Skip to main content

TIPS MEMILIH LOYANG KEK UNTUK NEWBIE

Assalamualaikum...





Masa mula2 nak belajat buat kek dan biskut dulu saya memang minat betul beli barang2 baking ni..Beli loyang la,beli mixer,beli macam2 lagi la..sampai la sekarang saya rasa ada setengah2 benda tu tak payah beli pun tak pe..dan ada setengah barang tu memang boleh pakai kejap je..lepas tu dah tak boleh pakai lagi.Contohnya Loyang kek.Kena bijak memilih loyang.bukan main beli je..

Jadi hari ni saya nak kongsikan tips2 memilih loyang kek  untuk  kawan2 yang baru2 nak belajar buat kek

1-setiap resepi berbeza saiz loyang nya..ianya bergantung kepada sukatan bahan jadi saiz loyang sangat penting. Kek ,roti,puding dan biskut pabila dibakar ianya bebeza rujuk resepi anda sebelum memilih loyang

sumber:google



2- Periksa saiz sebenar ketuhar anda sebelum membeli loyang supaya ianya sesuai dan muat untuk masuk.ianya temasuk ukuran tinggi dan lebar ketuhar anda.


3- beli loyang mengikut kuantiti yang anda perlukan. Jika anda merancang untuk membuat lebih dari satu hidangan anda memerlukan mungkin lebih banyak loyang kerana selepas membakar kebiasaan nya kek tidak boleh dikeluarkan serta merta.jadi untuk menjimatkan masa anda lebih baik anda mempunyai lebih dari satu loyang.


4- Anda bukan tukang masak profesional. jadi pilih bahan yang digunakan dalam loyang dengan bijak.Ianya boleh mempengaruhi hasil masakan anda . Loyang jenis Teflon dan nonstick tidak boleh dibuat untuk baking.Loyang yang bersalut tidak sesuai untuk baking. Pilih saja loyang yang dibuat dari logam.

**KALAU ADA SIAPA2 YANG ADA CADANGAN LAIN TINGGALKAN KAT KOTAK KOMEN.NANTI SAYA UPDATE OK..TERIMA KASIH

semoga berjaya...

sekian..

Comments

  1. Yus pun dulu ada beli salah loyang, pastu tak guna, huhu. Tp mmg bukan selalu buat kek pun, bi

    ReplyDelete
  2. Adeh, komen guna phone belum habis taip dah terpublish. Nak smbg gak, 'bila dtg rajin je ' hehe

    ReplyDelete
  3. thanks sharing kak..memang tak tau ni, tau makan kek je

    ReplyDelete
  4. ada size kecik je loyang , tu pun tak muat pengukus sebab dulu ingat buat pe beli yg besar2 hihi

    ReplyDelete
  5. tak reti nak buat kek. teringin nk blaja...tp asyik tangguh2 je..heee

    ReplyDelete
  6. Wife saya dalam bidang bakery..nanti saya tanyakan dia kot2 ada tips lain :)

    ReplyDelete
  7. Kakak punya loyang memang dah ngam-ngam tuk kegunaan oven di rumah tak tambah baru pun itulah pusing-pusing gunakan Dee.

    Tunggu jadi pro baru boleh nak tukar-tukar hihi..

    ReplyDelete
  8. x[ernah beli loyang sbb x pernah buat kek.. heheh..tp xpe..sekarang dah tahu sng la nak beli

    ReplyDelete
  9. Bagus tips ni DR...okje main belasah jer beli loyang, agak agak....ikut rasa hati haha...

    ReplyDelete
  10. ops... ada aturan camni ekk?? sha main belasah je tak ikut acuan... huahua

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …