RESEPI PAU AYAM MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum...

Semalam saya ada masak pau ayam..memang dah lama nak buat tapi bila saya google tengok resepi dari blog2 banyak pulak bahan2 nya..saya ni kalau resepi tu guna banyak bahan saya mula la kata benda tu susah..hahahah..



Mak saudara suami di kampung dia berniaga jual kuih setiap pagi.jadi bila balik kampung saya selalu la tengok dia masak .cuma saya tak pernah terlintas nak minta resepi.tapi kali ni saya tanya la resepi pau dia ni.sebab pau dia selalu habis.

Sebelum apa2 jom tengok bahan-bahan dan cara buat inti nya dulu..resepi ni boleh dapat 15 biji pau



Bahan-bahanº•

1mangkuk kecil isi ayam yang dah di potong kecil2
1biji ubi kentang dipotong dadu
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu kecil  rempah ayam
1 tangkai daun ketumbar dihiris halus
garam dan minyak
sedikit air.

Cara-caranya..

Kisar bawang merah, halia dan bawang putih.kemudian Panaskan minyak..tumis bahan kisar , ayam , ubi kentang dan rempah sampai naik minyak.masuk kan air sikit supaya ubi mudah lembut.bila dah kering dan ubi dah lembut masuk kan garam dan daun ketumbar.Dah siap..ketepi kan..

Sekarang kita buat doh nya pulak..Bahan-bahan untuk doh○•

2 cawan tepung gandum
1 paket yis mauripan
1 sudu gula
6 sudu minyak masak.
1 sudu kecil garam
1 cawan air

Cara-caranya:
Masuk kan minyak masak,yis, gula dan garam ..sebati kan..jangan bagi dia melekat..gaul hujung2 jari supaya tak berketul.lepas tu masuk kan air .uli sampai jadi doh.sampai dia jadi cantik la.ketepikan  dalam setengah jam.lepas setengah jam dia dah naik tu, uli lagi kemudian ambik la doh tu sikit.leper2 kan dan isi inti nya..lepas tu tutup dan letak atas daun pisang.buat banyak2 lepas tu kukus la..kukus yang dah kembang tu dulu ye..lepas tu makan la panas2..



(Sebelum kukus , jangan lupa panaskan dulu pengukus tu..)

Senang kan? bahan pun tak banyak? sebab saya tengok ada yang buat bubuh majerin la, shortening la,baking powder pun ada...jadi ni la cara paling senang dan katanya mak saudara tu, orang tua2 dulu buat pau macam ni la..tak de pun guna bahan2 lain tu..satu lagi katanya kalau guna yis basah lagi la doh naik cantik.cuaca sejuk pun dia boleh naik elok je..

Sekian..



Previous
Next Post »

4 komen disini

Click here for komen disini
Yumida Huda
admin
25 December 2014 at 16:58 ×

lama x buat pau. kalau kat rumah ada ramai org seronok buat kuih. cepat je kuih habis. kat sini, yumida n hb je. selalu makanan x habis. syg...

tp dlm gambar tu mmg nampak sedap! mengidammmmm..nyum nyum

Reply
avatar
Nieda ramly
admin
25 December 2014 at 17:19 ×

senang nak buat setakat 2 cwn tepung gandum sesuai buat makan pagi.

Reply
avatar
Nieda ramly
admin
25 December 2014 at 17:19 ×

senang nak buat setakat 2 cwn tepung gandum sesuai buat makan pagi.

Reply
avatar
Nieda ramly
admin
25 December 2014 at 17:19 ×

senang nak buat setakat 2 cwn tepung gandum sesuai buat makan pagi.

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment

About Me