RESEPI JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS DAN UDANG YANG SIMPLE TAPI SEDAP

Assalamualaikum...

Walaupun dalam proses mengecik kan badan,
tetap kena sarapan...
Pagi ni tekak nak makan jemput-jemput ikan bilis campur udang.
dah ada ikan bilis letak udang lagi..
selera jenis tak cukup2 jadi gini la...
pagi ni ambik la gambar sebab masak beriya..
eh!! ni kira rajin tahap 10 ni..
selalunya pagi2 memang beli je sarapan..
hahahahh


Seksi tak jemput-jemput saya nih..?

senang je buat nya adik2 ..
bubuh kentang, daun bawang, daun sup,
ikan bilis, udang kecik tu..
(rajin saya buang kulit udang malam2 buta)

Lepas tu tepung dalam 2 cawan,
telur sebijik  dan serbuk kunyit.
sebab tu warna dia kuning2..
kalau tak bubuh kunyit pucat je muka dia..
tak seksi la..

Masuk kan garam 1 sudu kecik,
masuk kan air sejuk yang dalam peti sejuk tu..
, gaul2 la..jangan cair sangat..
panas kan minyak..
lepas tu sudukan dalam kuali ..
dah garing2 tu angkat la..

Biasanya makan dengan sos cili..
tapi saya suka makan jemput2 dengan kuah kacang..
kuah kacang yang orang makan dengan satay tu ..
sedap..

Ok..dah habis kelas memask pagi nih?


Sekian..







Post a comment

15 Comments

  1. hehehe nampak sedapppp,, warnanya menyelerakan,, saya kalau buat cengkodok kena kosong,, kalau buat macam ni yang mewah dengan bahannya akan menambahkan kerja saya akhirnya,,sebab kena asingkan isinya plak untuk anak bujang tu hihi,,

    ReplyDelete
  2. kuah kacang tu style utara tu ...sedap ....

    wahh resepi baru ni sellau dok baca tulis air panas ... nk try le nenanti ...aku suka jemput2 gini

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak makan... Sedap la pulak tengok, terus nak p cari udang balik keje ni..heheee

    ReplyDelete
  4. SEDAPNYA CEKODOK DIANA..MINTA DUA TIGA KETUI BELUM SARAPAN LG NI...

    ReplyDelete
  5. Tudia diana haaa buat jemput2 sedapp ooo...haishhh cucur ni mkn cicah ngan sos cili fuhhhhhhh berasap rasa sedap...alahaiiii nak makan...petang ni nak buat la hahahhaha terpengaruh

    ReplyDelete
  6. Tengok cekodok ni pon lh terliaur. Acaner tu ☺☺

    ReplyDelete
  7. ala.. lapar kita dibuatnya..

    ReplyDelete
  8. Wah resepi baru.. Boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  9. Samalah kita Kak Diana. Bila nafsu makan sampai, semua nak letak dalam satu hidangan. Dah ada ikan bilis, udang pun nak masuk juga. Kata je diet. Hahaha...

    2,3 hari dah dok terfikir nak buat jemput-jemput lepas Subuh tapi yang makan jemput gini saya dan HD je. Anak-anak suka jemput-jemput manis.

    Saya suka cicah sambal belacan, kuah kicap tak pun baki asam pedas. Uh, menjejes air liur ni tau!

    ReplyDelete
  10. sedap letak udang dan daun sup tu :)

    ReplyDelete
  11. Sha suka buat cucur letak minyak panas dalam adunan... dia akan jadi garing dan lembut....

    feveret sangat cucur camni...

    ReplyDelete
  12. Tak penah lagi try makan dgn kuah kacang. Dapat aku bayangkan rasanya yg sedap itu sebab 2-2 pun saya suka, jemput dan kuah kacang. Saya kalo cicah dgn sos, saya suka sos linggam. Pedas dan sedap. *tetibe promote linggam kat sini.

    ReplyDelete
  13. lapo la plak ptg2 ni tgk cekodok ;-)

    ReplyDelete
  14. Cuti masak. Haha.. Xde la cuti sgt pun. Yg simple2 je blh la msk.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)