Skip to main content

MACAM TAK PERCAYA JE ZAMANI SLAM POSITIF DADAH

Assalamualaikum....'

Betul ke Artis yang dimaksudkan dalam berita di bawah ni ialah zamani Slam..
Saya sebenarnya masih tak percaya yang dia positif dadah..
maklum la orang dah minat..ekekekek..
tapi bukan minat orang nya tau..
saya minat lagu2 dia je..




*****************

KUALA LUMPUR : Bekas vokalis sebuah kumpulan popular era 90-an ditahan polis tengah malam tadi kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram.
Penyanyi itu yang berusia 43 tahun ditahan di Taman Keramat, Ampang kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi setelah pihak polis bertindak hasil maklumat dadah yang diperoleh.
Pemeriksaan di bilik penyanyi berkenaan kemudiannya, polis menemui satu paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram yang terletak di atas tilam di bilik berkenaan.
Hasil ujian air kencing, vokalis itu juga didapati positif dadah jenis morphine.
Penyanyi terbabit juga mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin selama 10 tahun yang diperoleh daripada seorang pengedar di sekitar Hulu Kelang.
Penyanyi terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

*****************

saya minat betul kumpulan Slam ni..
Lagu2 dia dulu semua best2..kan???
sampai sekarang saya suka..
tapi tak sangka dia   macam tu..

selama ni tengok dia kurus,
iangatkan dia memang jenis badan macam tu..
Dulu pun dia siap bagitau kat wartawan yang
badan dia jenis gitu..
memang jenis makin hari makin kurus..
nak kata keturunan tak jugak sebab tengok abang dan kakak
dia berisi jugak badan nya..
Rupa-rupanya dia penagih dadah..
padan la badan tak naik2 sampai jadi sekeping.
huhu..

sedih la..nak nangis dalam bilik air jap.


sekian...


Comments

  1. Assalamualaikum kak diana. alaaa sheila pun minat lagu2 dia. semua best. semoga dia boleh berubah dan stop amik dadah ni... hmmm makin cengkung dia T_________________T"

    *tumpang nangis kat toilet gakkkkk*

    ReplyDelete
  2. Kak diana jangan nangissss...

    ReplyDelete
  3. kalau tengok dari muka dia tu,memang dari dlu dah tau dia memang psoitif dadah..sayangnya dia ada bakat yang takde pada orang lain..harap lepas ni dia insaf dan takkan mengulanginya

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..masyaallah..memang sedih sangat ,sbb saya memang minat betul dgn lagu2 dia..semuga dia cepat insaf dan berubah ..huhu sadis. :(

    ReplyDelete
  5. kita pun minat lagu-lagu dia.. dulu siap beli kaset dan cd dia.. sayang dia sia-siakan bakat dia dengan benda camni..

    ReplyDelete
  6. masalah dadah ni perlu serius diatasi...xmengira walau siapa xterleps drpd godaannya kalau xhati2...moga beliau sembuh drpd sakitnnya.

    ReplyDelete
  7. Nak join nangis jugak... wuwuwu

    Sebenarnya dia dah lama under drugs kak diana, cuma tak tertangkap je... :)

    Bersyukur jugak dia ditahan, at least ada peluang untuk dia cuci diri...

    ReplyDelete
  8. Julia pun minat lagu zamani ni diana..semua lagu2 dia sgt sedap...sedihh yer napa dia kurus sgt sampai ambil dadah..patut la lama x nampak dia dalam dunia seni...apa dah jadi zamani...pleaseeeeeeeee

    ReplyDelete
  9. kurus nyaaa zamani..dulu kurus..tp xde lah sekurus ni.... =( walaupon x berapa nak dengar sangat lagu2 zamani, tapi tau laa kot lagu2 dia.. (check youtube jap..lupa)..

    ReplyDelete
  10. sama laa minat gak zamani nii..kalau dia nyanyi live suara x ubah mcm recording punya..hurm mmg x sangka wpn mmg ada syak² jugak dulu..rsnya mmg ada gosip psl dia and dadah...cuma xde kepastian je...dh dia kurus sesgt..kurus yg 'sesuatu'...haha ermmm..-.-'

    ReplyDelete
  11. kita takde la nak kata betul ke tak.. tp perasan sgt.. semakin cengkung dia nih.. huhu

    ReplyDelete
  12. semoga diberi hidayah dan kekuatan untuk meninggalkan dadah.

    ReplyDelete
  13. selama ni mati2 saya ingat dia kurus semulajadi.hmm sayangnya bila orang dah tau dia macamtu..

    ReplyDelete
  14. Saya pun tak sangka ok, tau tak saya ni peminat tegar dia termasuk lagu dia..Saya pun cam diana ingatkan dia ni memang semulajadi kurus..Ruginya bila dia sanggup menagih dadah dari pertaruhkan bakat menyanyi yang ada dalam diri..

    ReplyDelete
  15. laaaa.. Zamani ke...???

    aduuhhh...sayangnya... :'(

    ReplyDelete
  16. lagu slam semua best2..pernah dulu dgr yg zamani ni ambik dadah. ingatkan khabar angin je. rupanya mmg betul2. bila ditangkap sebegini mereka masuk jail or masuk pusat pemulihan erk?

    ReplyDelete
  17. kesian...mungkin kurg kasih syg @ jiwa kacau Doakan dia jd lebih baik.. ;-)

    ReplyDelete
  18. dulu pun ingat macam tu kak..nak buat macamana kalau dha terbukti kan

    ReplyDelete
  19. Sedih hati ini..uwaaa..nk nangis juga..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …