Skip to main content

KELAMBU MODEN DAH JADI SATU KEPERLUAN

STICKY POST!!
Scroll untuk entry baru...

Assalamualaikum...

Perasan tak nyamuk suka gigit kat belakang lengan..
kat bahagian siku tu tempat kegemaran dia la..
Sedar2 je dah gatal..dah bengkak..
Tidur malam pun dah kena pakai kelambu moden.
mujur la kelembu moden murah.



Masalah nyamuk ni macam tak de penyelesaian.
Saya tengok berita minggu lepas katanya
kat selangor kes denggi paling tinggi.kempan dah macam2 kempen..
Nyamuk sekarang bukan dia kira senja dengan pagi je dia keluar..
malam2 pun dia dah stanby tunggu kita tidur.
tutup je lampu datang la dia..Nyamuk pi sekolah dah la ni...

Sebab itu lah Kawan2 kena ada juga simpan kelambu moden .
Tak payah pakai dah kelambu gantung tu.
nak paku2 dinding buat rosak dinding je..
Sekarang orang pakai  kelambu moden saja.
Saya sendiri pakai kelambu moden sebab senang nak pasang dan simpan.
main lipat2 je dah siap.nak buka cuma ting!!!siap..



Ada zip jugak.
tak la tengah-tengah malam tidur dengan anak yang lasak,
sedar2 pintu kelambu dah ternganga,

Kalau nak pi berkelah ke boleh jugak guna kelambu moden ni.
Bila pi berkelah benda paling tak best sekali ialah
kena libas lalat..nak makan pun payah..
tak tenang langsung fikiran bercuti dengan lalat.
Pakai kelambu moden anak-anak pun selesa

Yang ada homestay tu kalau boleh letak la kelambu moden ni
2,3 buah kat dalam homestay tu..
kesian la kat tetamu anda tu ye..
saya ni cerita berdasarkan pengalaman.
Homestay tu bukan hari2 ada orang jadi tak pelik pun
kalau nyamuk ada dalam tu..

Saiz paling besar 200x200 harga pun murah .
cuma 40 ringgit...
saiz king ni muat kami 4 beranak.
Saya,suami dan 2 anak yang kalau tidur memang lasak.
heheh..

kalau nak boleh la hubungi Mommy Irra :-

whatsapp/sms  : 013 356 0192 atau
email : beli@irrayyan.com.
Laman Web; http://www.irrayyan.com/2014/10/jual-kelambu-moden-saiz-king.html



#Perasan tak yang kerap kena denggi ni orang bandar..Orang kampung susah nak kena..tau sebab apa?salah satu sebabnya, orang kampung tidur pakai kelambu..

sekian...

*sESIAPA YANG NAK KHIDMAT REVIEW PRODUK BOLEH EMAIL SAYA . KLIK 'ads" DI TAB MENU.


Comments

  1. pernah pakai..lama2 rosak gak..besa la zip kn.. skrg guna kelambu lama ja.. yang kena ada tali sangkut tu

    ReplyDelete
  2. MUDAH GUNA KELAMBU NI XPYH NK DIGANTUNG MCM KELAMBU DULU2...

    ReplyDelete
  3. Tak perasan plak nyamuk suka gigit kat belakang lengan. Mcm semua tempat je dia suka gigit, ikut sesuka hati dia.

    ReplyDelete
  4. area umah saya ni memang kawasan denggi.. dulu kalau duduk umah tinggi2 ni jarang ada nyamuk tp sekarang.. nyamuk naik guna lift kot hahahaha

    ReplyDelete
  5. guna kelambu ni sejak aisyah 3 bulan..masa saya baru pindah umah sekarang ni ramai yang tak pindah lagi..tu ada nyamuk agaknya..
    senang nak bawa, nak simpan..

    ReplyDelete
  6. uhuhhu... rasa macam rimas plak berkelambu... =D

    ReplyDelete
  7. last pakai kelambu masa kecik2 dulu je sebab duduk dengan nenek.
    sekarang tidur terbongkang without any perlindungan dari nyamuk..pastu bila kena gigit nyamuk rasa nak mengamuk,.haha
    bagus eh kelambu moden ni//
    boleh consider untuk beli ni

    ReplyDelete
  8. Kat rumah saya jarang ada nyamuk tapi kalau ada dua tiga ekor, Adik Cutelah target mereka. Bijak bukan main nyamuk sekarang, nak pucuk muda jerk :)

    Saya tak pernah pakai kelambu moden ni tapi kelambut ikat 4 penjuru tu memang puaslah. Tiap malam kena ohsom dengan kakak-kakak siapa punya turn pasang kelambu :)

    ReplyDelete
  9. Kalau ada baby anak kecik harus ada...julia dulu pakai masa Qi kecik2...skrg dh xd nyamuk sbb pasang ubt nyamuk jenis karan tu...

    ReplyDelete
  10. Wabak denggi ni memang buatkan kita terpaksa pakai kelambu. Nak sembur ridsect or pakai ubat nyamuk pun kadang nyamuk ni tak lut. Entah apa ilmu lah yang nyamuk-nyamuk ni pakai.

    ReplyDelete
  11. dulu suka tdo dalam kelambu tapi skrg x lagi

    ReplyDelete
  12. comel je nampak kelambu ni.. macam kelambu baby bersize mega.. hehe

    ReplyDelete
  13. Setuju sis..kawasan taman kerap jadi pusat pmbiakan aedes. Eh,macam bakul letak baju tu bentuknya bila dah buka kan? Hehehe.

    ReplyDelete
  14. Teringat dulu masa kecik tido mmg pakai kelambu pun, tp bukan cenggitulah bentuknya ....gantung tali 4 penjuru, lepas pakai gulung gulung sangkut tepi dinding

    ReplyDelete
  15. Masa musim panas memang nak kena standby dengan kelambu, terutamanya orang yang tinggal di kota.. Kalau kat kampung masa kecik-kecik dah jadi jala tangkap ikan dah ni..heh.heh

    ReplyDelete
  16. memang sanagt berguna..dan saya guna semasa banjir tempohhari..senang bawa dan senang nak simpan

    ReplyDelete
  17. Salam, wahh kak! bila kak cakap pasal lalat dan susah nak makan tu, baru sy terfikir, pakai kelambu moden ni pun mmg boleh mengatasi masalah tu...sbb selama ni kita fikir, kelambu tu berkait dgn nyamuk semata je kan, dgn lalat pun boleh! bagusnya!! haha mmg berguna (n_n)

    ReplyDelete
  18. Balik kampung wajib bawa kelambu moden. Bahaya ubat nyamuk ni. Satu lingkaran ubat nyamuk bersamaan 100 puntung rokok. Huhuhu

    ReplyDelete
  19. Pernah guna yang arwah mak mertua punya. Beli x hado :D

    ReplyDelete
  20. mak abah fiza pun sediakan kelambu moden ni untuk cucu² kalau balik kampung tu..takdelah kene gigit nyamuk

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …