PADAH ISI MINYAK TAK TUTUP ENJIN,32 KANAK-KANAK MATI TERBAKAR

Assalamualaikum..

Sedihnya Ya Allah...Bila baca berita ni rasa  nak nangis je..Angkara pemandu bas yang tak matikan enjin ketika mengisi minyak,32 kanak-kanak di Colombia mati rentung sampai sukar nak dikenal pasti.Dalam 32 orang tu,2 orang nya adalah anak pemandu bas tu sendiri.

Pemandu bas tu mungkin akan berdepan dengan hukuman penjara selama 60 tahun.60 tahun hidup dalam penjara rasanya tak kan dapat menebus rasa bersalah dalam diri dia sendiri.lagi2 bila anak sendiri pun jadi mangsa..


Kerajaan Colombia mengumumkan hari berkabung kebangsaan bagi seluruh negara sebagi tanda menghormati mangsa kejadian.

Saya selalu tengok kat malaysia ni pun orang tak matikan enjin masa isi minyak.Padahal dah di letak kan amaran kat petrol pump tu..Alasan nya..nak dengar radio la,tak mau matikan air cond la..tak sayang nyawa ke?lagi2 yang bawak anak isteri dalam kereta.bahaya tau..

gambar-gambar di tempat kejadian..








sekian..

sumber:dailymail

Post a comment

13 Comments

  1. kesian kan.. mmg bahaya isi minyak tak tutup enjin.. peringatan buat kita semua..

    ReplyDelete
  2. kesiannya yang lain menjadi mangsa akibat kecuaian..padahnya bila tak mengikut peraturan..

    ReplyDelete
  3. Ya allah...sedihnyaa...tu la kalau laki nad tak matikan enjin..nad yang matikan..seriau

    ReplyDelete
  4. kesiannya. kekadang kita ambil lewa je benda benda gini

    ReplyDelete
  5. kesiannya nasib anak2 sekolah itu...uniform sekolah mrk seakan uniform sekolah anak2 kita dulu....

    ReplyDelete
  6. Ya Allah sedihnya. Diana, share kat FB tak post ni? Saya nak share la. Sbb ramai org yg saya kenal tak suka matikan enjin masa isi minyak.

    ReplyDelete
  7. Oh, sedihnya tengok gambar! Itulah padahnya kalau tak nak ikut peraturan. Saya pun pernah tengok seorang perempuan pam minyak tak tutup enjin keretanya. Dalam kereta tu ada bayi dan maybe orang gajinya. Yalah takut anak kepanasan kalau air-cond tutup agaknya. Kita yang tengok ni pun jadi takut. Cepat-cepat nak pam minyak dan blah dari situ.

    ReplyDelete
  8. Sedihnya.. sekali gus ramai jadi mangsa. Kalau benda dah nak jadi ya.. alahai.. moga lepas ni ramai yang akan lebih beringat masa isi minyak.. jangan nak selesa kejap je diir jadi padah

    ReplyDelete
  9. takutnya.. kena berhati-hatilah lepas ni.. jangan ambil sikap sambil lewa dekat stesen minyak.. kadang-kadang ada jugak yang tak nak matikan enjin tu, alasannya konon nak cepat...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)