Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

5 JENIS DIET YANG BOLEH MEMBAHAYAKAN TUBUH BADAN.

Assalamualaikum...





Bagi mereka yang mencuba untuk menurunkan berat badan mesti ada diet tertentu yang mereka amalkan untuk mendapatkan hasil yang baik dan mengembirakan.Tapi awas kerana ada beberapa diet tertentu yang bahaya untuk diamalkan .Berikut adalah 5 jenis diet yang dilarang sama sekali untuk anda mencuba nya.

1-Master Cleans
Diet Master Cleans adalah diet dimana anda hanya dibenarkan untuk mengambil air lemon, sirup maple , air putih , air garam dan teh julap. selama 10 hari .Cara ini akan membuatkan tubuh kekurangan  nutrisi dan lebih membahayakan ianya akan menyebabkan keradangan dan sistem imun badan juga akan menurun.

2-Diet fruitarian
Semua bahan makanan termasuk sayuran tidak dibenarkan kecuali handa hanya dibenarkan makan buah buahan.Bahaya nya diet ini kerana ia boleh menyebabkan anda mengalami anemia dan menurunkan sistem kekebalan tubuh kerana dalam diet ini anda akan kekurangan  vitamin B12, protein, zat besi,vitamin D dan kalsium.

3-HCG diet
HCG diet atau human c…

ANTARA FACEBOOK DAN AWANI..

Assalamualaikum...



.
Hari ni tak tahu nak tulis pasal apa.Lama dah idea tak kering macam ni.
selalunya ada je benda nak di tulis.Tapi hari ni memang tak tahu nak tulis apa.
Sebab tak tahu isu semasa pun ye jugak.Sejak malam tadi langsung tak online.
Buka facebook pun kejap je..tu pun sebab "terbuka",hehehe

Biasa la kalau buka facebook saya bukan ada cerita apa pun.rakan2 facebook saya
lebih banyak yang update status luahan perasaan sahaja.
jadi berita2 terkini dan semasa memang tak kan saya dapat kalau buka facebook saya.hahahah
sebab tu juga jadi punca kenapa saya jarang2 buka facebook.
kalau ada benda nak di kongsi baru saya buka facebook.

Lagipun saya memang tak percaya dengan berita facebook.
kalau nak tahu apa berita terkini
saya buka TV awani je..
walaupun kalau kat tv tak berapa "terkini" dah tapi tak jadi masalah pun kalau
kita tahu berita tu lewat 1 jam berbanding orang lain asalkan berita tu sahih.
Lain la kalau tentang maklumat kesihataan,
cerita2 atau …

PENGANJUR ANUGERAH JUARA LAGU TIPU KUMPULAN SEARCH?

Assalamualaikum..

Sampai hari tak banyak band yang mampu bertahan macam kumpulan Wing dan Search..kan?
sampai ke negara seberang pun mereka ada pengikut mereka sendiri.Macam search sendiri walau tak berapa aktif dah tapi peminat2 mereka tetap ada di Malaysia, Singapura dan Indonesia.




Walaupun diaorang dah kurang buat persembahan kat mana2 tapi sekurang2 nya jangan lah dipandang rendah pada mereka ni.

Tadi terbaca luahan kecewa Amy Search yang katanya penganjur AJL kata suruh datang sebab nak bagi anugerah IKON untuk kumpulan Search.Tapi bila sampai rupa-rupanya hanya sebagai penyeri majlis saja.




Tak patut betul penganjur buat macam tu.Mungkin lah ada  salah faham masa sampaikan maklumat tu tapi tak payah kot nak kata ada nak bagi award bagai sedangkan yang sebenarnya sebagai penyeri majlis saja.
Kalau bagi tau kehadiran diaorang sebagai penyeri majlis saja pun rasanya Amy  dan kawan-kawan dia faham.tak de la sampai yang kurang sijhat pun terpaksa datang..kan??
sekian..


APA YANG ANDA INGIN BUAT PADA 2016?

Assalamualaikum...



Saya blogwalking tadi ada nampak dah ada yang kongsi azam baru untuk 2016 nanti.
Ada juga yang kongsi apa azam tahun 2015 yang dia gagal capai.
jangan putus asa ye..terus kan usaha.
tak kira la tahun berapa pun usaha untuk jadi lebih baik tu perlu diteruskan.

Minta maaf sebab tak dapat komen kat sesetengah blog.
Internet hari ni tak tahu la apa kena.
nak marah pun bukan orang tm tu nampak pun..heheh
Azam baru juga tu..tak mau cepat marah..hehehe
tu entah azam sejak tahun bila punya tak tahu la..:p

Sambung balik pasal tahun baru..



Ada yang katatahun 2016 ni dia nak buat benda yang 
jarang2 orang buat dan yang dia sendiri tak pernah cuba.

kalau tak deidea  apa nak buat tahun 2016 nanti
boleh baca kat sini . mana lah tahu
kot2 boleh dijadikan aktiviti baru setiap bulan
dengan kawan-kawan atau keluarga.

Sukahati la nak buat apa pun asalkan
ianya tak menyalahi agama dan 'undang2 negara kita.
Ni setakat nak buat kelainan sampai
mengganggu orang lain, menggugat keselama…

MAKANAN DAN MINUMAN YANG MENJADI TRENDING SEPANJANG 2015

Assalamualaikum...

Sepanjang 2015 ni dah banyak jugak maknanan yang jadi trending
sampai kan ada yang berani mengambil peluang untuk
menjadikan ianya satu perniagaan.



Teringat masa awal2 dulu ada jeruk mangga asam boi..
wah..bukan main ramai yang kongsi gambar lepas cuba buat
mangga asm boi tu.Sampai ada yang buat untuk jualan.
Bila buat sendiri lebih untung sebab bukan susah mana pun..
bahan pun sikit je.modal pun tak besar..
tapi bila beli sebalang sampai berbelas2 ringgit pulak..

kemudian tak lama lepas tu ada la beberapa 
makanan dan minuman lain yang jadi trending.
kalau nak tahu , boleh baca senarainya kat sini..

Dalam banyak2 senarai tu paling saya ingata untuk 2015 ni
ialah Aiskrim pasu.hehehe..
Tahu2 je la aiskrim pasu ni..
kalau peniaga tu kreatif segala mak nenak nak diletak nya
atas airkrim tu.pokok, gajah, batu, patung..
erghhh!!cemana la nak makan..kan??merungut susah nak makan..

Tapi kalau yang simple tu..
simple sangat pulak..tabur oreo , pacak pokok secoet.
dah bayar du…

SEIRAS SEIRAMA: KESILAPAN TEKNIKAL BUKAN KEJUTAN

Assalamualaikum..



Rancangan seiras seirama yang menggantikan gegar Vaganva
setiap hari minggu tu macam tak best je saya tengok.
Minggu pertama tu best la..
Tapi sampai kat minggu Hafiz tu dah jadi tak best.
Mungkin sebab saya tak minat hafiz.

Tapi kan.. saya pelik juga kenapa diaorang pilih hafiz ye?
bagi saya ada ramai artis sekarang dan orang
bukan artis yang suara macam Hafiz.
Suara dia memang sedap tapi kat telinga saya ni
suara yang biasa je kita dengar.Yang mudah sangat nak jumpa.

Betul tak?siapa kata tak betul pi duduk kat tepi sana, tampar nyamuk..heheheh..




Minggu kedua tu saya ingatkan kejutan dari Astro
bila tiba2 je habis macam tu saja
rancangan nya tanp diumumkan pemenang nya.
Bila baca kat IG pak Nil baru tahu rupa-rupanya itu
kesilapan teknikal.
Keputusan pemenang untuk IKON Hafiz akan diumumkan pada minggu depan.


Dalam ramai2 artis tu saya nak tengok Ella dengan Ziana Zain je.
hehhe...Ada ke orang yang seiras seirama macam diaorang berdua?
Tapi masa minggu pertama tu ,…

PAK NIL NAK SAMAN AZWAN ALI

Assalamualaikum..




Ramai yang tahu Diva AA dan Dato Aznil sekarang tengah ada krisis.
Kalau dulu diaorang bergaduh tak de siapa yang tahu sebab tak de IG, tak de facebook.
Tapi sekarang ni kejap je dah tahu.
Sebab sikit2 luah kat Ig, buat video maki hamun kat IG..kan??
sebab nak bagi tau kat orang.
heheheh..

Tadi tengok Azwan Ali ada update tentang krisis diaorang ni.




aduh sampai nak saman-saman dah ni.
kalau dulu tak de la sampai nak saman..kan??
Agaknya dah tak tahan sangat dengan Diva AA ni.
kalau siaoa yang  ikut IG diva AA mesti tahu dia memang suka
maki hamun Dato Aznil dan siap bagi gelaran Dato Fake No 1.

Sampaikan iklan yang dilakon kan Dato Aznil pun
di kecam dan jadi bahan caci maki azwan Ali dan pengikut2 nya.
Yang pengikut2 tu kecam sama sebab nak
rendang free je..hehehe..

Harap-harap masih ada jalan untuk
mereka ni berbaik.
Dalam banyak2 hal yang Diva AA ni dok carutkan hal Pak Nil
agak-agak apa perkara yang buat sampai Pak Nil nak saman Diva AA ni??


sekian..


ANTARA YANG SEDAP DAN YANG SIHAT

Assalamualaikum...


Jom la kita update blog kejap sebelum
Siapa kan semua kerja rumah ni...

Dah lama saya tak main masak2.
setakat masak nasik , goreng ayam, buat asam pedas,
tumis kangkung sikit tu ada lah..
untuk menu makan hari2..tapi masak2 yang special yang
Boleh di kongsi kat blog dan IG ni belum ada lagi.
Tak de mood nak masak pun ye.
Sebab panas pun boleh jadi jugak.
duduk je kat dapur tu rasa macam bersauna pulak.tu yang malas tu..
Jarang2 dah hujan kat sini..

Saya dah fikir2 juga datang mood nak masak2 nanti
apa resepi yang saya jarang2 buat untuk saya masak.
Kalau ikutkan permintaan anak-anak, diaorang nak
saya buatkan brownies atau roti yang ada inti coklat..
tapi saya pulak teringin nak makan laksam.
dah tengok dah resepi nya kat blog Afzal suka suki.
Dia ada kongsikan resepi laksam yang nampak gambar
memang menepati citarasa saya.

Kadang2 memang susah nak memilih makanan
yang sihat atau makanan yang sedap.
kalau ikutkan anak-anak memang yang sedap aje lah..kan??
Tapi ba…

IBU -IBU SUDAH BERSEDIA KE NAK MENGHADAPI SUASANA PAGI BERSAMA ANAK-ANAK?

Assalamualaikum...



Seminggu je lagi budak2 nak naik sekolah semula.
Dah gementar dah ni nak mengadap suasana 
pagi dengan anak-anak.
Kalau sebelum ni rilek je bangun pagi2 lepas solat anak nak tidur ke, nak
tengok tv ke suka hati korang la..

Tapi lepas ni tak de la santai2 dah di waktu pagi.
hahhaha..saya yang anak sorang je sekolah ni pun
memang suasana pagi riuh sebab anak saya ni
kalau kita tak gesa dia memang tak bergerak la.
dia kuat berangan pagi2.
Mandi pun 20 minit.entah apa dia buat tak tau la..
nak sarapan lagi..

Sebenarnya yang buat kita kelam kabut sebab
kita kena masak sambil siapkan nak-anak.
Mujur la saya ni kadang2 bila
suami balik dari solat subuh kat masjid dia akan belikan sarapan pagi.
Kita cuma bancuh milo je...mudah!

Cuma bila dia kerja malam ,
tak de la dia ke masjid waktu subuh tu.
jadi tak de la dia belikan sarapan..
macam mana pun kena masak la.

tapi sekarang dah banyak resepi simple2 je untuk sarapan pagi.
Lepas tu banyak tips2 yang dikongsi 
untuk menjimat kan …

TERKEJUT SEBAB MAHAL SANGAT?

Assalamualaikum...



Saya ada terima mesej
yang kata bayaran review untuk produk di blog saya ni mahal.
saya tertanya2  jugak betul ke mahal atau
diaorang sebenarnya tak tahu apa yang diaorang dapat dengan rm50 tu.

Sebenarnya rm50 tu untuk review post tu kekal di main page selama seminggu.
Seminggu tau..bukan sehari.
Ada orang buat review rm50 cuma sehari je.
saya siap buat sticky post selama seminggu.
seminggu tu pulak setiap hari saya republish2 supaya orang nampak entry tu.

Jadi jangan la kata ianya Mahal tau.
Saya buat dengan niat nak tolong juga.
Sebab tu bila saya promote di facebook page , ig dan twitter
bukan saya promote post saya tu tapi
saya promote terus page atau online shop awak.

Sama juga macam kalau awak sewa banner..
Bukan setakat banner je tapi ada diskaun juga bila sewa beberapa bulan.
nak renew pun murah.siap ada entry ringkas lagi.

Memang ada yang dah janji nak beriklan..
nak hubungi kemudian la..
dah setuju harga begitu begini last2 senyap je.
Ramai macam tu..tapi…

BUDAK-BUDAK SEKARANG TAK MINAT TONTON ALI BABA BUJANG LAPUK

Assalamualaikum..



Semlam saya tengok filem Ali baba Bujang lapuk.
Saya perhatikan filem ni tak menarik  minat anak-anak saya langsung.
Saya teringat masa saya kecil dulu,
waktu tu saya belum bersekolah.
malam raya saya tengok filem ni.
Saya ketawa macam nak pecah perut.
Bila teringat babak2 dalam filem ni saya akan ketawa sendiri.
Tahun bila entah..yang pasti tahun 80-an.

Tapi anak-anak saya jangan kan ketawa..
menonton nya pun diaorang tak nak.
sampai Maisara kata..'kenapa ibu ketawa tu..cerita kelakar ke ni.."?
mungkin dia tertanya2 apa lah yang best sangat filem ni
sampai saya ketawa terbatuk-batuk.
hehehe..

Bila fikir2 ada banyak juga perkara yang terjadi
pada saya masa saya kecil.
tapi tak banyak yang saya ingat.

Eh!1nak tahu tak apa lagi 
perkara2 best yang berlaku semasa saya masih kecil?
Kalau nak tahu kena la baca entry ni..(klik)
saya sendiri pun tak tahu perkara2 ni berlaku pada zaman saya kecil2 dulu.

sekian..

5 VIDEO PALING POPULAR DI DUNIA SEPANJANG 2015

Assalamualaikum..



Kalau di Malaysia sepanjang 2015 ni video apa ye
yang paling ramai penonton nya di youtube?
Entah la..saya pun tak tahu..hehehe..
saya jarang2 menonton Youtube.
kalau anak2 rajin la sebab diaorang suka tengok video tentang mainan .
nak beli mainan banyak sangat undang-undang dari ibu ayah diaorang..kan??
jadi tengok kat youtube je la..hahahah.
jom la kita tengok 5 video paling banyak di tonton
seluruh dunia sepanjang 2015 ni.

1.Silento-Watch Me (Whip/Nae Nae) #WatchMeDanceOn

https://www.youtube.com/watch?v=uBWrpVrazzA

Video yang menampilkan 5 orang kanak-kanak menari
dengan aksi yang menghiburkan ini ditonton sebanyak lebih 123 juta kali.
saya pun tak tahu apa yang menariknya dengan video ni.
bagi saya ianya biasa-biasa je.

2-Clash of Clans: Revenge

https://www.youtube.com/watch?v=GC2qk2X3fKA

Video macam ni pun orang tengok ke??
heheeh..ditonton lebih 90 juta kali.
Agaknya orang terklik je kot..:p


3-Crazy Plastic Ball PRANK!!

https://www.youtube.com/watch?v=7t0EtKlQxyo

Di…

LELAKI INI CETUS KONTROVERSI DENGAN SELAWAT NABI MENGGUNAKAN IRAMA LAGU GEREJA

Assalamualaikum...



Saya ada tonton satu video Selawat Nabi di youtube.
Selawat nabi yang dialun kan oleh salah seorang lelaki yang dikenali
sebagai Cak Nun.saya pun tak berapa kenal lelaki ni.
Dok klik2 tetiba je sampai kat video tu.

Apa yang menariknya
selawat nabi yang dialunkan oelh lelaki bernama Cak Nun
ini bukan lah seperti selawat Nabi yang biasa kita lun kan.
Tapi ianya menggunakan nada yang sama
dengan salah satu lagu gereja berjudul malam Kudus,.
lagu gereja yang sering dinyanyikan
oleh peganut kristian semasa menjelang krismas.

dalam video tersebut para jemaah yang lain juga
turut mengalunkan selawat nabi tersebut beramai-ramai.
Ketika habis sebaris selawat dia kemudian nya berhenti dan bertanya
sama ada ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan
selawat yang dialunkan .Lalu dia meneruskan selawat nabi
selepas tidak ada yang mengangkat tangan sebagai tanda semua bersetuju.

Apa yang saya ketahui Cak Nun memang
dikatakan kerap melakukan perkara2 yang lain dari orang lain.

CARA MENAKUTKAN UNTUK PANGGIL HANTU DALAM ALMARI

Assalamualaikum...

Hari ni mood baca cerita seram je..maklum la..ayah depa kena kerja hari ni.
bila dok baca2 jumpa artikel yang menarik nak juga kongsikan dngan pembaca blog ni.
Saya terbaca satu cara untuk kurung hantu dalam almari kita.
Ada ke orang yang nak almari dia berhantu?
kalau ada yang nak boleh la ikut cara ni..
kalau makcik memang tak la..macam berdamping dengan syaitan je.
artikel asal nya didalam bahasa Indonesia.
tapi saya terjemahkan supaya pembaca lebih faham '
Bila faham baru la boleh berdiri bulu roma ..kan??heheh..


Permainan ini bertujuan untuk  memanggil hantu yang bakal terkurung di dalam
almari anda selamanya. Anda tidak digalak kan untuk bermain permainan ini.

Bahan-bahan  : Bilik tidur yang ada almari besar dan mancis api

Cara bermain: Sediakan satu kotak mancis api.. Matikan lampu di dalam bilik tidur anda..
Bilik mestilah gelap dan mesti dilakukan di malam hari..
kemudian masuk ke dalam almari anda dan  tutup pintunya.
Duduk di dalam almari kira-kira 2 m…

CARA MUDAH UNTUK ELAK KAN KUCING BERAK MERATA-RATA

Assalamualaikum...


Saya ada bela seekor kucing .Namanya Cici..
wah..macam karangan tajuk "haiwan peliharaan saya" pulak..
ekekkekk..ok..sambung cerita
sepatutnya ada dua ekor..tapi sekor lagi dah tak de..
kena langgar kat depan rumah.
Selalu dok dalam sangkar, hari tu dia boleh keluar pulak.
Dah masanya kot..tapi sedih la .

Dah..Bukan nak cerita pasal kucing kena langgar tapi
nak cerita tentang kucing berak .
Ni masalah ramai orang bila kucing dia asyik berak merata-rata.



Kucing tak kan berak merata-rata jika kita
sediakan tempat untuk dia buang air.
Dan kucing akan buang air dimerata-rata jika
dia tak jumpa tempat untuk dia membuang.

jadi kalau nak bela kucing benda pertama yang
paling penting ialah sediakan tempat untuk dia membuang.
Tak kira la kalau rumah awak tu memang rumah teres ke, flat ke..
kena ada tempat khas untuk dia buang air.



Tak susah pun nak sediakan tempat dia membuang.
Beli bekas yang besar..klau rajin buat sendiri ke..
guna papan ke..kan?/
lepas tu masuk…

DI PERAK YANG HARAM ITU PERKARA BIASA

Assalamualaikum..


Siapa kat sini orang Perak??
saya orang Perak..bangga jadi orang Perak..
Walaupun saya pernah di hina sebab asal usul saya di Perak tu
tapi saya tetap berbangga.
Saya tak reti nak hina asal usul keturunan orang.
Hujung2 kita dalam tanah juga tempat nya..
Dok mengaku asal usul dari orang baik2 tapi yang di tonjolkan tak de la baik pun..
Tak guna jugak..kan?jadi jangan suka berangka buruk pada orang.
nampak sangat mentaliti kuno.

Ok la..tak mau layan perasaan ni....nak cerita pasal haram di perak ni.
kalau di Perak yang haram itu dah biasa bagi kami.
kalau tak percaya meh la baca ni ye..


Ha..kan??
semua nya haghammmmm..
hehehe..

hagham dalam kata lain nya ialah tidak , tak kan  , tak mungkin, tak kan berlaku,
tak kuasa makcik,  dan seangkatan dengan nya..


sekian..



AWAL ASHAARI GESA PENGKRITIK MINTA MAAF

Assalamualaikum..



 Ramai yang puji pengacara Awal Ashaari nampak lebih kacak lepas dia mewarnakan rambut dia .
Memang berani betul la dia menggayakan rambut baru dia tu.
Tapi ada jugak yang mengkritik penampilan dia.
Ada yang kata dia nampak tua la..
nampak macam budak2 la..
Paling teruk bila ada yang mempertikaikan solat dia..
sah ke tidak..??.sampai ada yang sanggup kata dia dah macam kafir
bila dia muncul dengan rambut bewarna ni sejak 2 minggu lalu.


Tapi hari ni seleas berdiam diri dengan kritikan-kritikan
pedas pengikut di laman IG nya,
Awal memuat naik gambar produk yang digunakan
untuk mendapatkan warna rambut nya yang menjadi pertikaian orang ramai tu.

Yang menariknya dalam caption pada gambar tu Awal turut menggesa sesiapa yang pernah
membuat dosa dengan menuduh dia kafir dan sebagainya
supaya meminta maaf kerana dia tidak la mewarnakan rambut nya
tetapi dia hanya menggunakan produk mewarnakan rambut yang boleh dicuci dan digunakan
bila perlu sahaja.

Tu la...korang ni cepat …

PELANGGAN BAWA ANJING.STATUS HALAL RESTORAN 24 JAM INI PERLU DIRAGUI

Assalamualaikum..

Terkejut juga saya baca satu status yang di kongsi ramai pengguna facebook hari ni..ianya tentang pelanggan sebuah restoran 24 jam yang bukan beragama islam membawa anjing ke restoran berkenaan..Anjing tersebut dibiarkan duduk diatas kerusi di restoran tu.

Yang menjadi persoalan nya apabila pelayan restoran terbabit turun menyentuh anjing yang dibawa pelanggan tadi dan kemudian membawa makanan untuk pelanggan.Bila ditanya oleh saudara ni , pelayan tersebut mengakui yang dia beragama hindu.Adakah restoran ini sebenarnya memang  restoran halal atau pun tidak.kerana di papan tanda restoran ni tertera perkataan Bismillahhirahmanirram...


Kalau restoran ni adalah restoran halal adakah  2 pelayan ini telah dijelaskan oleh pemilik restoran berkaitan larangan membawa anjing ke restoran tersebut atau ianya juga diabaikan oleh pemilik restoran??..kan?

 Isu ini tak boleh dipandang ringan memandangkan restoran berkenaan juga dikunjungi oleh orang islam.Sepatutnya pemilik dan pek…

TIPS MENJAGA PEMAKANAN KETIKA PERGI BERCUTI

Assalamualaikum..



Selamat bertemu kembali.Ikutkan hati memang nak cuti lama2 tapi takut makin lama
jadi makin malas.jadi hari ni kita gagah kan juga tekan suis kat dinding tu dan mula la mengadap keyboard seperti hari2 sebelum nya ni.
Niat dalam hati semoga apa yang saya buat hari ni bukan saja
bermakna untuk diri sendiri tapi juga untuk orang lain.InsyaAllah...

Hari ini saya nak kongsi kan tips diet ketika bercuti.
Biasa la bila dah namanya bercuti memang tak lari la dengan makanan.
Rakyat malaysia memang macam tu la..
pergi jalan2 tempat orang bukan kesah sangat nak shopping baju ke beg tangan ke..
tapi lebih kepada nak rasa masakan dan makanan orang.
jadi macam mana nak jaga pemakanan kita walaupun kita sedang bercuti??
ini tips nya.

1-Beri tumpuan kepada perkara lain selain makanan.
contohnya beri lebih perhatian kepada keadaan alam sekeliling,
Boleh je makan tapi sekadar merasa,
dan jangan jadikan percutian anda semata2 untuk makan.



2-bawa bekalan air sendiri untuk mengelak kan

MAAF ITU PERLU DI PINTA.IA TIDAK DATANG DENGAN SENDIRI

Assalamualaikum...



Selalu kita tengok orang yang buat salah dengan kita,
boleh berjalan2, boleh berselfie, boleh bergelak ketawa
dengan muka dia yang ceria macam langsung tak de masalah.
Tertanya2 dia tak ke susah hati dengan apa yang dia pernah buat pada kita.
Dia aniaya kita, dia gelapkan masa depn kita,
dia porak peranda kan keluarga kita,
dia musnah kan kepercayaan kita.
tapi dia boleh bergembira setiap masa.
tak de ke dia rasa resah gelisah dengan apa yang dia buat dulu??

Sama jugak macam kita sendiri..
Kita ke sana sini makan angin, berselfie,
membeli belah macam kita tak de masalah..
pernah tak kita fikir tentang orang2 yang kita aniaya,
yang kita berlaku kejam pada nya, yang kita musnahkan
harapan dan semangat nya..pernah tak kita fikir semua tu??

Adakah kita rasa dengan membiarkan masa berlalu
kita punya salah silap pada orang tu akan terhapus dosanya.?
jangan mimpi ye..
kemaafan tu kita tak kan dapat selagi kita tak minta.
Kita kena minta maaf pada orang ..
kita kena mengak…

SEMOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA..

Assalamualaikum..



Mengantuk sangat  pagi ni..
Mana tak mengantuk..tidur jam 2,
Jam 6 pagi dah bangun..
Uih..mencabar sangat rasa hari ni..

Selagi anak2 tak tidur selagi tu la
Mata ni tak boleh pejam walaupun anak2 dah besar.
Bukan apa, takut depa buat benda bukan2..
Bahaya la..satgi ada yang main gunting,
Satgi bergaduh pulak..
Jadi memang nak kena perhati je la..

Nak paksa2 tidur awal mata depa bukan macam mata kita..
Jadi hadap je la..
Dok suruh tidur ulang2 kali sampai ugut
Suruh main kat luar nun..
Tak jalan nya setakat ugut2 gitu..

Tunggu lepas ni , sidai baju sat..
Lepas tu nak lelap la sejam dua.
Hahah..sejam dua lama tu..

Dah bedal kopi secawan..
Pun mengantuk lagi..
Sah2 la ubat dia tidur je..kan??
Apa pun meh saya nak kongsi kan satu ilmu
Yang saya baru jumpa sat tadi..



Saya bukan pandai benda2 gini..
Jadi ini sebagai ilmu untuk diri sendiri jugak..
Semoga bermanfaat untuk orang lain ..

Sekian..




SIAPA NAK BODY LOTION DARI BODY SHOP NI DENGAN PERCUMA??

Assalamualaikum...
Macam best je Lotion body dari Bodyshop ni. Teringin juga nak merasai haruman Fijian water lotus ni. Entah macam mana  la bau nya..kan??


Sebotol ni harga nya rm60 lebih jugak tau. kalau dapat free kan best...kan?? eh!!memang boleh dapat free la.. klik je kat sini... Khas untuk pengguna Samsung.



Ha..apa lagi.Cepat2  tebus body lotion yang harum memikat ni cepat. hanya untuk pengguna samsung sahaja tau.. Klik sini 

GAMBAR MAJLIS AKAD NIKAH NAD ZAINAL

Assalamualaikum...

Akhirnya pelakon Nad zainal sudah selamat bergelar isteri kepada Muhammad faliq dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Hotel Bukit Jelutong petang tadi.Nad yang duduk disisi ibunya kelihatan menitis kan airmata selepas selesai akad nikah.Jom kita layan gambar2 cantik Nad Zainal dan kemeriahan majlis akad nikah yang berlangsung petang tadi.