Skip to main content

SENARAI HADIAH DAN PENAJA GIVEAWAY HUJUNG TAHUN - DIANARASHID.COM

Assalamualaikum...

hari isnin nanti akan berlangsung Giveaway blog dianarashid.com buat kali ke dua.Baru 2 kali saya buat GA rupanya..GA kali ini sebenarnya bertujuan untuk memberi  peluang kepada blogger dan peniaga yang ingin blog dan tapak jualan mereka lebih dikenali.Jadi syarat wajib follow dan like itu perlu lah setiap peserta penuhi .kalau tidak memang terbatal la penyertaan kawan2 ye.GA kali ini saya buat selama sebulan supaya pihak penaja ada masa yang cukup untuk memastikan setiap peserta mematuhi syarat.

Dalam tempoh 1 bulan itu juga saya akan memperkenalkan penaja kepada pembaca semua.Setiap penaja akan saya review supaya tujuan sebenar GA ini diadakan tercapai

GA kali ini mendapat tajaan 13 penaja .Seramai 22 pemenang di cari dan mungkin kah awak  antara yang bertuah untuk memenangi senarai hadiah di bawah..:-

Dish Wash Concentrate x 1 pemenang
Herbal Blend® Multi-Purpose Cream x 2 pemenang

telekung lycra x 1 pemenang


topup RM10 X 3 pemenang



Fridge magnet London + keychain (1 pemenang) 
Fridge magnet Malaysia + keychain (1 pemenang)


Topup RM10 x 1pemenang


Fridge magnet cameron highland x 4 pemenang



 Shawl x 1 pemenang


Topup Rm10 x2



1 paket Mykoko rm39/500g x 1 pemenang


2 voucher KFC x 1 pemenang



baju muslimah x 2 pemenang



wang tunai rm50 x 1 pemenang


Home Binder 2014 x 1 pemenang


ok..itu saja buat masa ni penaja yang sudi memeriahkan Giveaway blog dianarashid.com .Saya harap Giveaway yang bakal berlangsung akan memberi manfaat untuk semua..Nantikan isnin ini 10-11-2014 ,dimana GA ini akan berlangsung ..Jemput kawan2 lain untuk join nanti ye.. :)

sekian...

Comments

  1. Wah macam best je.. teringin pulak nak jadi penaja. Ada banyaj voucher kfc ni. Hehe.. takpa lain kali kalau ada boleh join jadi penaja.

    ReplyDelete
  2. assalamualikum.. saya mahu sponser RM boleh x?

    0133972486 kak yati

    ReplyDelete
  3. wah.. hebat2.. insha Allah, akan join nanti..

    ReplyDelete
  4. Salam singgah sini sis...wahh...menarik hadiah2 yang di tawarkan....InsyAllah nak join juga...

    ReplyDelete
  5. Salam singgah sini sis...wahh...menarik hadiah2 yang di tawarkan....InsyAllah nak join juga...

    ReplyDelete
  6. moga GA ni berjln dgn suksesnya. byk hadiah menarik.

    ReplyDelete
  7. best ni bnyk hadiah istimewa..

    ReplyDelete
  8. Banyak penaja ni.. meriahla nanti GA kali ni

    ReplyDelete
  9. Salam, fuyooo banyaknye penaja..tp terus terang aku ckp, aku mmg xsanggup nak join giveaway or contest yg kena like2 penaja cmni, hihi :p

    ReplyDelete
  10. Saya pun nak sponsor RM.
    Boleh ke?
    Kalau diizinkan, PM lah saya kat FB Nazeck Zenal.

    ReplyDelete
  11. Assalam..wah rmi betul penaja. Yang bestnye penaja pun boleh join sama.

    Jom meriahkan lagi GA ni yer... ^^

    ReplyDelete
  12. wahh..bestnye hadiah2 ni..in sha Allah nk join nnt..

    ReplyDelete
  13. menarik hadiah²nya.harap ada rezeki kali ni :)

    ReplyDelete
  14. ginjal saya bermasalah apakah anda tau Obat Gagal Ginjal paling ampuh dan aman??? tolong beri tau saya ,,,

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…