STAFF HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH YANG KURANG AJAR

Assalamualaikum..

Memang dah banyak kita dengar orang bercerita pasal layanan kurang baik oleh Staff2 di hospital
kerajaan.Kali ni ada satu aduan tentang layanan kurang baik salah  seorang Staff di Hospital Sultanah Bahiyah  Alor setar..pengadu hanya dikenali dengan nama Ajeli Anuar ..jom baca..







Lokasi : hospital Alor Setar Kedah.

Jam : 11.15am

Tarikh : 18.12.2014

Hari : Khamis.

Kami datang  ke hospital hari ni kerana ada temujanji dgn doktor Syakir. Bila kami smpai di hospital tersebut, Kami tanya staff yg brtugas hari ni di kaunter servis.. bila Kami tunjuk kad temujanji dengan  doktor syakir tu.. tiba2 je, staff tu tinggikan  suara kat Kami..




: katanya setiap hari rabu dan khamis tiada klinik rawatan berkaitan la.

: Kami pun bagitahu la kat staff tu. Kami bukan suka2 je nk datang kesini harini. Kami datang  ni bersebab. Doktor syakir yg suruh Kami datang ni.


lepas kami bagitahu kat staff tu... dia terus masuk dalam bilik di blakang kaunter. Kami ingat dia nk kol kat doktor syakir dan tanya tentang temujanji Kami ni. Rupa2nya diaorang buat tak  tahu je.
Kami tahu sebab Kami nampak yang diorang tak buat apa-apa pun yang berkaitan dengan Kami, walaupn diaorang kat dalam bilik.. Tapi Kami nampak ssebab pintu tak tutup.. lebih kurang 20 minit Kami menunggu  di kaunter servis trsebut.. Kami Cuba Panggil semula staff yang ambil kad temujanji Kami tu. Bila dia dtg ke kaunter semula. Dia boleh cakap..

: kan saya dah bagithu tadi, hari rabu Dan khamis tiada rawatan klinik!

: Kami pun bagitahu, saya tahu.. masalah sekarang ni, doktor yang suruh Kami datang  hari ni pukul 11.30 pagi. Kalau takde rawatan hari ni, kenapa suruh kami datang?

Pastu, dia terus sembang dengan orang  lain kat sebelah Kami tanpa hiraukan Kami selepas tu..
Kami ambil semula kad temujanji tu.. lepas tu Kami ambil gambar (di bawah). Terus dia tengking kat Kami..

: kenapa awak pandai2 amik gambar kat sini? Awak ada kebenaran ke?

Kami jawab..

: saya amik gambar ni, sbb Kami nak bgthu kat umum yg servis Di hospital Alor Setar ni teruk.. Kami nak, semua orang tahu yang staff dlm hospital Alor Setar ni layan kami macam haiwan.. Kalau ye pun hari ni takde rawatan klinik.. kenapa  tidak maklumkan kepada Kami trlbih dahulu sebelum ni? Macam hari ni pula.. sepatutnya puan bagitahu kat kami tarikh temujanji Kami ni ditunda kepada tarikh lain.. Tapi, puan marah pula kat kami.. macam ni ke cara pekerja kerajaan layan orang awam maacm Kami ni?
Lps Kami ckp mcm tu, Kami terus keluar dan blik rumah..

************

Kurang ajar betul staff tu..kalau saya pun marah di layan macam ni..Buat malu orang kedah ja dia ni..

(Entry ni saya edit mana yang guna bahasa sms tu sikit ye..)

sekian..
Previous
Next Post »

16 komen disini

Click here for komen disini
Fadzi Razak
admin
19 December 2014 at 16:48 ×

Pengalaman saya kena dengan pegawai kesihatan dekat klinik kesihatan -- waktu saya masuk dalam bilik, pegawai kesihatan tu baru lepas kene marah dengan bos dia sebab salah buat kerja.

lepas bos dia keluar, pegawai kesihatan tu lepaskan marah dia dekat saya pulak. gaya bercakap macam bajet bagus.

geram.

Reply
avatar
Yana Yani
admin
19 December 2014 at 16:48 ×

saya membaca pun sakit hati
mungkin malang nasib yang bercerita
saya biasa ke hospital kerajaan
tak pernah kena macam ni

Reply
avatar
Aisy Nasiha
admin
19 December 2014 at 16:48 ×

wah.. malu hospital gini.. tapi tengok cara staff ni mengendalikan hal ni pun memang rasa geram..ai, patutnya gunakanlah ayat yang sopan sikit, semua masalah boleh diselesaikan....

Reply
avatar
19 December 2014 at 16:58 ×

saya pernah sound jugak petugad kaunter pendaftaran kat hosp sg buloh sebab cakap agak biadap bila saya tanya benda yg saya tak tahu.. lepas sound tu boleh pulak dia cakap elok2.. moral of the story zaman sekarang bukan zaman tadah kepala jer orang buat apapun. kena jugak tegas. Memang kakitangan kerajaan terutama bertugas di bahagian kaunter ni masih banyak yang jenis kurang ajar & tak up to date sebab depa tak tau zaman laman sosial ni orang boleh jadikan viral kebiadapan depa tu.. so moga jadi pengajaran yer...

Reply
avatar
sal ya
admin
19 December 2014 at 17:00 ×

Ada staff mmg berlagak. Tp ada yg baik tu mmg baik la. Ini yg org ckp sbb nila setitik. Kesian kan?! Husben pn pernah kena tp dia akan sound blk. Dia apa peduli. Dia byr utk servis dorg. Xnak bg servis, x pyh keje. Drpd elok2 org dtg dh kena sumpah seranah berbakul2.

Reply
avatar
Mar Mansor
admin
19 December 2014 at 17:03 ×

tak salah cakap elok2 sebab tak semua orang tahu..lagipun kad tu tertera tarikhnya..kalau ada kesilapan dari pihak klinik, minta maaf lebih baik dan tunda tarikh tersebut..orang yang ke klinik awam ni kadangkala perlu korbankan masa mereka seharian..

Reply
avatar
19 December 2014 at 18:37 ×

ish rs nk tampar je org mcm ni

Reply
avatar
19 December 2014 at 19:34 ×

Alhamdulillah selama saya dan isteri berurusan dengan klinik kerajaan bangi dan sg chua kajang, tak pernah lagi alami masalah macamni.

Mungkin sebelum ni org xpernah adu, dorang boleh naik tocang

Reply
avatar
Etuza Etuza
admin
19 December 2014 at 20:52 ×

perkara yang sepatut tak berlaku..risau lah ada pekerja yang tak bertanggungjawab..

Reply
avatar
MG schmidt
admin
19 December 2014 at 21:36 ×

eish!
kalau MG pun dh kena dh staff tu
siap adu lg kat pihak atas semua
geram plak ai ..

Reply
avatar
Mama Niza
admin
19 December 2014 at 22:35 ×

mama terkena baru2 ni dengan staff di HSA.. mama memang balas balik apa dorang cakap.. terdiam terus! menyakitkan hati betul... bukan nak senangkan kita, lagi menyusahkan kita adalah..

Reply
avatar
Mila Hilas
admin
20 December 2014 at 09:36 ×

ish kalo kena dkt sy pn sy angin.bodoh..spttnya dia kena tanya la doc shakir tu psl patient tu..jgn nk memandai2.. kalo dh doc tls mcm tu, ada lah tu sebabnya.bongok

Reply
avatar
hainom OKje
admin
22 December 2014 at 17:24 ×

Geram jugak tu kalau kena kat kita...
Elok jugaklah tu dia ambik gambo ......biar mereka takut sikit....

Patutnya call ler doktor Syakir tu

Reply
avatar
deno
admin
23 December 2014 at 03:01 ×

Kesian pulak kakak tu.. Haish inilah org kata kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. Sebab tu org selalu kata hos gomen ni teruk.. tapi alhamdulillah kat HSNZ terbaekkk

Reply
avatar
aisy haiqal
admin
23 December 2014 at 16:24 ×

klu jadi kat saya pun hangin jugak camtu...emmm sabor je lah...

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment