Skip to main content

BERITA PALSU PUNCA GAMBAR KANAK-KANAK INI MENJADI VIRAL

Assalamualaikum...

Rasa geram pulak bila pagi2 dah baca berita macam ni.hairan la dengan manusia yang tak de rasa bersalah mereka-reka cerita yang tak betul...nampak sangat dia mereka-reka cerita tu untuk seronok2 je..meh baca berita yang boleh buat darah naik tinggi nih..

******

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam  tahun, tiba-tiba menjadi ‘terkenal’ di rangkaian media sosial apabila gambarnya  yang memakai pakaian seragam pra-sekolah, menjadi viral.



Ketua Polis Asisten Komisioner M Chandran  mengesahkan laporan, kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Nozalle Alfred  Joe ditemui penduduk kampung di tepi jalan di Inanam, kira-kira 10 kilometer  dari sini, sebelum membawanya ke balai polis di sana untuk tindakan  selanjutnya.

 Nozalle yang berpakaian pra-sekolah yang comot ditemui  penduduk kampung ketika berjalan kaki balik ke Kampung Kionsom.

“Kami mendapat tahu, kanak-kanak itu membuat  keputusan untuk berjalan kaki dari sekolah Kemas di pekan Inanam ke Kampung  Kionsom semalam apabila bas sekolahnya tidak tiba untuk mengambilnya di sekolah.  Sebenarnya bas itu terlambat tiba.

“Seorang penduduk kampung yang prihatin segera  menghantar kanak-kanak itu ke balai polis untuk mencari siapa ibu bapanya,” katanya.

Chandra berkata, maklumat mangsa segera dimuat  naik ke kumpulan WhatsApp polis dan dikongsi sehingga mereka menemui  bapanya, Alfred Joe.

“Ibu bapa kanak-kanak itu datang ke balai polis  untuk mengambil anak mereka pada jam 7.30 malam,” kata Chandra.

Khabar angin mengenai kanak-kanak itu menjadi  viral sehingga ada yang mengatakan dia ditinggalkan di sekolah selepas ibu  bapanya terlibat dalam kemalangan maut di mana ibunya meninggal dunia di tempat  kejadian, sementara bapanya dimasukkan ke unit penjagaan intensif.

“Khabar angin itu tidak benar. Kanak-kanak itu  selamat dan kembali kepada keluarganya,” katanya.

Sementara itu jurucakap Kemas Sabah mengesahkan  menerima laporan yang sama dan menambah kanak-kanak itu kembali ke sekolah hari  ini, seperti biasa..

***

-Siapa lah yang punya keja dok buat cerita merepek kata mak ayah dia kemalangan nih??tak rasa bersalah ke bila dok buat fitnah macam tu?

-kecik lagi dah kena pi skolah naik bas.hehehe...masa tunggu bas tu mak ayah tak tunggu dia ke?Ish..ish..budak ni kecik lagi.jangan la dibiar tunggu bas sendirian.bahaya la cik kak oi..bahya ada dimana2..



sekian..

Comments

  1. dasyatnya berita palsu ni..siapa la yang mereka-reka cerita

    ReplyDelete
  2. parents dia tak boleh nak ambik sebab tu dia naik bas rasanya tu.. biasanya kat sini diorang naik van.. tapi tulis kat van bas sekolah.. tu panggil bas tu.. huhu..

    ReplyDelete
  3. Takut bila jadi kat anak sendiri .. kena lebih berhati2

    ReplyDelete
  4. Suka suka hati je nak jadikan viral benda yang tak betul. Hish.

    ReplyDelete
  5. alahai kesian jgk baca pasal budak ni berjalan kaki tuh..nasib ada orang yang jmpa dan perihatin kat budak tu kan?ish

    ReplyDelete
  6. Merapiknya cerita yg derang buat tu. Siap sebar pasal mak ayah dia mati. Adoi.. Apapun, syukur la adik ni dah selamat.

    ReplyDelete
  7. rs nk sepuk je sapa yg buat cerita tu!

    ReplyDelete
  8. mujur jupe dgn org baik, kalo dgn org jht? naya je lh

    ReplyDelete
  9. Suka hati je update berita palsu

    ReplyDelete
  10. sebab tu sekarang malas nak share benda2 yang jadi viral. banyak info yang tak betul dorang sebarkan.

    ReplyDelete
  11. Aduhai ni kes kat Sabah ni, mcn2 la rekaan crita diorg ni

    ReplyDelete
  12. dahsyat punya fitnah..haha pandai pulak tukang reka cerita..boleh bt drama..-_-

    ReplyDelete
  13. sape la gatal tangan buat cerita tak sahih nie.. hadoiyai...

    ReplyDelete
  14. skrg ni mmg dah jadi trend sebar cerita palsu kat whatsappp...contohnya kes banjir hari tu...padan muka polis cari siapa yg sebar maklumat palsu tu...

    aku skrg malas nak caya sangat dah apa yg viral kat whatsapp ni..banyak nau nipunya...

    ReplyDelete
  15. media sosial yg di salah guna ...

    ReplyDelete
  16. banyak fitnah sejak akhir2 ni

    ReplyDelete
  17. Ingat kat negara lain sebab nama tempat tu mcm musykil rupanya kat Sabah....
    Ye ar mak pak keje DR....mana sempat nak tunggu huhu.....
    Budak nibkita kena cakap byk kali.....depa ni bukan faham...eh, tak de kawan lain ke m...

    ReplyDelete
  18. Salam, mmg benci dgn berita2 camni. Masalahnya nak pastikan kesahihannya citer2 camni punnn xtau camne, hadoi~

    ReplyDelete
  19. dunia tanpa sempadan cepat je tersebar..betul ke tidak main share sampai jadi viral kan..kesian dia

    ReplyDelete
  20. Kesian makpak tak berdosa yang jadi mangsa fitnah. Hehehe ...

    Kalau anak saya ni, jangan kata nak jalan kaki, nak naik bas pun saya tak bagi. Kalau dia balik sekolah naik bas, sayalah yang pening kepala dok fikir macam-macam itu ini. Last-last, saya pulak kang yang kena masuk spital dek BP tinggi!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …