Skip to main content

EDRY PUAS HATI CALIPH BUSKERS BAWA ROMAN CINTA DI ANUGERAH JUARA LAGU 29

Assalamualaikum..

Saya suka betul tengok persembahan Caliph Buskers yang mendenagkan lagu Roman Cinta dalam Anugerah Juara Lagu 29..
Mula2 semalam ada tengok kat IG diaorang buat raptai ..
tapi tak boleh agak siapa penyanyi tu sebab tak jelas..
Hebat kejutan yang dibuat Edry nih..
Selama ni mungkin orang rasa Roman Cinta akan dinyanyikan oleh vokalis baru
Mojo yang dah diperkenalkan oleh Edry minggu lalu..
tapi tak sngka rupanya ada kejutan lain yang menanti..


Bagi saya vokal Azmi dari Caliph Buskers ni memang hebat..
sedap suara nya...
Siapa sangka dia seorang OKU..
Ini lah yang dikatakan dalam setiap orang ada satu kelebihan yang Allah beri..
betul tak??



Tapi tak semua orang suka..kan?
ada jugak yang lebih sukakan Aweera dan tak boleh terima 
Roman Cinta  bukan lagi milik Aweera.
Ada juga yang kata kalau bukan kerana Awera ,
Roman Cinta tak kan ke final Anugerah Juara lagu 



Tapi bagi Edry , Azmi Caliph Buskers adalah hero Roman Cinta pada malam 
Anugerah Juara Lagu ni.
katanya dia  nak bagi peluang pada orang baru yang berani menyahut cabaran 
menyanyikan lagu Roman Cinta nih..
lagu ni memang susah nak dinyanyikan..
pendapat saya yang tak pandai menyanyi nih..hahahaha..


Semoga Anugerah Juara Lagu 29 ni membuka banyak peluang untuk 
Caliph Buskers  mencipta nama dalam bidang muzik ..

KEPUTUSAN ANUGERAH JUARA LAGU 29 

PERSEMBAHAN TERBAIK : MOJO

VOKAL TERBAIK ; DAYANG NURFAIZAH (DI PINTU SYURGA)

TEMPAT KE TIGA: DAYANG NURFAIZAH (DIPINTU SRURGA)

TEMPAT KE DUA ; SHILA HAMZAH (MASIH AKU CINTA)

JUARA LAGU ; JOE FLIZZOW & SONAONE (APA KHABAR)

sekian..

Comments

  1. Setuju.. suka persembahan Mojo dengan Caliph Buskers ni.. mantap..

    Paling tak sangka yang dapat no 1 tu..apa pun dah rezeki dia nampaknya

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Best review diana ni...terjawab sudah pertanyaan julia sebab semalam tak habis pun tgk AJL...Qi dah nak tidur...pastu umi dia pun terbabas sama tidur...nak tgk ulangan AJL la nanti...

    ReplyDelete
  5. sukaa sangat dengan persembahan mojo semalam. best :D

    ReplyDelete
  6. wah mewahnya rezki mrk yg berbakt ni...

    ReplyDelete
  7. Memang best gila persembahan dorang semalam. Aweera pun best juga. Eh semua best kecuali juara. Lol !

    ReplyDelete
  8. memang best suara diaorang.. terbaik!
    memang layak menang persembahan terbaik..

    ReplyDelete
  9. Terkejut bila tengok mereka buat persembahan. Mula-mula tak perasan apa kekurangannya. Memang menjadi gimik si Edry ni. Apa-apa pun tahniah buat mereka!

    ReplyDelete
  10. Pasang AJL ni masa tgh makan. Meja makan jauh dari TV. Pastu dgr lagu ni. Mcm pernah dgr tapi mmg tak ingat siapa penyanyi dan tajuk lagu. Pastu hasben saya gi tgk kejap, so saya tanya siapa nyanyi lagu tu. Dia kata, "ntah, ntah penyanyi dtg dari mana tak tau, tapi suara power". Pastu saya gi tgk plak. Kiterang bantai gelak sbb mmg tak komersil kan. Pastu bila habis show tu, baca kat FB, baru tahu dia OKU. Baru la rasa mcm wowww... hebatnya. Bila dgr lagi skali dia nyanyi kat video klip yg Norman KRU share, terus rasa meremang bulu roma ni.

    ReplyDelete
  11. yang tak suka tu terlalu fanatik dengan aweera kot...
    pada saya sangat best dan terharu sbb orang OKU boleh nyanyi sebaik aweera...
    n its a thumb up for edry abdul halim!!

    ReplyDelete
  12. Sy tak tgk pun. Tp kebetulan saya lalu dpn tv masa tu hubby ckp org buta yg nyanyi. Mmg sdp suara dia. Terbaek la kat telinga saya.

    Lepas tu terus alih cerita lain tak tau apa2 . Tgk2 tgh mlm org duk komen2 psl awak apa khabar awak apa khabar. Ekeke

    ReplyDelete
  13. tak tgk ... dpt tau resultnya pun ok lah ...

    ReplyDelete
  14. Memang suka sangat dengar vokal Azmi tu. Memang mantap lah..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …