Skip to main content

SAYA NAK CERITA TENTANG HOBI...

Assalamualaikum...



Saya selalu fikir apa sebenarnya hobi saya..
sebab saya paling suka luangkan masa untuk 3 perkara saja..
Luang masa dengan anak dan suami,
buat kek,biskut dan cuba resepi2 baru jumpa,
dan last sekali dah tentu la blogging..
Apa pulak hobi awak??

Macam tuan blog herba Tihara ni ..
dah lama kenal sampai saya tahu salah
satu hobi dan minat dia ialah pada benda2 berkaitan bunga dan pokok..
sampaikan dia buat satu entry tentang bunga cantik2 ni..
yang suka bunga cantik2 boleh la
pi baca dan jamu mata..

Bagi yang suka blogging macam saya ni
mesti tahu tentang nuffnang..kan?/
selain menulis kita boleh juga isi duit poket..
Nak tahu cemana boleh dapat duit tu?
baca la entry ringkas yang tulis oleh Puteri kenari ni.
tahu yang asas dulu cukup la..heheh

Tapi untuk permulaan  duit  tu tak penting ..yang penting
Mantapkan penulisan kita dulu..
cerita santai2 pun menarik perhatian orang untuk
baca sampai habis walau pun panjang berjela..
macam Entry dari MummyDearie ni.
Bila cerita tentang keletah anak2 dia boleh ketawa sorang2.
cerita santai2 je tapi macam ada aura untuk buat kita baca sampai habis..
tak percaya mai la baca entry pecah perut nih..

Ini adalah tiga entry yang terpilih untuk
segmen Entry Terbaik 2014.
Jemput singgah dan baca ye..
Kita tengok entry mana lagi yang terpilih esok.


sekian.

Comments

  1. Kalau orang tanya hobi saya, saya sendiri tak dpt jawab. Tapi kata isteri hobi saya joging sebab saya hari2 joging. Saya sendiri tak dapat pastikan joging itu hobi saya sebab saya melakukannya lebih kepada kesihatan bukan kerana suka-suka...

    ReplyDelete
  2. Kalau orang tanya hobi saya, saya sendiri tak dpt jawab. Tapi kata isteri hobi saya joging sebab saya hari2 joging. Saya sendiri tak dapat pastikan joging itu hobi saya sebab saya melakukannya lebih kepada kesihatan bukan kerana suka-suka...

    ReplyDelete
  3. hobi fyna sekarang tumpu pada blog. mantapkan penulisan. disamping dapat side income dari blog nih. ^__^

    ReplyDelete
  4. Saya rasa, hobi saya sekarang ni ialah ber FB & ber blogging..

    hahaha

    ReplyDelete
  5. Hobi lya byk slalu apa yg lya update kat blog tu la hobi lya hhehe

    ReplyDelete
  6. Saya suka memandu tapi tidaklah menjadi hobi. Bila memandu rasa seronok je dan hilang kebosanan. Tapi lately ni saya suka mendengar lagu sambil bergolek-golek atas karpet.. hehhehe..

    ReplyDelete
  7. Hobi deno melukis and kumpul setem.. Tak ramai org tahu deno banyak koleksi dari luar negara yg deno kumpul sejak sekolah rendah... Setem zaman 80an negara kita punya pun ada.... amik dari surat2 lama2 ma abah

    ReplyDelete
  8. saya dah hilang hobi sejak2 dah ada anak ni. hmm mybe hobi saya tengok anak membesar gamaknya :D

    ReplyDelete
  9. Puteri Kenari tu tidak penah ku kenali DR....yg dua tu sudah kenal banget dong!

    ReplyDelete
  10. suka dengan entry itu semua boleh la saya tutorial kat blog cik iman...

    ReplyDelete
  11. terima kasih D
    tak perasan ada entry ni,
    hehe :)

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …