Skip to main content

WANITA ZAMAN SEKARANG MUDAH GEMUK.

Assalamualaiakum..

Perasan tak wanita zaman sekarang memang gemuk2 la..
memang ada yang kurus tapi berapa kerat la..
jalan jalan2 kat luar tu .
pandang kiri-perempuan gemuk
Pandang kanan-perempuan gemuk
depan belakang -perempuan gemuk..
Ada yang kurus pun tak nampak dek terlindung dengan perempuan gemuk..



Pernah tengok tak filem2 zaman P.Ramlee ,Nordin Ahmad,Mat Sentul..
tengok perempuan nya semua pinggang macam kerengga.
Ok la..tak payah tengok bintang filem dulu..
Cer tengok gambar2 lama nenek dan Opah kita.
Diaorang mesti ada simpan gambar lama..kan??
Perasan tak diaorang dulu kecil molek je.


Tapi zaman sekarang,masa kawen slim je..
7 tahun kemudian mula la babat sana sini.
Umur 34 tapi macam umur 49.
Muka pun kembang je..sampai hilang terus dagu runcing
kebanggan di zaman anak dara dulu.

Saya sendiri masih dalam kategori gemuk walaupun bukan gemuk gedempol
atau gemuk bulat bam bam ebab ebab..
tapi bila check BMI tu ...memang berat tak normal la..
ingat senang nak buangkan
2 kg lemak kat perut nih??



kalau setakat buat2 kerja rumah ni memang tak berpeluh langsung la.
Basuh kain guna mesin,
masak nasi tak payah nak tiup2 api ,,
buang sampai setakat buka pintu belakng dan campak dalam tong.
nak bercucuk tanam pun tanah secoet je,tanam 2,3 pokok dah siap
tak sempat nak berpeluh..

Beza dengan orang dulu..
Basuh kain nun kat telaga..
kena angkat air,kena berus,kena perah sendiri.
Bila masak pulak kena cari kayu,kena tiup api sampai menyala..
runcing je dagu bila hari2 meniup ,sampai habis lemak2 kat muka
asyik kena salai dengan api.tak yah sauna2 dah.

Kalau fikir2 balik memang mudahnya pengurusan kerja harian sekarang nih
tu pun dok malas2 lagi.cemana tak gemuk...
restoran maknan segera pun belambak..
memang mudah sangat la....

awak 2 yang gemuk nih..
awak rasa kenapa awak gemuk??

sekian..





Comments

  1. nak kurus punyalah susah kan..nak gemuk senang je..huhu

    ReplyDelete
  2. Huwaaaa takutnyaaaa lepas kawen punya statement tu. T_T

    ReplyDelete
  3. saya pun rasa saya gemuk.. nak buang 2 kg yg terlebih ni macam nak buang 20kg jer. susah sungguh hahahahha

    ReplyDelete
  4. mmg btl kak..org dl badan mcm kerengga je..sbb byk wat keje2 umah tu kot..btl la kite zaman skang ni senang je..sume dh siap sedia..fast food yg berlambak2 mcm cendawan tumbuh masa ujan pun antara penyumbang utama jugak..sy ni termasuk la dlm kategori yg gemok2 tu..kikiki

    ReplyDelete
  5. Yang kurus tu pun, jangan happy sangat...sebab belum tentu kurus sihat..ramai juga yang dlm kategori " skinny fat"...fat % tinggi di sebalik tubuh yg kelihatan slim...:P

    ReplyDelete
  6. Hahahaha...sebagai rakyat Malaysia kita patut bangga sebab Malaysia adalah negara penduduk paling gemuk di Asia Tenggara dan negara nombor 2 paling gemuk di Asia. Kalau rekod sukan, rekod kecemerlangan akademik, rekod negara paling bersih Malaysia selalu tercicir di tempat belakang, sekurang-kurangnya bila di Malaysia ini dipenuhi oleh orang-orang gemuk, ada juga rekod untuk kita banggakan....

    ReplyDelete
  7. tau takpe...memang tengok dalam filem melayu pinggang diorang macam kerengga kan..cun je

    ReplyDelete
  8. errr gemuk sebab berselera sgt makan...adehhh

    ReplyDelete
  9. cis sgt soklan last tu
    i jawab ler sbb i rasa i gemuk
    boleh?

    sbb lgsung x bersenam
    makan main belasah je
    uwaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  10. saya kurus..sebab keturunan.kalau ikut cara makan dan tahap kemalasan dah wajib jadi michelin ni..hehe

    ReplyDelete
  11. gemuk sbb suka makan..hahahaha
    selamba ajek..
    nak kurus tp malas nak diet..

    ReplyDelete
  12. nak kurus tapi diet tak jaga sebaiknya.. camane nak kurus.. hehehe..

    ReplyDelete
  13. kenapa isu gemuk asyik keluar je ni?? uhuhuh sentap. tp mmg btul la.. kita skrg sapu rumahpun nak pakai vacumm. ihihih

    ReplyDelete
  14. Aduhai, Diana! Soalan cepu emas minta kena lemps tau. Hahaha... Memanglah sekarang kerjarumah dah senang, tak macam dulu-dulu. Orang dulu pun makan apa sangat, janji alas perut. Sekarang ni nak makan, semua ada. Bantailah apa nak. Lepas tu nak gi gym rasa macam malas sangat. Manalah yang 2kg tu nak hilang? Bertambah mungkin ler!

    ReplyDelete
  15. Kak nurul pun nak kurus xnak gemukkk....

    ReplyDelete
  16. salam k.diana..
    ehehe.. err... ya.. saya gemuk.. byk spare tyre kiri kanan depan belakang..
    sebab? makan nasi 5 kali sehari...
    aummm...

    ReplyDelete
  17. Salam, eh akak BMI xseimbang ke? tgk gambar mcm sedang2 je..hehe..betul lah, org dulu2 byk kerah tenaga, tu yg slim2 je..skang semua mudah, mmg malas je lah, dan senang naik badan..

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …