. Org Malaysia? mungkin ada betulnya jugak, pemalas

    ReplyDelete
  8. Orang Malaysiakan mmg suka lepaskan peluang, orang asing pulak tak mau lepaskan peluang...
    Kat food court mana mana pun rata rata warga asing yg dah jadi cashier tau DR.... Salah satunya mungkin depa jujur kot. Org Malaysia? mungkin ada betulnya jugak, pemalas

    ReplyDelete
  9. sesetengah orang nak gajikan pekerja asing sebad diorang bayar murah..kalau pekerja tempatan masing2 demand bab gaji almaklum la banyak yang nak ditanggung..
    hal jadi taukeh pulak..memang betul tu..sebab orang kita ni malas nak memikir..kebanyakkan belajar tinggi kot..

    ReplyDelete
  10. Tak dinafikan orang Melayu ni memang ada yang malas berusaha. Semua nak short cut, janji dapat duit banyak. Sebab itulah Melayu paling banyak kena tipu-daya. Kat KL ni terasa macam kita yang merempat di negara orang. LowYat Plaza tu dulu banyak Cina je berbisnes tapi sekarang tengok muka pun dah tahu, tak Bangla, Pakistan! Kat Jln TAR pun sama, habis disapu bersihnya semua arked yang ada di sana! Orang kita ni biar papa asal bergaya je dah boleh :)

    ReplyDelete
  11. rugilah kita jika malas berusaha.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)