Skip to main content

AMAR CIPTA LAGU CINTA KPOP DEMI MEMBASMI GEJALA K-POP

Assalamualaikum...

Disebabkan isu gadis melayu dengan Mamat Kpop baru2 ni terhasil la lagu Cinta Kpop dari penyanyi Amar .kalau tengok dari lirik nya nampak santai saja lagu ni..Tapi bila dah dengar tak best pun..hahahah..Rasa macam untuk budak2 besar Maisara dengar boleh la.Bila saya dengar macam dengar lagu rancangan kanak-kanak je,..Maisara mesti kata lagu nih best..heheh..Tapi kalau untuk gadis-gadis awal 20 an mesti kata lagu nih melodinya tak menarik.


Usaha kecil sy utk membasmi gejala K-POP tanpa batasan syariat Islam. Terimalah lagu terbaru ciptaan sy yg berjudul "CINTA K-POP". Ambillah iktibar dan pengajaran drpdnya. Moga kita semua dijauhkan bala dan diberi petunjuk oleh ALLAH SWT. -Amar-




Lirik lagu Cinta Kpop


APA YANG SUDAH TERJADI
SEMAKIN MENJADI-JADI
KESUCIAN SERING DICEMARI SERING DINODAI
OLEH TANGAN-TANGAN KAU SENDIRI

APA YANG SUDAH TERJADI
SEMAKIN MENJADI-JADI
KEMARUK PADA PERSONA TEWAS IMAN DI DADA
KEGILAAN MENCABULI AGAMA

WAHAI SERIKANDI KAU HARAPAN
AGAMA DAN NEGARA HARUS KAU PERTAHAN
JANGAN LONGLAI KAU TERKULAI DIBELAI
NAFSU YANG MEMBUAI

WAHAI SERIKANDI KAU PENYERI
JANGAN DIRACUNI KESUCIAN YANG MURNI
MEMBAWA ONAR DAN MEMBAWA MALU SEMALU-MALUNYA
SEMALU-MALU-MALUNYAAA……

-RAP-

JANGANLAH ENGKAU TERHERET
CINTA SI MATA SEPET
MAT K-POP YANG MENGEPIT
BIKIN BALA PUN MENGHIMPIT

KIRI KANAN YANG MELIHAT
SETIAP APA YANG KAU BUAT
JADI BAHAN UNTUK DIUMPAT
FITNAH BUAT UMAT MUHAMMAD

-MEMBEBEL-

BERINGATLAH.. JANGAN BIKIN MALU OK?
EH DENGAR TAK?... JANGAN BIKIN MALU

KITA PUNYA ADAB
KITA PUNYA HEMAH
KITA PUNYA AKHLAK
KITA YANG MULIA..SEMULIA-MULIA, MULIANYA

PERTAHANKAN MARUAH AGAMA

PENYANYI: AMAR
LAGU, MUZIK & TERBITAN: AMAR
LIRIK: RAMZUL IKBAR SAIFUL AULA
JURU RAKAM: ALONG EXIST
STUDIO: ADA EXIST

Nak dengar lagu dia boleh klik sini https://www.facebook.com/video.php?v=773193389424929

Walaupun tak best dan nampak sambil lewa , tapi ianya satu usaha yang harus dipuji jugak la.mana tau adik2 baya maisara ni dengar dan boleh jadikan pengajaran.betul tak??Tak nak dengar lagu..baca lirik pun jadi lah..heheh...kat facebook dia nampak semua puji kata lagu nih terbaik.hehehehhe...



sekian...

Comments

  1. Itu dia! Dah ada yg boleh menggantikan Kpop. Ini Mpop nama dia Dee dah bagi sedar yg jiddan sgt dgn Kpop.

    ReplyDelete
  2. LYRICNYA OK JUGA...XPERLU TERLALU OBSES DGN KEKACAKAN N KECANTIKAN SESEORANG.

    ReplyDelete
  3. Lirik dia bagus sgt kak.. harap2 lepas ni tak ada lagi kes macam ni. Org lain pun minat jugak. Tapi, xdela obses mcm tu.

    ReplyDelete
  4. bila dah selalu on kat radia , jadi best lah nanti tu ... heheheee

    ReplyDelete
  5. sekejap je orang dah cipta lagu...hahahha...terbaek..

    ReplyDelete
  6. Ahahah.. terus terang je.. walaupun x best aaa :)

    ReplyDelete
  7. Tak minat kpop ... huhu ni lagu wajib dengar untuk mereka yang fanatik kpop tu ...

    ReplyDelete
  8. Bagus. Harap mencapai misi nak menginsafkan gadis2 yg minat kpop.

    ReplyDelete
  9. Salam, haha sy xdgr lagi lagu ni, ramai je yg penyanyi kita yg dah terikut2 dgn gaya KPOP, tapi atleast si amar ni buat something pd liriknye...takdelah liriknya kosong ala-ala'Macam cantik, macam comel' ke apa ke..tahniah, haha

    ReplyDelete
  10. Tak pernah dgr lagi lagu ni & tak minat kpop.

    ReplyDelete
  11. Amar ni memang serba boleh yer. Motivator boleh, buat lagu nasyid boleh, jadi ahli silap mata boleh, lukis kartun pun boleh. Saya ada jugak like fanpage dia kat Facebook.

    ReplyDelete
  12. Amar memang suka buat lagu isu semasa..hehe..macam lagu mcam cantik macm comel tu tapi dlm versi islamik..hehe..sedap je

    ReplyDelete
  13. terbaik kakk . suka muzik dia (Y) hehee

    ReplyDelete
  14. Lagu ni agaknya memang ditujukan pada budak-budak sebaya Maisarah supaya gejala K-Pop ni akan berhenti menular bila Maisarah masuk awal 20-an. Kalau kita mak-mak budak dengar, mungkinlah tak berkesankan, Diana. Hahaha!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …