Skip to main content

SEDIH JUGA TAPI INI YANG TERBAIK..SELAMAT TINGGAL M.....

Assalamualaikum...

Sedih pulak bila dapat mesej dari maxis tadi..
selama ni memang tak de apa2 masalah bila guna maxis..
sebab guna prepaid je..nak guna topup..
tak nak guna tak yah kesah..hehehh..


Cuma satu je..no maxis saya ni no lama..
jadi tak de lah 3g 4g bagai tu..
tak canggih langsung.
hahhah
Bila suami g keja tak boleh nak video call..
lepas tu bila anak2 ngamuk nak ayah jugak, kena tukar
pakai sim umobile tu..
Lepas guna, tukar sim balik..
susah tau..
nak tukar sim terus tak boleh sebab saudara mara kawan2 semua ada no maxis ni je..

Jadi jalan terakhir kita "bertukar!!!!!!" .heheh
saya guna onexox sekarang..
tapi kekalkan no yang sama..
Tak mahal..Rm10 je pun..


Jadi pada yang ada no saya tu jangan risau..
saya masih guna no yang sama..
tak de no saya pun tak pe sebab 
saya bukan rajin sangt berbalas2 msg dan berbual2 ni..
saya berbual lama2 kat telepon dengan mak saya je..

Hehehehh

Nak tau kelebihan onexox sila contact blogger Anarm.
google je nama blogger tu.page atas sekali.
hahahh.boleh gitu??

Sekian..

Comments

  1. mmg sedih ayat dari maxis tu, tu lah yg saya rasa masa tuko maxis ke celcom. saya tuko sbb nak pakej family dgn suami. free call/sms/video call. Jaga hubungan itu penting..hehee

    ReplyDelete
  2. Assalam diana...sihat? alahaiii maxis punya mesej tu sedih plak hehehhe...onexox tu tak penah dengar plak ish cm menarik je diana nombor lama leh kekal...ju sekarang guna digi line...sekarang ni masih ok lg...nanti kot2 nak buat biz nk try la beli nombor one xox ni cm bestje heheheh

    ReplyDelete
  3. planning nak beli simkad utk tab anak..
    bolehla consider yang diana cadangkan nih..tq

    ReplyDelete
  4. ada juga terdengar tentang oneox ni hari tu...

    ReplyDelete
  5. onexox ni macamana?

    bagus tak servis dia?

    :)

    ReplyDelete
  6. abah saya pon dah bertukar sim ini..murah katanya
    kawan saya ada jual jugak..

    ReplyDelete
  7. firt time dengar onexox. tak pernah tahu pun

    ReplyDelete
  8. hahhaha ramainya geng "pestaim".... hiks

    ReplyDelete
  9. Kesian c maxis, lya pernh dgr juga onexox ni

    ReplyDelete
  10. masa aida tukar ke tunetalk ari tu, dpt gak mesej sedih ni hu hu hu...
    aida pakai maxis sejak 2003 lagi. lebih 11 thn!!!!
    sedih sedih sedih...!

    ReplyDelete
  11. Salam, haha rase mcm touching pulak bila maxis bg mesej goodbye camtu, isk3..sentimental tau~

    ReplyDelete
  12. Saya setia pada Celcom je. Hari tu tukar ke Altel tapi aduh line internet semput pulak. Maxis pulak dah lama saya tak geng ^_^

    Baru nak minta no tel. Tak payalah yek dah katanya tak rajin nak berborak. Hahaha.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …