RELA JUAL ANAK UNTUK BAYAR BIL PERUBATAN SUAMI

Assalamualaikum..

Disebuah daerah bernama  Fuzhou Gulou ,China, seorang wanita  melutut di tepi jalan dengan seikat poster, Dengan menawarkan untuk menjual anak perempuan nya yang masih bayi bagi membayar bil perubatan suaminya yang juga ayah kepada anak -anak nya.


Orang ramai  mula berkerumun di sekitar tempat wanita tersebut melutut untuk menonton, dan tidak lama kemudian beberapa anggota polis datang . wartawan yang membuat liputan kejadian tersebut juga memujuk nya supaya beredar dari situ.


Dua orang anak perempuan nya berdiri disebelahnya sambil  wanita itu berteriak dan menangis "tiada apa-apa lagi yang perlu dilakukan."

Pada poster tersebut tertulis : "Boss melarikan diri selepas kemalangan ditempat kerja dan kami  tidak mempunyai wang untuk rawatan; saya sanggup menjual anak saya untuk menyelamatkan ayahnya."


Dia melutut di kawsan  tersebut sejak jam 9 pagi hingga jam 1 petang namun  tiada siapa yang membeli bayinya.Bagaimanapun pejalan kaki yang berasa simpati menghulurkan sumbangan antara RMB1 hingga RMB100 .


Wanita tersebut Ni Hong, dan suaminya Zhou Xinggui  berasal  dari Chongqing. Khamis lalu, Zhou terjatuh  dari tingkat 3 di  tapak pembinaan di Ruoyang Village, Dahu County, menyebabkan kebanyakan tulang nya patah dan dia tidak mampu bergerak.

Selepas membayar RMB7,000, bos Zhou kemudian nya menghilangkan diri. Sejak kemalangan itu, anak sulungnya Dahua tidak pernah ke sekolah menyebabkan , dia memutuskan untuk menjual Xiaodong, anak bongsu pasangan tersebut yang berusia tidak sampai setahun.



Antara anak dan  suami dia lebih sayang suami..saya pun sayang suami tapi tak de la terfikir sampai nak jual anak...kau dah kenapa perempuan???

sekian..
Previous
Next Post »

10 komen disini

Click here for komen disini
kucha lana
admin
18 December 2014 at 22:09 ×

kisah sadis dari negara China..harap tidaklah melarat ke negara kita

Reply
avatar
Qaseh Vee
admin
18 December 2014 at 22:32 ×

kemiskinan menjadikan dia begitu ... kesian .

Reply
avatar
MG schmidt
admin
18 December 2014 at 23:38 ×

siannya la kan
moga ada solution n hidup mereka dipermudahkan .

Reply
avatar
Cik Iman
admin
18 December 2014 at 23:48 ×

Kot ye pun takkan la nak jual anak. Hati mak mana yang sanggup buat gitu. Kita tinggalkan anak kejap je dah meroyan. Nie kan pulak nak menjual. Banyak lagi cara nak cari duit :( tapi jangan la korbankan anak.

Reply
avatar
19 December 2014 at 02:33 ×

Kesian sangat..
betul... kemiskinan menjadikan dia begini... tak boleh nak salahkan jugak... :)

Reply
avatar
Cik Puan Eka
admin
19 December 2014 at 10:11 ×

sadis. Terdesak sampai nak jual anak. Huhu tak sanggup rasa nak baca.

Reply
avatar
SalbiahM
admin
19 December 2014 at 12:16 ×

kasihannya..semoga suami dia akan mendapat rawatan sepatutnya.kan China ramai yang kaya..

Reply
avatar
aisy haiqal
admin
23 December 2014 at 17:36 ×

kesiannya..
tapi mmg tak la sampai nak jual anak...
banyak lagi cara kot daripada nak jual anak...

Reply
avatar
LydSunshine
admin
24 December 2014 at 11:45 ×

Ya Allah sedihnya. Dia tentu terdesak sgt dan tak dpt berfikir waras dah tu. Semoga ada org yg membantu dia.

Reply
avatar

sila tinggalkan komen anda...:) ConversionConversion EmoticonEmoticon

Thanks for your comment

About Me