Skip to main content

SEDAP NYA SUSU KAMBING ASLI IQEEL NI ..NAK NANGIS RASA..!!

Assalamualaikum...

Anak saya yang sulong,Maisara , sampai sekarang masih nak minum susu.Alhamdulillah..tak payah paksa-paksa mesti satu hari pagi, petang dan mlam dia nak susu.Agak susah la nak cari susu yang sesuai dengn dia sebab dia ni senang sangat dapat sembelit.makan coklat banyak je sembelit la.Dah la hari2 makan coklat macam makan nasik.hehehehe..Dok menggoogle sana sini ,mencari apa susu yang bagus untuk anak2 saya nih,..jumpa la dengan produk IQEEL..ambik no telefon nya terus tanya itu ini...beberpa hari lepas dah pun sampai barang yang ditunggu2..Keputusan nya?????Cap tangan hokey!!!



Sejak beberapa hari lepas saya berikan dia susu kambing asli IQeel ini.Petang tu dia tengah main2 kat luar,dia cakap nak susu.Saya buat la secawan susu kambing Asli ni.Dia tak tahu pun ini susu kambing.dah habis secawan,saya tanya dia sedap tak.?? "mesti lah sedap..Ini kan susu kegemaran kami.." Rupanya dia tak tahu itu susu IQeel, susu kambing Asli .Susu yang boleh meningkatkan kepekaan,daya tumpuan dan ingatan.Saya Bagi susu ni pada anak2 minum sebab susu kambing ni juga boleh kuatkan imunisasi anak-anak.



Bila saya bagi tahu dia susu yang dia minum tu susu kambing IQeel ni ,dia macam terkejut la.heheh..dia kata susu ni sedap la..Lega dengar macam tu .Yang saya perasan sejak beberapa  hari minum susu ni dia tiap-tiap hari buang air besar.kalau tidak 2 hari sekali,3 hari sekali.kadang2 sampai saya sendiri kena tanya.."hari ni kakak dah berak ke belum.." kalau dia tak berak tu jenuh la dok paksa la dia minum air suam sampai meraung2 menagis.Dia bukan suka air masak suam ni..yang sejuk je dia minum.


Bukan kakak je yang suka susu kambing Asli ,IQeel ni..tapi adik pun sama..cuma adik ni kita kena campur kan koko dalam susu ,baru dia minum.. Susu kambing Asli IQeel ni memang boleh kalau nak campur apa2 dalam nya..milo ke,koko ke,horlick pun boleh .Nak buat aiskrim pun boleh,Nak bubuh dalam masakan pun boleh, 


Susu Kambing Asli, IQeel ni sebenarnya susu organik sebab ianya dihasilkan dari kambing-kambing tenusu yang tak disuntik hormon dan dia hanya makan rumput saja. Biasa kan kalau kita tengok kat ladang2 kambing2 akan di suntik ,lepas tu makanan nya pun bukan saja rumput tapi beri hampas soya la apa..kan?Tapi  yang ini tak..dia bagi seratus peratus rumput sahaja..


Saya pun minum jugak susu ni.sebab saya ada senggugut kan..tak tahan menanggung sakit jadi kita minum je Susu kambing Asli , IQeel  ni..Hari ni saya nak try buat bubur lambuk guna susu kambing ni..tunggu tau entry lain saya citer pasal nih..
pada yang bertanya di ruang komen cemana nak dapatkan susu ni awak boleh rujuk entry ini ye..

Kawan-kawan juga boleh dapatkan Susu kambing Asli Iqeel Ini 


sekian

Comments

  1. Saya belum pernah minum susu kambing walaupun masa kecil ayah saya pelihara banyak kambing...Tapi makan daging kambing memang kerap juga terutama bila kenduri...

    ReplyDelete
  2. sedap ye? sesuai untuk seisi keluarga ke? harga macamana pula?

    ReplyDelete
  3. kak mcm mn nk dptkn susu ni.harganya?bby bole minum tk

    ReplyDelete
  4. bagusnya bagi susu kambing..sunnah nabi..lagipon susu kambing bersifat alkali sama macam susu ibu..susu lembu bersifat asid sebab tu tak berapa bagus sangat..

    ReplyDelete
  5. Susu kambing kalau yang jenis takda bau hamis, memang sedap. Sesetengah tu, ada yang ada bau-bau hamis tu yang buatkan rasa tak sedap.

    ReplyDelete
  6. susu kambing meminumnya adalah sunnah nabi kita

    ReplyDelete
  7. Salam,

    sy pernah minum susu kambing beberapa kali. cuma tak tahan baunya saja.

    ReplyDelete
  8. pernah juga minum susu kambing..memang sedap :)

    ReplyDelete
  9. aida x pernah minum susu kambing...
    sebab aida x brape suka minum apa pun susu...
    tapi teruja plak nak test!
    anak2 dara aida walaupun da skola, masih minum susu.

    ReplyDelete
  10. susu kambing bagus utk kesihatan.. nak cari jgak la,.. he

    ReplyDelete
  11. saya susu biasa pun kurang kak... hehehehe

    ReplyDelete
  12. Bagus lagi minum susu kambing nih. Mahal tak?

    ReplyDelete
  13. bagusnya... dia minum susu kambing..mmg byk khasiat..

    dia ada rasa kambing kuat tak?

    ReplyDelete
  14. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete
  15. Nak try la. Susah nak pilih susu kambing yg sedap

    ReplyDelete
  16. ALahai akak terliur pulak korang minum susu... gulp

    ReplyDelete
  17. Sedapnya tgk si kecik tu minum...

    ReplyDelete
  18. Jom join pencarian bloglist.
    Untuk 2 Bulan .
    Syarat - syarat pun senang .
    Apa lagi? Jom!

    http://faris-ris.blogspot.com/2014/11/segmen-pencarian-bloglist-november.html

    ReplyDelete
  19. Wah bagusnya susu kambing ni. Untuk orang dewasa boleh ka?

    Berkongsi sedikit anak saya pun ada masalah sembelit. Akhirnya menemui sedikit jalan keluar dengan memperbanyakkan sayur di dalam bubur nasi.

    Mungkin juga susu kambing ini juga satu jalan penyelesaiaan yang baik. terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
  20. Mmg sedap susu kambing kalau tak berbau. Creamy dan warnanya pun putih kan. Tak macam susu lembu yg warna kekuningan sikit.

    Errm... menarik tu, nak buat bubur lambuk guna susu kambing.

    ReplyDelete
  21. Bolehlah beli satu kartun lepas ni DR hihi......dah semua minum senang sikit kerja tak yah dah nak masak air bancuh susu haha

    ReplyDelete
  22. berselera betul tengok diorg minum..nyum2

    ReplyDelete
  23. berselera betul tengok diorg minum..nyum2

    ReplyDelete
  24. Susu kambing menyihatkan tubuh badan... bagus lah minum banyak... singgah singgah www.mieranadhirah.com kalau sudi

    ReplyDelete
  25. saya belum pernah minum lagi susu kambing ni. biasa amal susu kambing higoat je. senang letak dalam beg

    ReplyDelete
  26. Susu kambing memang sedap pon , saya sukaaa . tapi susu kambing ni tak pernah try lagi la , selalu minum hi goat atau tok guru punya .

    ReplyDelete
  27. Beli kat mana ya susu nie? tak pernah nampak pulak

    ReplyDelete
  28. Salam puan tanah. Terima kasih kerana dah try susu kambing iqeel siap promote lagi. Saya abdullah adalah pengeluar susu kambing iqeel, jika tuan, puan berminat boleh hubungi saya 012 3944589 atau stokis2 yangbtelah dilantik

    http://susukambingiqeel.blogspot.com/p/senarai-stokis-susu-kambing-iqeel.html?m=1

    Kami juga ada pek cuba2 bersaiz 21gram x 5 pek. Harga baru rm 10 je...

    ReplyDelete
  29. Wahhh! bagusnya minum susu kambing.. mane nak beli ni?

    ReplyDelete
  30. Bagus, anak-anak stil nak minumsusu walau dah besar. sbb dlm masyarakat kita budak2 umur 6 tahun minum susu macam sesuatu yg melucukan. Padahal sampai ke tua perlukan susu sebagai sumber utama kalsium.

    ReplyDelete
  31. Macam best je susu ni. Anak saya tak boleh nak bertukar susu. Kalau tak sembelit. Mungkin nnti beli trial pack dulu.

    ReplyDelete
  32. Tengok si Maisarah dengan Mikhail minum macam sedap bangat tapi saya ni kalau dengar je susu kambing memang terus hilang selera. Kena buat macam Maisarah jugaklah nampaknya.Suruh HD tolong buatkan dengan penuh kasih sayang, lepas tu bagi minum. Lepas tu baru beritahu itu susu kambing ^_^

    ReplyDelete
  33. salam k.diana..
    skrg ni byk produk2 susu kambing yg viral di laman sesawang..dan salah satunya iqeel ni..
    cma sendiri belum berhijrah ke susu kambing..hmm..mmg rasa nk cuba ni...

    ReplyDelete
  34. Susu Kambing ni memang elok diamalkan.. Myra dulu minum Susu nubian, asben HiGoat

    ReplyDelete
  35. susu kamabing bagus untuk perempuan juge..

    ReplyDelete
  36. mintak sikit susu kambing...haha

    ReplyDelete
  37. you're nominated...http://ifyouknowwhatimean21.blogspot.com/2014/11/liebster-award-dianeeya.html

    ReplyDelete
  38. you're nominated...http://ifyouknowwhatimean21.blogspot.com/2014/11/liebster-award-dianeeya.html

    ReplyDelete
  39. nampak sedap pulak tengok adik tu minum

    ReplyDelete
  40. sedap eh??? harge berape rm ni???blh try jugak ni

    ReplyDelete
  41. Tak pernah g minum susu kambing. Tak pandai. Tapi macam best jak tengok orang minum. Bf saya cakap rugi tak minum sebab banyak khasiat.

    ReplyDelete
  42. Salam! okay sy pun dah tertarik nak minum gak susu ni, nt boleh try lah..lawaskan pembuangan gitu~ haha

    ReplyDelete
  43. Sy pon br beli semalam susu ni...tp mmg X penah tau pon ade susu ni..selalu dgr susu wildan n higout..hehe..before this minum higout tp x smpai 5 minit da keluar balik(ibu mengandung)...sbb tu nak try susu lain..hrp2 susu ni ok ngan saya..hehe

    ReplyDelete
  44. memang sedap, lemak, berkrim...yg penting x hamis....meh acik nak sket hehe

    ReplyDelete
  45. Sy penjual susu iqeel...sy tgh bt promosi dgn harga rm40 tidak termasuk postage...lg byk anda beli lg byk anda untung...boleh jd agent...pm or whatapp sy ida kajanh 0133978933

    ReplyDelete
  46. Sy penjual susu iqeel...sy tgh bt promosi dgn harga rm40 tidak termasuk postage...lg byk anda beli lg byk anda untung...boleh jd agent...pm or whatapp sy ida kajanh 0133978933

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …