Skip to main content

TANDA-TANDA ANAK ANDA DIBULI

Assalamualaikum...




Saya percaya ramai mak ayah yang berasa risau sebab anak nak masuk darjah satu tahun depan.
Nak masuk tadika dulu pun sampai maknya tak tidur malam risaukan anak,Ni kan pulak masuk darjah satu.

Murid makin ramai dan bukan 24 jam cikgu ngikut kat belakang..kan??

Bab makan kat kantin,baju akan kotor atau jatuh masa berlari ke kantin itu tak fikir kan sangat. Tapi yang paling dirisaukan ialah "macam mana kalau ada orang buli anak aku?"..Budak2 biasanya bila di buli dia tak kan balik cerita kat rumah selagi kita tak tanya.Jadi macam mana nak tahu samaada anak kita dibuli??:-

1-Prestasi pelajaran nya menurun dan tak mahu kesekolah.Kalau sebelum ni sebut cuti pun tak mau, Asyik nak ke sekolah je. Tiba-tiba je tak mahu ke sekolah pulak.

Benda ni pernah jadi pada anak saya..Bila ada yang membuli disekolah dia terus tak mau pi sekolah.. Mujur la benda ni cuma berlarutan selama kurang 2 minggu.

2-Ada  barang dan alat tulis anak-anak yang hilang dan rosak dengan kerap. Seperti baju terkoyak atau pun set alat tulis nya hilang..Bila ditanya dia diam je..kadang2 kita baru tanya dia dah menangis dan jawab "tak tahu.."

3-Anak selalu pura-pura sakit. Ini untuk mengelak dari pergi kesekolah. Dia akan menangis  walaupun kita paksa dia kesekolah.


4- Susah tidur dan mengigau . Mungkin perkara yang berlaku disekolah betul-betul membuatkan dia tertekan  hingga terbawa2 dalam tidur.

5-Kurang selera makan . Adakalanya anak2 ini akan termenung panjang ketika makan dan makanan yang diambil juga agak sedikit berbanding sebelum ini.

6- Hilang sikap suka berkawan dan lebih suka menyendiri . Dia mudah merasa tidak selamat bila berada bersama kawan-kawan .


7- Luka dan lebam pada tubuh badan..Bukan itu saja kadang-kadang ada bahagian-bahagian pada tubuh badan nya ada contengan,..Rambut seperti di potong secara paksa dan ada masanya anak menyembunyikan kesakitan yang dialami..



8- Hilang keyakinan diri terutamanya ketika berada didalam kelompok kawan-kawan dan saudara mara.

9- kemurungan dan sering kelihatan dalam ketakutan..Selalunya hingga sampai tahap ini mereka cenderung untuk membunuh diri.


Sebagai ibu bapa bertindak lah dengan segera jika anak mengalami tanda-tanda diatas supaya perkara-perkara yang buruk dan membahayakan nyawa anak kita tidak berlaku..

sekian..

Comments

  1. kena take note btul2 ni.. kita jadi parent mmg kena alert dengan perubahan anak...

    ReplyDelete
  2. betul apa yang dikongsikan...
    paling senang nk tahu bila di senyap.
    mmg ada something wrong ler tue.
    harap2 xdek ler kes buli lagi untuk next generation,

    ReplyDelete
  3. Salam, yaa betul tu. Nilah tanda2 yg ade pd adik sy masa dia kat sekolah dulu. Balik sekolah, ada kesan tapak kasut betul2 kat bahagian dada kat baju sekolah dia. Nangis2 xnk pergi sekolah... :(

    ReplyDelete
  4. memang risau kalau fikir pasal ni. pernah satu masa, Naim beriya tak nak kes sekolah, memang nangisnya tahap kena pukul la, bila ditanya dan disiasat memang hari sebelum tu ada seorang kawan yang pukul dia,, lega cepat kesan kejadian tersebut.

    ReplyDelete
  5. terimakasih sharingnya :)
    salam kenal ya mba hehehe

    ReplyDelete
  6. Yup sekarang mak bapak kena alert. budak darjah satu pun pandai membuli dah.. Kena biasakan anak tu supaya rajin mengadu.. memang certain perkara kita akan jd rimas bila semua benda dia nak ngadu tapi ada kebaikkan jugak bila anak tu kita ajar untuk sentiasa mengadu even perkara kecil pun yang berlaku. Saya pun risau even anak lambat lagi nak sekolah sebab.. budak2 sekarang terlalu extreme

    ReplyDelete
  7. sekarang alise dgr dari kawan2 jelah. macam mana anak2 diorang dekat sek..

    entah macam mane pulak anak2 alise nanti..
    thanks share

    ReplyDelete
  8. bagi pembuli ni kan,
    one day dia ada anak,
    anaknya tu pula akan dibuli..

    ReplyDelete
  9. Orang yang selalu dibuli di sekolah biasanya juga akan menjadi pembuli di rumah atau ditempat lain untuk membalas dendam apa yang pernah dialaminya. Seperti apa yang terjadi kepada ketua gangster Kedah yang dulu sangat ditakuti bernama Ismail Kerbau yang masa di sekolah selalu kena buli akhirnya dia jadi ketua gangster yang ditakuti...

    ReplyDelete
  10. kena aware sangat2 kes buli .....

    ReplyDelete
  11. Ibubapa sekarang kena alert dengan perubahan tingkah laku anak2 ...

    ReplyDelete
  12. gud sharing... musim skrg grjala buli mnjadi2

    ReplyDelete
  13. kalau anak sha kena buli ni, orang yang buli tu kompem kena buli balik... hahahhaa ehhh macamlah sha ada anak... wehuhuhu

    ReplyDelete
  14. Memg kna peka setiap prubhan ank2

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …