Skip to main content

SALAH KE KALAU KITA BIAR MAK AYAH JAGA CUCU

Assalamualaikum...

Mak kita tak kerja..duduk rumah saja.kita ada ank kecik.dan dia nak jaga anak kita.kita pun setuju.Pagi kita hantar anak dan petang kita ambil..kita bagi duit kat mak lebih sikit dari selalu.kita juga belikan barang dapur untuk dia..

salah tak??





Bagi saya dah tentu lah salah..

Mak awak memang kalau boleh nak hadap muka cucu saja.tapi awak boleh menolak dan terangkan pada dia yang awak tak nak susahkan mak.nanti mak nak solat ke,nak ke kelas mengaji ke, nak pi kelas menjahit ke, nak pi rewang rumah jiran2 yang ada kenduri ke, tak boleh pulak..

Tapi mak saya nak jugak.bila saya tak bagi dia merajuk..tarik muka...



Dah tentu lah dia merajuk sebab dia kat rumah sorang2.tak de kawan.dia kesunyian..kalau awak tak hantar anak kat dia, entah2 seminggu sekali baru nampak muka awak dan cucu nya.

 Jadi apa yang saya perlu buat?



Luang kan lah masa lebih dengan mak awak.Duduk dekat2 apa salah nya 2 hari sekali bermalam kat rumah mak.supaya dia tak bosan..

Suruh mak daftar masuk kelas mengaji, kelas fardu ain ke,menjahit ke,..dah tua..kan??bukan masa nya untuk mak basuh kencing berak cucu dia..


Sekian...


Comments

  1. Konflik ni mungkin berlaku kalau cucu sulung punya cerita. Gitu. :D

    ReplyDelete
  2. betul gak tu diana. mmg dia nak, tapi pada usia gini bukan itu yg sepatutnya.

    mak saya pulak mmg taknak, sbb dia busy dgn geng warga emasnya..:)

    ReplyDelete
  3. kadang2 ada mak bapak ni berkeras nak jaga cucu tak bagi merajuk. Tu boleh la bagi tapi kalau nak minta dia jaga sampai dia jadi serba salah nak tolak sebab anak cucu sendiri kan.. tu memang terang2 salah.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Dah 14 tahun anak2 kak alin dijaga oleh nenek mereka. Kami jenis rapat dengan mak dan abah...duduk pun takmau jauh2. Alhamdulillah...mak tak penah merungut jaga cucu sampailah dorang besar. Kita sbg anak...kena pandai ambil hati org tua kita. InsyaAllah...mohon cucu2 nnt boleh jaga nenek pulak....

    ReplyDelete
  5. Tambahan : alhamdulillah..walaupun jaga cucu, kelas mengaji dah katam 2 kali..boleh join geng marhaban...cucu bukanlah satu bebanan sebenarnya...

    ReplyDelete
  6. saya duduk jauh dengan keluarga..memang berdikari wp terkial pada awalnya..alhamdulillah..Allah itu Maha Adil..saya dapat pengasuh yang baik & saya anggap macam mak saya juga..

    ReplyDelete
  7. salah tak salah akak tak berani cakap.. dulu anak sulung mak mertua bela .. akak memang tak nak... tapi dah beria2... anak kedua akak tak nak beralah lagi akak tak nak dia bela lagi.. cukuplah sorang.. walaupun duk sekali tapi kekadang dia nak tidur rumah anak yang lain dia bawak anak kita..
    kalau boleh elak baik elakler pada akak... pendapat masing2kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu kalau mertua..kalau mak sendiri camne e..smapai menyumpah2 anak sebab trasa hati..bila banyak kali x bagi bawak balik ke kampung lama2..bukan apa..teringat .huhu

      Delete
  8. Assalam.. tak salah klu nak mak jaga anak2 kita tapi jangan sampai membebankan dia. Kalau dia yg nak bagilah dia jaga, dia sunyi kat rumah tu.
    By da way, salam perkenalan..
    ...http://syidamenulis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. setuju..
    so selalu luangkan masa dengan ibu bapa, bagi yang tinggal jauh selalulah balik..

    ReplyDelete
  10. Mk sy mmg jaga anak sy bila sy pergi kelas.. Klw tak bg, nti dia merajuk.. Mcmmn? Cucu sulong kot. Sorg baru... Kadang klw mak g kelas agama, gi surau or bla bla, dia mmg angkut anak sy sekali as teman katanya.. Org luar tk fhm kot.. :)

    ReplyDelete
  11. Facing the same problem since 2009.
    Actually ayah yang lebih mendesak compared to mak.
    Taktau nak buat apa dah:(
    Ade je orang mengata..tapi saya pekakkan telinga je.

    ReplyDelete
  12. Alamak, terasa hati pulak makcik ni, Diana *_*

    Oh, Bubbly Abang dulu neneknya jaga selama 7 bulan pertama sebabnya Mommy si Bubbly Abang tu anak kesayangan buah hati pengarang jantung neneknya makanya haruslah cucu dari anak yang itu, beliau nak bela. Tapi lepas 7 bulan, saya hantar pada babysitter walaupun berjurai-juraian air mata menangis. Dek kerana Daddy takda masa tu, mak saya duduk dengan saya dan mak kata lebih baik beliau tolong jaga daripada bagi kat orang. Sekarang mak dah tua sangat, nak buat kerja pun dah tak mampu. Kesian tengok keadaannya!

    ReplyDelete
  13. Bergantung kepada kesihatan mak tu dan kesanggupan dia. Dan make sure juga kita tak ambil kesempatan serahkan semuanya kepada mak. Jgn sampai nak keluar gi bergalok pun suruh mak jaga anak.

    ReplyDelete
  14. kalau dia sanggup...apa salahnya..nk suruh orang jaga bimbng gak kan...apa pun kita jagn lupakan pengorbanan dia...

    ReplyDelete
  15. Akak dulu rebut anak dengan mak ayah. Sindrom cucu sulong juga. Mereka pula baru pencen. So, kederat kuat lagi. Dan sunyi giler agaknya. Sampai ayah dan mak tarik muka, merajuk dan sebagainya. Last2 akak beralah. Now, anak akak dah 13 tahun. UPSR cemerlang Alhamdulillah walaupun tinggal dikampung dan belajar dengan neneknya saja. Dah tiba masanya untuk akak ambil anak akak, tapi masalah lain pula timbul. Mereka dah tak larat. Dah semakin tak berdaya. So, bila anak dah besar, sekarang anak akak pula yang 'menjaga' mereka. Pergi kedai, isi minyak kereta, uruskan perbankan, jadik operator telefon..dan berbagai2 lagi.
    Tapi, nama mereka nak menjaga cucu yang masih bayi lagi sekarang, mereka memang dah surrender.

    Kesimpulan akak. Selagi mampu nak bahagiakan ibu bapa...selagi mereka ada...berkorbanlah.... Cuma jangan lepas tangan....Sama2 jaga anak. Akak practically berulang alik KL-N9 berbelas tahun kerana nak gembirakan hati mereka. At the same time, tak nak mereka penat, kita kena berkorban masa, tenaga dan wang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang saya ada masalah.camni..dulu pernah bagi seminggu bawak balik kg..tapi saya rindu asek call je.sampai mak marah n cakap yg die takkan curi anak2 saya pon.sampai mak menyumpah pada saya.camne ye nak pujuk..ke perlu ikut je kata diorg..tapi teringatla..camne.sehari tak jumpa pon rindu

      Delete
  16. hurm...klu sy lebih risau anak2 nanti terlebih manja...coz dgn nenek n atuk ni semua yang cucu dia nak depa bagi...haaa tu yang risau skit...

    ReplyDelete
  17. dalam meningkat usia berikan mak rehat dan lakukan aktiviti yang dia suka kalau rasa sunyi.

    ReplyDelete
  18. Saya duduk jauh dengan parents memang takda la nak atok nenek dapat jaga Cucu . Huhu..

    ReplyDelete
  19. Kekadang mak bapak ni merajuk pulak bila tak bagi jaga cucu... Macam maklong Sha, dia volunteer sendiri, sebab anak dia nak sambung study... macam2 konflik sebenarnya...

    tapi sha pun, kalau ada anak... memang comfirm mama sha volunteer nak jaga jugak sebab cucu first & diorang suka budak kecik... hihi

    ReplyDelete
  20. Kalau mak ayah tu setuju boleh la jaga. Macam jijah pun makayah yg jaga anak/cucu. Sbb dia kata bosan duk rumah drpd termenung baik ada peneman si kecik tu.. alhamdulillah mak dapat pegi mengaji. Marhaban. Rumah kawen dan aktiviti sosial dia even jaga cucu

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …