Breaking

Wednesday, 10 December 2014

RESEPI KARIPAP SARDIN YANG MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum....



Saya buat karipap sardin  telur yang sedap dan mudah ni 
sebab Mikhail memang suka karipap.
kalau buat kena buat dalam 10 biji baru puas makan..10 biji dah cukup banyak la untuk
keluarga kecil saya nih..hehehe.masak banyak mana nak makan je.
tak habis nanti membazir pulak...

Karipap sardin saya ni mudah je..
bahan2 pun tak susah nak cari 

Bahan-bahan:

Bawang besar,}
bawang putih } 
halia}
1 tin kecil  sardin 
1 biji telur.
1 tangkai daun sup

Cara2 nya:
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
sebab budak2 yang nak makan.
nanti tergigit halia la, bawang putih la terus tak nak makan.

Kemudian tumis la bahan kisar tu.minyak satu sudu je ye..bila bahan tumis tu dah garing sikit masuk kan sardin tu lepas tu, hancur2 kan dia.nak hancurkan awal2 sebelum masuk kan dalam kuali pun boleh..
masuk kan telur sebiii dan kacau cepat2 sampai dia kering dan hancur
bubuh garam.bubuh daun sup yang dah di hiris .dah siap ketepikan.

Sekarang buat doh pulak.
bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar majerin yang dah dicairkan
1/2 sudu kecil garam 
1 cawan air 

Cara-caranya
campur kan majerin yang dah dicairkan ke dalam tepung...
sebatikan jadi macam serbuk2 je..
lepas tu garam tu di masuk kan dalam aiir tadi 
Kacau2 dan tuang dalam tepung tu..
uli la bagi jadi doh.

Lepas tu ambik sikit tepung tu canai bentuk bulat.
ambik inti sardin letak tengah2 doh ,
kemudian kelim la bagi cantik..



Saya buat tak cantik..
tak pandai kelim.
bentuk pun kecik besar je.
tak pakai acuan sebab acuan karipap dah patah.
sebab tu dalam gambar tak tunjuk bahagian kelim tu
hahahahh..

Goreng dengan minyak yang banyak dan panas.
Guna api kecik je.

Yang penting rasanya sedap..

Sekian..

18 comments:

  1. senangnya.. tapi kami kalau buat mmg tak cukup 10 biji.. kena buat lebih sikit.. bebudak suka ulang makan..

    ReplyDelete
  2. cantik ja klim tu...leh jual aaa

    ReplyDelete
  3. kalau uli doh karipap dan buat karipap kat rumah ni, kena buat lebih sebab memang cepat habis, kerana diri ini penggemar karipap... ngeh ngeh ngeh...

    ReplyDelete
  4. nak cuba la.. hihi.. ari tu kek gula hangus dah try jugak.. nanti anis update n credit ke akak ye.. hihi... :)

    ReplyDelete
  5. Hwaaaa i'm craving for karipap!!

    ReplyDelete
  6. saya pun cukup suka buat karipap ni
    tapi saya tak pandai kelim
    pakai acuan aje..hehe

    ReplyDelete
  7. mudah je kan..ala kak cantik je akak buat tu :)

    ReplyDelete
  8. Boleh ler try nnt, nak pi cari acuan lah, coz saya pun tak pandai kelim ...

    ReplyDelete
  9. Ni faveret Okje ni DR...tp boleh kira ngan jari buat sendirinya hihi....medti sedap yek karipap sardin

    ReplyDelete
  10. Dianaaaa .. Kc pun suka buat karipap sardin. Suka kelim-kelim karipap tu .. berlumba2 kelim karipap tu dgn adik dan mama. Sama resepi doh kita. Yang tak sama resepi inti dia. Kc tak letak bawang putih dan daun sup. Tapi ke letak bawang besar hiris tu banyak tauuu .. lagi banyak lagi best!!

    ReplyDelete
  11. Baru plan nk buat karipap hujung minggu.nak cuba resepi diana la sardin telur.biasa buat sardin jer....tq for resepi.

    ReplyDelete
  12. Salam, wuwu TIPU! TIPU!
    Bukan ke resepi karipap sardin camni:

    Bawang seguni + ikan sardin 5 sudu kecik sahaja...
    jadilah karipap sardin yg sebenarnya mengandungi bawang semata-mata!! hahah~

    ReplyDelete
  13. Mudah plak kan, blh buat sarapan ni

    ReplyDelete
  14. Tak cantik pun tak kisah sebab sendiri nak makan. Kalau macam saya ni, yang cantik semuanya datang dari kedai *__*

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox