Skip to main content

CARA SAYA BUAT DUIT DENGAN BLOG

Assalamualaikum...

 Cerita pasal CPUV ni..
kami dulu sebut BE..hehhe..
dulu kalau dapat BE dari syarikat besar gini memang best la...


Sebab sekali dapat BE dari syarikat besar2 ni bukan sikit2 tau..
seminggu boleh dapat lebih 10 ringgit jugak..
lagi2 kalau BE dari syarikat telekomunikasi..
memang lumayan..

Tapi sekarang tidak lagi..
minggu ni dapat CPUV minggu depan dah credited...
nak kumpul seringgit pun susah..

Jadi pada blogger2 yang nak dapat duit dari blog
jangan hanya mengharapkan nuffnang sahaja.
cari lagi peluang lain yang boleh mendatangkan hasil
dengan blog kawan2..
berniaga online ke, join affiliate ke,
ataupun buat ruang iklan berbayar..
contoh nya review produk..

Awal2 ni jangan la letak harga mahal2..
saya dulu awal2 letak harga 10 ringgit je satu review..
kadang2 percuma pun ada..
Sekadar nak kenalkan blog sendiri pada orang ramai..
nanti bila yang lain tengok kita ada buat review ramai la yang nak dapatkan review dari kita.
kalau awal2 dah mahal takut terkejut pulak orng nanti..
jangan la ikut kata2 blogger otai nun..
konon nya harga murah tu maknanya mrendah2 kan blogger.
depa lain la..uv juta2 satu hari..
kita yang uv sehari takat 1-3k letak harga berpada2 sudah la.
nanti dah ramai yang betkunjung ke blog kita baru la naik kan harga..ok..



Sekian..

Comments

  1. betul. jangan letak harga mahal mahal. nanti orang tak nak

    ReplyDelete
  2. Rasanya blog Diana ni banyak juga hasilnya...teruskan usaha

    ReplyDelete
  3. setuju tu jangan duk harap dengan satu sumber sahaj..rajin2 la cuba mcm2 perkara

    ReplyDelete
  4. Kena try ni..alang - alang dah keje ngadap blog je..hehe

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum... diana,

    Insaallah boleh maju blog nie.. pengiklanan macam nie boleh masukkk gak, Insaallah..

    mselim3

    psl: usaha dan tawakal ... kunci kejayaan..

    ReplyDelete
  6. thanks for sharing...boleh dipraktikkan ni...^_^

    ReplyDelete
  7. jdn demand. pelan2 kayuh.. in shaa allah.. b'jaya!

    ReplyDelete
  8. akak pun dah cuba cara lain juga. Usaha mesti diteruskan.

    ReplyDelete
  9. sy skrg harap dr nuffnang je. bab review produk tu bagus jugak. rasa mcm nak try je...mana tau boleh jd income sampingan kan....

    ReplyDelete
  10. Lain org lain pendapat...jd kte ikot berdsrkn pglmn org... Betul tu... Skrg ni makin lma makin kne tambah income... Mari mulakan...

    ReplyDelete
  11. thanx untuk perkongsian ni.. ye, selain nuffnang, kena cari jalan lain jugak :)

    ReplyDelete
  12. tak pernah review lagi mana-mana produk/blog. huhu memang takkan letak harga mahal. tapi takpelah, belum rezeki yok..kena usaha lagi lah nampaknya :)

    ReplyDelete
  13. Terima kasih sebab kongsi tips kak diana :)

    ReplyDelete
  14. sy ni dh berbulan2 cpuv tu bertenggek tp harga masih xsmpi 50sen pn kak..ad yg 10sen, 8sen.. haha..tp xpelah kumpul setahun dlu

    ReplyDelete
  15. susah nak dapat income banyak dengan nuffnang sekarang ni..sehari naik pun berapa sen je rasanya..itulah,xleh nak berharap sangat..

    ReplyDelete
  16. nak dpt duit dgn blog , kita kena kerja keras , cam kerja kat luar juga ...

    ReplyDelete
  17. At least Diana dah merasalah hasil nuffnang zaman BE dulu-dulu ya. Kalau sekarang ni memang nak kena semput tengok hasil yang dikreditkan. Nak top up telefon pun tak mampu. Nak tunggu penuh sampai boleh cash out, mahu demam-demam berblogging :)

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …