Skip to main content

GAME SHOW RUNNING MAN VERSI MALAYSIA DI TV9 MARCH INI

Assalamualaikum..


Siapa suka running man?Mesti ramai yang suka..
Makcik pun suka jugak..Bila tonton Running Man
makcik rasa macam umur makcik muda 30 tahun tau..
sebab asyik gelak je serupa macam tak dak masalah apa pun..
hehehe..


Oleh sebab ramai yang suka sangat
menonton rancangn Running Man ni maka
tak lama lagi kawan2 boleh tonton Running Man versi malaysia pulak.
Tapi tak pakai nama rancangan  Running Man..
diaorang tukar pada nama "Lari"

Pengacara nya pulak ialah Azwan Ali.
Eh!ada pengacara pulak.
kata tadi macam Running Man.Running Man mana ada pengacara.
best ke?

Kita tunggu je la nanti
siarannya di TV9 bermula March ini.
pengambaran nya pun dah dibuat sepanjang minggu ni.
Artis yang join tu pun saya tak kenal..


harap2 best la..
kalau tak memang kena kritik je la..hahah..
Bila dah kata Running Man versi Malasyia
dah tentu la akan ada yang membandingkan 2 rancangan ni..kan??

tunggu je la nanti..
tak sabar pulak nak tengok..



sekian..

Comments

  1. RM korea tetap terbaik! ;D hehe

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang sahaja tengok running man..mana ada masa terluang!

    ReplyDelete
  3. hahaha selalunya yang kopikat ni tak setanding yang ori :D apa2 pun harap best la ye..kan kak? :)

    ReplyDelete
  4. ich malaysia ni, semua rancangan nk tiru luar negara, xde idea sendiri ke.pelik betul.semalam " karok lah kau " tu tiru program tv kat thiland x silap.ni ada LARI lak.hish malunyaaa.

    ReplyDelete
  5. erk.. saper artis nya tu..?? tak lawak memang kena bahan la kan ..

    ReplyDelete
  6. nampak cam arja lee je sorg tu...

    ReplyDelete
  7. 'Acik' pun suka rancangan Running Man ni :) Best tau especially bila nampak muka Kwang So serta-merta nak marah!

    Oh, ada rancangan Running Man versi Malaysia ya? Macam AA je yang overshadow semua peserta! AA jadi pengacara ke peserta? Kalau peserta mesti seronok dok gelakkan mulut 'durjana'nya tu :)

    ReplyDelete
  8. RM memang ada pengacara.. Jae Suk tu yg kira mngawal game.. hehe..

    mcm xbest jak.. haha

    ReplyDelete
  9. Tak lama dah tu.. nanti sama2 tgk n bg komen.. sokong rancangan tempatan yang baik

    ReplyDelete
  10. alahhh..rosak laaaa program yg paling akak minat..hahaha..harap2 best dan memberi manfaat kepada penonton seperti apa yg RM korea selalu buat..

    ReplyDelete
  11. Karok la kau tiru Amerika tv show killer karaoke. Yeke tiru star king or hello counselor. Lari tiru rm. Dah tgk dah lari ni aritu.. Tak tau nak ckp mcm mana. Player game mcm tak masuk je dgn game show ni. Pastu dgn iklan byk.. Gamenya kejap je.. Dgn mr.x la... Tak tau la. Bukan x sokong.. Tapi tlg la improve skit lagi2 bahagian editing dgn camera. Baru berkualiti.

    ReplyDelete
  12. Jae suk pengacara secara tidak langsung untuk Rmk

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …