Skip to main content

WANITA INI MENDEDAHKAN RAHSIA PANJANG UMUR

Assalamualaikum.

Siapa lah yang tak mau panjang umur..kan??
Gigih dok ikut petua2 nak badan sihat sebab nak umur panjang la.
Bila usia makin menginjak ni mula la dok fikir pasal kesihatan je tau..
takut la saya kalau sakit2.
walaupun saya dah 35 tahun tapi saya nak la orang nampak saya
tetap sihat dan cergas..




Rahsia umur panjang yang dikongsikan oleh wanita
paling tua di England,Gladys Hooper , 112 tahun
ialah kekal aktif dan melakukan sesuatu dengan jujur.

Oh..tak payah telan2 ubat rupanya..hahahah
Tapi boleh ke kita buat??
saya ni jam 9 pagi je dah mengantuk..
aktif apa kebenda kalau macam ni..hahah..

"Saya  tidak pernah melakukan perkara-perkara yang bodoh,
saya tidak pernah melampaui batas. Saya selalu aktif, saya rasa
selalu aktif dapat membuat kita kekal awet muda.
Saya telah melakukan apa yang ingin saya lakukan dan
membantu orang lain mengikut kemampuan saya.
Saya tidak merasakan apa-apa seperti di usia saya.
Saya tidak merasa berbeza seperti ketika usia saya masih 70 tahun,"

-Gladys Hooper-

Satu lagi petua yang diberikan oleh Gladys Hooper
ialah menjauhi lelaki dan makan banyak bubur..

hehehhe...
Mungkin orang lelaki selalu bagi wanita stress kot..
apa pun saya tak boleh la ikut petua last  ni..
makan bubur saya sanggup..
tapi nak menjauhi lelaki tu tak boleh la..
saya sayang suami saya..:)

Update:
macam yang Qaseh Abadi kata kat ruang komen ni..
menjauhi lelaki tu mungkin maknanya jangan jadi playgirl la kot..
jangan curang..gitu ....
kot la..sebab wanita tua ni ada anak dan cucu jugak..

sekian...

Comments

  1. pastu toknek ni tak berlaki la naa..
    :)

    ReplyDelete
  2. Maksud dia menjauhi lelaki tu mcm general sangat.. saya rasakan dia kata jangan jadi play girl tu.. hahaa.. setia pada pasangan anda.. kah2..tips dia biasa ja, rezeki dia panjang umur.. semoga kita pn pnjg umur n banyak amalan.. ngeee..

    ReplyDelete
  3. Ok...makan bubur tu boleh lah nak ikut ☺

    ReplyDelete
  4. Moga Allah panjangkan usia kita..aminnn

    ReplyDelete
  5. festaim dgr makan bubur selalu boleh awet muda...

    aku mkn bubur time demam je...hahaha...

    ReplyDelete
  6. Rasanya kalau fikirkan maksud kata2 dia tu, saya dapat tangkap yg maksud dia, kita kena selalu berfikiran positif dan jangan sibuk hal org nanti sendiri sakit hati, pastu jiwa stress.

    ReplyDelete
  7. comeynya nenek nikan DR...... Semuanya petua dia pun positif positif. Tp respect kat omputih ni tua tua pun larat berjalankan...

    ReplyDelete
  8. Kekal aktif ya! Macam saya ni, pukul 10 pun dah layu longlai, penat sungguh. Sendi-sendi pun dah nak gugur rasanya :) Perempuan ni kan emosi lebih-lebih, kalau kerap 'merapati' lelaki memang haru-biru hidup kita jadinya. So, jangan jadi perempuan murahan!

    ReplyDelete
  9. haha. Adeh kesian lelaki lepas ni semua pakat menjauhi

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …