Friday, 7 November 2014

TAKUT ANAK DIBULI?INI TIPS NYA...

Assalamualaikum...

Saya percaya ramai ibu bapa yang rasa risau dan takut nak hantar anak ke asrama bila makin menjadi2 pulak kes buli di asrama sekarang ni..Lepas satu video keluar, ada lagi satu lagi yang muncul..Itu yang dah tersebar..Yang tak tersebar dan tak dirakam ,macam mana pulak??


Sebenarnya benda ni kita sebagai ibu bapa cuma boleh berharap pihak sekolah dapat memantau dan memastikan perkara  ni tak berlaku.Namun ada pencegahan awal yang boleh ibu bapa buat untuk elak kan anak kita dibuli.

Yang pertamanya nasihat  anak untuk mengelak dari terlibat dari sebarang pertengkaran atau krisis. Biasa la..budak2 kan...si A ejek si B, si B marah kumpul geng mula la bergaduh. Mula2 tolak2je..esok pukul2 pulak.lama2 dia jadi syok membuli sebab si A cuba menyerah je..

Yang keduanya ajak anak bersukan.Misal nya main badminton atau bola keranjang.Bersukan akan mengajar anak lebih berhati2 dengan persekitaran nya.Dia tak kan biarkan orang lain mengambil peluang untuk menjatuh kan dia.

Saya rasa ibu bapa pun kena lebih kerap berbual dengan anak2.Setiap hari tanya dia apa berlaku disekolah.Saya ni kalau anak balik je ,sampai2 depan pintu dia start dah cerita macam2 sebab kami suka layan kan je..sampai kawan dia bermasam muka dengan kawan kelas sebelah pun kami tau.Bila kita selalu dengar apa dia cerita dia tak kan rahsiakan apa2 dari kita.selalunya mak bapak tak dapat kesan anak nya dibuli sebab mak pak tak de masa nak call tanya kabar anak. Telefon seminggu sekali macam mana nak dapat kesan perubahan emosi anak ..kan??


Selalunya budak yang lemah memang akan jadi mangsa buli. Lemah dalam sukan,dalam pelajaran dalam pergaulan  ..Jadi siap sediakan anak kita dengan apa juga kemahiran tak kira la dari segi bersukan atau bab pelajaran, pergaulan supaya anak kita tak menjadi mangsa .


sekian...


15 comments:

  1. kita yang surirumah ni memang senang nak pantau.. tapi tu la bg ibubapa yang kerja tu.. terhad masa dgn anak kadang2 terlepas pandang semua ni. Betul budak yg tak aktif selalu jadi mangsa buli

    ReplyDelete
  2. Great tips diana..benda ni mmg kena dipupuk dan beri didikan dari kecik lagi..kasih sayang kene lebeh gitu heheh walau sesibuk mana pun parents..anak2 kene ambik tau..tu tanggungjawab semua parents kan..kdg2 kat meja makan pon jd tempat anak2 bercerita hehe

    Www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete
  3. yang penting juga doa banyak2 mintak Allah jaga anak kita sentiasa. mohon Allah selamatkan anak daripada jadi mangsa buli dan jangan jadi pembuli.

    btw I'm so against circulating gambar2 mangsa ni. kesian depa..

    ReplyDelete
  4. orang yang suka buli orang ni,
    esok2 anak or cucu dia akan dibuli oleh orang lain..
    sekejap jer kalau Tuhan nak tunjuk kan

    ReplyDelete
  5. Adik saya yang bongsu selalu jak jadi mangsa buli. Dulu ada jugak yang berani membuli depan saya. Dah kena belasah saya tak ada lagi saya dengar tapi tak taulah sekarang sebab saya jauh dari dye owg. Sekarang bapak saya yang handle. Pernah jugaklah time saya PBS kat sana, saya lapor dengan guru. Depan saya bukan main excited lagi nak melayan tapi sampai sekarang tak ada tindakan dibuat. Sabar jaklah. Angel Love Soldier

    ReplyDelete
  6. betul tu kak . banyak lagi kes buli . cuma kita tak je tau , sebab tak dirakam

    ReplyDelete
  7. Tahun depan anak saya pergi kelas taekwando. Harapkan besar kalau kena buli, memang tak boleh tahan Mommynya. Saya kata kat anak, badannya besar so dia tak perlu takut pada kawan-kawan sebaya dan jangan selalu sangat say yes sampai dengan perempuan pun kena buli ^_^. Maklumlah Mommynya gangsterkan!

    ReplyDelete
  8. betullah, biasa yang jadi mangsa buli ni
    hak yang jenis pendiam, tak berani melawan
    kena ajar diorang yakin dan tahu camne nak pertahankan diri

    ReplyDelete
  9. tgk video buli dalam berita, geram je rasa
    rasa nak buat balik kat dia
    sukahati je tendang n belasah anak org
    kalau duduk asrama benda buli sebegini mmg terjadi setiap sekolah
    antara nak lapor or x je budak2. coz takut kena ugut

    ReplyDelete
  10. apa kata kita ajar diorang seni mempertahankan diri ke

    ReplyDelete
  11. Yap btl tu, gejala ni makin mnjdi2.Sgt mnakutkn

    ReplyDelete
  12. Salam, hmm ckp2 pasal buli ni aku teringat adik aku mase kecik2 dulu, dia mcm nobita tau, kena buli kena tendang je lah..nasib ada aku dgn mak aku yg bertindak ala2 superhero...jumpa budak yg buli tu, alahai kecik cenonet je haa...tu pun bleh jd gengster..haihh!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();