Skip to main content

SEMUA ORANG TAU GAMBAR TU KAU EDIT!

Assalamualaikum...

Semalam saya baca kat blog Julia ,Mama nya si Qi..
dia kata kalau dia nak review apa2 produk dia lebih suka
kalau dia sendiri cuba produk tu dulu..
kemudian baru dia review...

Betul u..
lagi2 kalau produk kecantikan..
Ambik masa untuk kita cuba..
beza dengan produk makanan,
sampai je barang terus makan,hari tu jugak boleh buat review produk..
tapi kalau produk kecantikan
paling cepat pun kesan akan muncul selepas 2 minggu.

Tapi agak menipu la kalau produk baru dapat
tak sampai 2 minggu,
tetiba kau canang kat orang
kau pakai produk ni sebab tu kulit kau
nampak cantik ,gebu,mulus segala la..
kemudian kau  upload pulak gambar kau  yang kau edit.

Alahai..banyak kali dah ni nak bagi tau..
Semua orang dah tahu beza gambar  edit dengan tak..
Agak2 la kan nak mempromosi pun..
jangan sampai menipu..
kalau pun kau dibayar untuk promosikan benda tu tak
payah la ketara sangat guna gambar edit tu..
Nak nampak neutral sapu bedak je..
tak payah nak ajar kot benda2 gini.
macam baru pertama kali pulak kau ambik bayaran untuk promot barang.

mula2 dulu rasa jugak nak beli..
lepas tengok ramai sangat menipu
terus tak jadi..

Ok..berprasangka baik la..
kau pakai produk tu 24 jam ..
habis tenyeh habis tenyeh...terus kulit jadi gitu..
ala2 camera 360
(tak logik kan tapi ni bagi yang nak berprasangka baik la..)

sekian..


Comments

  1. Kadangkala tu sah2 gambar yang sama (berdasarkan pakaian dan latar belakang), tapi satu gelap, tiba2 satu dah cerah... huhuhu

    ReplyDelete
  2. ITU la klau nak riview pun biarla jujur kan, mcm lya sblm ni guna satu produk.nak juga 2 or 3 minggu guna baru da kesan.baru blh riview, x pyah edit2

    ReplyDelete
  3. hihihi..btl kak..kite pun blh tau klu gmbr tu edit ke ape..susah jgk nk review ni kan..

    ReplyDelete
  4. kalau produk bagus, tak perlu nak edit pun :)

    ReplyDelete
  5. sekarang banyak pakai camera 360 jeeee..

    ReplyDelete
  6. nak cept nmpk kesan dan duit masuk dgn cept.. tu yg review xbtol tu kak.. sebb teknologi skrng dh canggihkn.. edit je gmbo, ckp ad kesan.. hehe

    ReplyDelete
  7. jatuh reputasi bila org tau sume tu tipu.

    ReplyDelete
  8. haha. mcm2 skg.. nak dpt duit cpt knonnya.. last2 mnipu. ish2

    ReplyDelete
  9. produk review untuk kecantikan memang akan ambil masa lama. Kalau dalam seminggu dua da boleh nampak kesan most probably produk tu banyak chemical..

    review biarlah jujur..

    ReplyDelete
  10. erm...review biarlah jujur...ramai yang akan puas hati dan setuju...tapi bergantung juga pada orang...ada yang cepat, ada yang lambat...

    ReplyDelete
  11. diorg igt org skrg ni dungu2 kot x tau beza yg ori dgn yg edit

    ReplyDelete
  12. memalukan..

    eh mana linknya.. nak tengok jugak..

    ReplyDelete
  13. betul tu..guna sendiri baru boleh buat review...semua nya datang dr pengalaman sendiri..

    ReplyDelete
  14. Terima kasih dear diana...mmg tu la ju amalkan...kalo setakat bg gambar produk semua org leh buat...budak sekolah pun boleh...bahaya cerita kt public produk gitu gini bagus...tp sendiri x pakai...baik minta produk cuba dan rasai cm ne...baru cerita kesesuaian...kalo x ok better tolak cara elok

    ReplyDelete
  15. ada siap amik testimoni orang lain pun... hasben sha kena jual satu produk ni, siap pamplet & testimoni... tapi produk tak diiktiraf... testimoni pun macam tampal2 je... haha

    Sha memang setuju nak jual sesuatu produk tu, kitalah yang kena guna dan bikin testimoni @ review, baru orang caye... tapi kalau flawless semacam tu, kita boleh tahu guna cam360 ke tidak.. haha

    ReplyDelete
  16. Macam2 hal dah sekaang ni kan...sabar jer la...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …