Skip to main content

IBU KELAR LEHER 3 ANAK GARA-GARA KERAP MENANGIS

Assalamualaikum..

Bila anak kerap menangis memang ibu ibu akan rasa tertekan.
tambahan pulak bila tiada sokongan dan bantuan
dari orang sekeliling.




Cerita pasal anak menangis ni,
kejadian berlaku di Amerika Syarikat ,seorang ibu berusia 29 tahun,
Christina Booth ,bertindak kejam
apa bila mencederakan anak nya dengan mengelar
leher 3 anaknya yang berusia 6 (kembar) dan 2 tahun .


Dia meresa terganggu dengan anak-anaknya yang kerap menangis
lalu mengelar mereka menggunakan pisau dapur.
kejadian berlaku pada 25/1 yang lalu  ,jam 1;20 awal pagi.
Menurut Christina dia bertindak sedemikan kerana
suami nya yang bertugas sebagai tentera,
akan marah-marah jika mendengar anak nya menangis.

Tambahan pula suaminya tidak pernah
membantunya menguruskan anak-anak .


Pada malam kejadian Christina dan suami nya minum sehingga mabuk
dan kemudian suuaminya tertidur .
Apa suaminya  tersedar dia mendapati anaknya tercedera
sambil isterinya menjerit2 ketakutan.
Dia segera menyuruh isterinya menghubungi 911.
Christina kini sedang ditahan di penjara dan berdepan
hukuman penjara dan denda sebanyak 3 juta dolar atas dakwaan,
cubaan membunuh


Perubahan sikap Christina disedari jiran tetangga sejak
kelahiran anak kedua nya.
Pada masa yang sama suaminya tidak berada disisi
kerana bertugas di Afganistan.

*mujur anak2 nya tak mati..
yang laki pun..kawen nak..jaga anak tak nak..
anak nangis nak marah2..cocok telinga kau dengan dawai baru kau tau..

sekian..



Comments

  1. itu la..nak anak tapi bab nk menolong jaga ank xnk..si isteri berkejar sana sini jaga ankuruskan rumah...

    ReplyDelete
  2. entah2 meroyan.. sebab dari cerita macam dia buat tanpa sedar je. orang meroyan ni memang bahaya

    ReplyDelete
  3. Amboiii sangat laki dia ni!!! Sakit hati sungguh baca artikel ni...

    ReplyDelete
  4. ya allah... kalau dah terlampau stress mcam ni lah jadinya. syaitan pula giat menghasut.. sebab tu bahaya stress..
    kalau kita orang islam ni banyk2 kanlah istighfar n selawat semoga allah lindung kita dari perbuatan pelik2 macam ni

    http://zinziemeewah.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. sebab tu islam mengharamkan arak....

    ReplyDelete
  6. huhu biasanya tekanan perasaan muncul sebab dah tak boleh kawal diri dengan keadaan sekeliling,kesian baby tu

    ReplyDelete
  7. sampai macam tu sekali.kejam betul

    ReplyDelete
  8. Isterinya stress tu..kesian kalau tak dapat rawatan.

    ReplyDelete
  9. tp klu perasan cite omputeh klu laki kerja askar ... mmg 100% tugas jg anak jd hak milik kekal isteri ..tu belum askar tu trauma kes perang lagi ...

    ReplyDelete
  10. Laki pon tak boleh harap. Anak nangis marah bini plak. Mana bini tak meroyan.

    ReplyDelete
  11. Fuhhh bahaya sungguh la...bila penat campur dalam emosi...akan jadi sebaliknya...diri kita di handle bukan dalam keadaan waras lagi...Allah moho dijauhkan mcm ni...anak2 nangis ni dia nak perhatian...layan je la

    ReplyDelete
  12. apabila akal tidak dapat mengawal emosi, disitu iblis mengambil alih,Nauzubillahi Min Zalik :(

    ReplyDelete
  13. Kesian :(
    Stress sangat kot... ada suami pun... macam apa je... haih macam2 la dunia sekarang...

    ReplyDelete
  14. Bertugas mende ntah kat Afganistan. menyemak je tentera us ni. Opps. Sorry. Termengumpat plak.

    ReplyDelete
  15. Melampaukan suami macam ni. Anak nangis nak marah. Tolonglah pujuk anak tu supaya berhenti menangis. Tapi betul Diana, kalau takda sokongan atau bila kita tension, kita rasa satu macam bila anak-anak buat hal. Mujurlah takda perkara buruk berlaku.

    Pernah tengok satu English movie, wanita ni meroyan lepas tu dibunuhnya 3 daripada 4 anaknya. Yang baby ditekup bantal ke towel, yang anak lelaki ditikam pisau dari belakang dan anak perempuan walaupun sempat abang sulung selamatkan dan sembunyikan dalam barn, tetap kena tikam dengan apa ke bendanya macam cangkul tu. Walaupun cerita aje, saya punyalah menangis tersedu-sedu sedih menonton cerita itu. Kalau orang Melayu kita panggil meroyan kan!

    ReplyDelete
  16. Moral support drpd husben tu perlu. Kena plk yg husben jrg ada. Sesekali blk tau nk rehat je. Walhal isteri penat x dikira. Apa pun dlm rmhtgga ni kena bantu membantu.

    ReplyDelete
  17. Salam, hmm ngerinya...nasib anaknya hidup...susahlah kan benda2 camni..dua2 pun salah sy rasa..hmm

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …