Skip to main content

SCHA DAN AWAL DI TUDUH GILA GLAMER

Assalamualaikum...

Bila jadi artis ni macam2 benda kena jaga.
(bajet cam pernah jadi artis)
Silap langkah mula la orang mengata walaupun benda tu tak besar mana pun..
Saya cerita pasal Scha dan Awal ni..



'Mula2 sorok anak lepas tu tayang anak sampai orang meluat."

Eh!bukan saya yang kata la..
Dah banyak kat forum2 saya tengok orang dok cerita pasal ni.

Saya memang selalu cerita pasal anak..
kat blog ni tak banyak sangat..
tapi kalau jumpa orang kat luar saya lebih selesa cerita
pasal anak berbanding diri sendiri.
tak tahu la kalau ada yang meluat..
kat blog ni pun dulu ada jugak yang meluat..
tapi saya diam je la.
sebab kita tau apa yang kita buat..kan??



Bukan nya kita nak menunjuk2 anak kita..
tapi kita nak orang2 yang kenal kita tu
tahu perkembangan anak kita.

Saya rasa macam tu jugak la pada Scha dan Awal..
mereka bukan nya saja2 nak menunjuk2 anak
Tapi sebab mereka tahu mereka ada peminat mereka sendiri.
peminat2 tu pulak nak tahu perkembangan anak mereka.
jadi tak salah pun kalau mereka nak tunjuk gambar2 terkini anak mereka..kan??
kalau tak.tak de la pengikut IG nya dah  cecah ratus ribu
walaupun baru sehari ada akauan instagram..kan??

"Mmg depa bdua ni gila glamer. Haritu dekat melodi gigih bawak 
anak tayang. Menyampah betul."

Gitu la kata mereka..
tambah2 pulak mereka ada buka facebook khas untuk anak mereka.


Lagi la orang kata..
hari tu buat akaun  instagram untuk anak pun dah kecoh..
lepas tu buat akaun facebook pulak..
terus la kena cop gila gelemer..

"Maybe its too much for a baby at 3 months old. But her parents are both from entertainment sector. What to expect?
Paling tak boleh blah bawah nama "Lara Alana" tu category FB account dia : Public Figure.
Ermm, perhaps they should just have instagram account only for their baby"


Itu anak diaorang..
kalau kita nak buat pun buat la..benda free ...
tak susahkan siapa2 pun.
Cuma sebab mereka tu artis ,sentiasa jadi bahan cerita.
kita bukan artis..
jadi..jom buka akaun facebook untuk anak..nak  tak??

sekian..


Comments

  1. haha.mmg seribu tafsiran ikut hati masing2.. yang suka kemain yang tak suka pun kemain pulak mengatanya

    ReplyDelete
  2. haha..pendapat saya, kalau tak suka,jangan ambil tahu.orang kita ni pelik..kadang-kadang lagi menyampah, lagi nak menyibuk ambil tahu cerita orang tu

    ReplyDelete
  3. benda macam ni pun orang2 nk jadikan big issuekan..
    alahai derang tengah kemaruk baru ada anak sorang mmg pesen gitula kot ek

    tu pendapat akk la..kiranya dia orang nak tayang anak dorang pun bg akk takde halla..
    yg takmo tengok meluat tu akk rasa sikit jek

    yang nak tengok tu ramai kot...hahahahah...

    biasala anak retis kan

    ReplyDelete
  4. Alahai standardlah artis. Lagipun anak dia si trojan tu comel ape. Hahaha. Kita suka je nengok. Kehkehkeh.

    p.s : yang tak suke tu mesti crush gile dengan awal kannn. :P

    ReplyDelete
  5. buka FB untuk anak? tak kot..FB sendiri pun tak terjaga hehehe

    ReplyDelete
  6. mulut manusia nie mmg mcm2..kalau nk jaga ati semua org mmg susah..kita buat jer ape yg kita rasa betul..mcm laa org yg dok ckp2 tu perfect..dh mak ayah public figure..secara tak lgsg anak2 pun sama laa :)

    ReplyDelete
  7. AsSalam, bila baca mgkn akan timbul pelbagai persepsi +ve & -ve dgn tindakan Scha & Awal..Apa pun itu hak masing2.. Bersangka baik jer lahhhh... peace! :-)

    ReplyDelete
  8. kalo dah berlebihan sangat memang orang akan meluat..walaupon tak semua gitu..
    yang kesian baby la..skarang kecik tak tau pape..dah besar takut ape plak kata orang sekeliling kat dier..pressure jugak tau..

    ReplyDelete
  9. biasa la akk,, mulut orang mana boleh tutup,,,

    bagi saya,, itu hak masing2,, saya takda anak lagi taktau la perasaan ibu mcm mna kan,, tetapi member sya ramai yg beranak pinak.. ada jugak yg buat IG untuk anak sendiri,, FB depa pon dah jadi FB anak,, semua letak gambar anak,,,

    tak ada masalah pon,, takda pulak orang nak bising2,,

    cuma bila dah jadi artis ni,, biasa la semua diperhatikan n ada ja yang tak kena..

    yang penting hati tu iklas,,

    ReplyDelete
  10. manusia ni macam-macam ragam Dee. Pada kakak biasalah anak pertama siapa pun mesti teruja nak gambar selelu. Dulu tak bagi tayang atas arahan mak-mak mereka kot katanya masih dlm pantang... entahlah..

    ReplyDelete
  11. hrp2 anak mrk yg kedua ketiga dan seterusnya ada FB n IG sendiri ;-)

    ReplyDelete
  12. hehe...anak sulung, memang terujalah kan
    lagipun mereka artis, apa salahnya
    haters ni ada aje bend ayang diorang benci

    saya pun cite hal anak dekat blog
    tapi saya tak created FB atau IG untuk mereka =)

    ReplyDelete
  13. manusia nie macam-macam sis... ada je tak kena.. pekak kan telinga jelah hihi

    ReplyDelete
  14. risiko menjadi artis gitu lah...
    buat itu ini pasti jadi topik perbualan org, tak kira positif or negatif...
    kekadang tu kesian gak ....
    tapi i'm sure dorang dah prepare utk hadapi risiko tu semua....

    ReplyDelete
  15. setiap orang ada persepsi masing-masingkan.. tak boleh nak tutup mulut orng mahupun si keyboard warrior..

    btw, anak scha and awal tu mmg comel..

    ReplyDelete
  16. bila dah jadi artis... ada je yang tak berkenan kat pandangan mata orang. adat la tu

    ReplyDelete
  17. Dah namanya selebriti, buat apa pun orang kecoh. Buat baik salah, buat jahat lagilah salah. Tak buat apa-apa pun salah juga. Camna...

    Bagi sayalah memang melampau sikit budak sekecil itu ada akaun FB, Instagram bagai. Tapi itu hak mereka. Kalau tak suka, tak payahlah follow. Tak payah mengata.

    Kita ni bukan membangga-banggakan anak cuma kadang tu teringin nak share dengan kawan-kawan kisah anak-anak. Macam saya (saya picisan je so takpalah takda orang mengata) tercetus idea nak menulis blog pun kerana anak-anak so mestilah nak tulis pasal anak-anak!

    Sebelum kahwin dulu saya memang pelik bila kawan selalu je cerita pasal anak-anak mereka bila jumpa. Tension sekejap. Sekarang ni, tahulah mengapa jadi gitu ^_^

    ReplyDelete
  18. hahaha...kesian itu pon nak jadi isu...pasni anak che ta pulak...

    ReplyDelete
  19. Adeh! Manusia. Tak payah sibuk hal artislah. Baik belajar mengaji ke, masuk kelas agama ke, kumpul duit pergi umrah ke dari ko mengumpat mcm ni. Hahahahah!

    Scha dan Awal excited dgn anaknya. Mcm sy jugak....sampai skg pun suka sgt cite psl anak. Hahahaha!

    ReplyDelete
  20. Aduhai mcm tu pun jd isu.. xsuka tp k sibuk gak hal depa kan.. hihi

    ReplyDelete
  21. Alahai manusia nie. Kalau tak suka, tak payah tengok. Unlike. Unfollow. Senang cerita.

    ReplyDelete
  22. klau org x suka mcm2 benda yg kita buat smua tak kena...biarlah dia nk tunjuk anak dia pun. saya yg x pernah tgk anak dia ni dpt gak tgk hari ni kat sini. rezeki saya lah tu

    ReplyDelete
  23. kat ai punye insta pon penuh je gambar anak.. Tak comel dimata orang lain,dok sebok anakkk je, macam laa kite je yg beranak.. lol.. tapi comel dimata sendiri..hehehehe.. seb bek ai bukan artis... Tapi dulu, die tak tunjuk anak dia, kata sorok anak plak.. macam2 laaaa orang luar ni kann.. javascript:void(0)

    ReplyDelete
  24. Diam2 suda kan x pyah myibuk klau x suka kan, dah jdi artis memg la mcm tu

    ReplyDelete
  25. KUASA aku kak nk bukak IG and FB utk anak.xlarat lahhh~ tapi sy terkejut gak.ape ke jadahnya buat ACC IG untuk anak.pas tu FB lak.haih org lain x buat pon gitu.kalau ada 3 anak cane?

    ReplyDelete
  26. biasalah kan..mulut orang tak boleh ditutup..

    ReplyDelete
  27. Laa...tayang anak pun nak jadi isu..hmm~ jeles lah tu gaknya anak dia tak glamour cam anak artis..hahaha~

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …