Skip to main content

HANYA KERANA TELEKUNG...

Assalamalaikum...

Hanya kerana telekung terus lari dah masa untuk update blog ni.

Hari ni siapkan baju sekolah agama Maisara.lepas tu buka2 beg telekung dia.ambik masuk mesin.nak basuh..yang dok kat beg satu lagi pun campak jugak dalam mesin.

Ambik telekung baru dalam lemari..masuk kan dalam beg..lepas tu  buka balik,.."eh..telekung ni tak de getah kain dia..lupa pulak.." ha sudah..nak kena jahit getah pulak.mana ada getah kat rumah ni..Maisara mana reti ikat kain telekung.kena ada getah dia reti la..main sarung je..

Pi ke kedai..beli getah.lepas tu lajak dah kekedai beli barang dapur sekali.dok layan mikail main mesin kereta joget2 tu dah jam 12 setengah..ok..lari balik cepat2.. 

Jahit getah kat kain..dah la jahit pakai tangan.lepas tu tali yang ikat kepala tu pun kena tukar, kena jahit getah jugak...

2 setengah van nak datang dah ni..tetiba saya jadi hebat dalam bab jahit menjahit.tepat 2 setengah kain siap jahit semua...

Adoi..lepas tu masak pulak.ni baru siap semua.aduhai...ni la jadi nya bila bertangguh2 buat kerja.dah perasan dah hari tu masa basuh telekung baru tu, tak de getah...tapi tunggu2 nak jahitnya sebab dua lagi telekung belum basuh.ni dua2 dah campak dalam mesin kena pakai telekung yang  baru beli tu, mula la makcik gelabah ..

Rasa macam nak tercabut semua bila buat kerja kelam kabut gini.satgi la makcik bw ye..nak ambik nafas jap!!

Sekian..

Comments

  1. ok la tu pandai jahit...sy kalau bab menjahit ni lemah sgt2...huhu

    ReplyDelete
  2. hehehehe kang membebel pulak maisara tu.

    ReplyDelete
  3. Hahahahah orang yang baca pun jadi kelam kabut sekali. :D

    ReplyDelete
  4. Hahahaha.. macam isteri saya juga suka buat kerja last minute. Katanya kerja last minute tu best, buat macam mana pun ia mesti menjadi.....

    ReplyDelete
  5. gitulah kalau dah kelam kabut..masa tu mesti nyesal sebab suka tangguh2..
    tapi nanti buat lagi..hehe

    ReplyDelete
  6. hehe gtu lah bila dh tertangguh kan.. last2 kite jugak yg penat

    ReplyDelete
  7. Selalunya time kita tengah rush something, time tu jugaklah macam-macam kerja datang bertimpa kat kita kan.

    ReplyDelete
  8. Demi anak, ibu terus jadi tukang jahit pro. Hehee

    ReplyDelete
  9. Hebat diana jahit tangan je. Kena beli mesin jahit ni Diana. Beli yg mini portable pun boleh dah. Boleh la menjahit mana2 yg terkoyak atau terbetas tu dgn lagi pantas.

    ReplyDelete
  10. ok la tu settle jugak kerja kan? kekekeke

    ReplyDelete
  11. kalau saya, dah lama terus gi kedai....beli telekung baru ! hahaha

    ReplyDelete
  12. Hehe... Superb betul bila dpt buat pantas cmtu.. Hehe.

    ReplyDelete
  13. Hebat tu..saya kalau part menjahit "bercinta" sikit dibuatnya..hihi

    ReplyDelete
  14. Lambatnya masak DR......sempat ke si Maisara tu makan....
    Biasalah ....
    Okje pun suka gak buat kerja bertangguh tp kalau anak yg buat marah haha....Dekay yeh kedai ngan rumah tu?

    ReplyDelete
  15. Salam kak, touching pulak sy bace entry ni. Macam ni lahmak sy dulu, mmg sebijik..dlm gelabah dan kita rasa mcm dh xsempat sgt dah ni, mak tetap menjadi hebat tetiba dan berjaya setelkan semuanya dgn baik. Haha, rindu zaman sekolah dulu :')

    ReplyDelete
  16. nasiblah boleh siap semua dalam kelam kabut pun kak..betul² superibu ni

    ReplyDelete
  17. untuk anak-anak ibu mampu jadi supermama

    semoga jasa ibu mampu melahirkan generasi yang hebat

    ReplyDelete
  18. Itulah makcik, kalau dah ngelabah memang tetiba jadi expert. Skil datang mengejut katanya. Tapikan bab-bab menjahit ni kalau sayalah, gelabah ke tidak tetap tak reti. Nak jahit name tag pun makan jam inikan pulak nak jahit lebih-lebih :)

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …