Skip to main content

SAYA TABARRUJ KE??

Assalamualaikum...

Saya ni jarang sekali nak letak gambar muka saya kat blog ni.
kalau perlu saja saya letak.
contohnya macam entry sebelum ini.
saya letak la gambar saya sebab tudung tu saya punya..
Tabarruj kah itu??

Saya pun tak de pulak nak tayang muka
sebab tengah2 muka saya tu siap saya tampal watermark saya lagi..
kalau betul saya nak tayang muka
saya tak letak watermark kat situ..
saya letak kat tepi sekali..
kecik je watermark nye..
heheh..
Tabarruj kah itu??

Alahai..saya yang jarang2 tempek muka ni juga yang dituduh tabarruj
ye la..orang tak ramai peminat ni buat apa pun salah.
cer kalau blogger yang tempek muka tu
adalah blogger yang awak minat,
jangan kan kata nak tegur,lagi awak puji ada la..kan??
eh!dah bunyi macam merajuk pulak..
ekekkek..

tak pe la..
Tabarruj atau tak saya je yang tau..
Apa pun terima kasih atas teguran..
jangan la risau..saya tak de sedikit pun kecantikan untuk ditayang..
hahaha..

TABARRUJ

“Tabarruj, menurut Abu ‘Ubaidah, adalah seorang wanita menampakkan kecantikannya.Sedangkan menurut al-Zujaj; tabarruj adalah menampakkan perhiasaan, dan semua hal yang bisa merangsang syahwat laki-laki…

*MINTAK MAAF LA KALAU ADA MANA2 LELAKI YANG TERANSANG SYAHWAT NYA TENGOK GAMBAR KAK TONG TU..EKEKEK..

sekian..

Comments

  1. muka diana ni macam budak sekolahlah
    under age ye? hehe
    alahai diana, mulut orang kadang tak tahu sebab dan tujuan
    biarlah mereka berkata

    ReplyDelete
  2. terangsang syahwat???? fuhhhhh!!!
    sebenarnya kan kan kan...org yg jarang letak muka atau tutup litup ler yg seksi banding yg bukak boleh nampak segala tu

    silalah tabah ya...kata nak jadi retisss ....larikkkkkssss

    ReplyDelete
  3. Erkkk...ada jugak yang cakap camtu ke?
    Mungkin dia ada tegur ramai orang & Diana 1 of them kot.
    Bagi dia... Diana cantik.
    Hehe...saya banyak tayang gambar.
    Mungkinkah saya tabarruj. Ermmm..
    Tapi, memang saya x cantik, xpelah kot.

    ReplyDelete
  4. haha ayat tak boleh blah terangsang syahwat.. hihi takpela deme glamour tu pasai nak tarik perhatian diana kat dia latu..

    ReplyDelete
  5. kak Tong? hahaha

    Bila menulis blog ni, mmg akan ada sakai sakai anon yg suka suki tuduh sembarangan...bertabah lahhhh..;P

    ReplyDelete
  6. aik? adoi .. macam2 pulak ye, takpe.. hanya kita je yng tahu tabarujj ke tak.
    Mama Niza

    ReplyDelete
  7. adoi gak yang bersuara cm tue

    ReplyDelete
  8. kak diana.. kalau orang tak suka tu tunjuk hujung kuku pun jadi salah.. Kalau yang suka tu tunjuk gambar bogel pun ada yang tak kisah.. so, kita tahu apa kita buat dengan tujuan apa.. cukup la. Nak explain kat orang yang tak suka kita ni bukan senang depa nak terima dari sudut positif.. jalan terbaik.. lantak pi kat dia. hehehehe

    ReplyDelete
  9. pedulikan apa yang org ckp..yang penting kita tahu apa yang kita buat...

    ReplyDelete
  10. pelik jugak ada orang cakap macam tu. bagi aku, tabaruj tu kalau muka make up tebal bagi cun melecun, pakai baju cantik mengerlip, tudung kerawang sana sini baru boleh dikonsider sebagai tabaruj

    ReplyDelete
  11. tabarruj ke tak ke, hanya Allah dan kita je yg tahu..orang lain tak tahu..so, tak payah nak sedap sangat kata orang tabarruj ke apa.. bukan dia nampak pun hati kita macam mana..hahah

    ReplyDelete
  12. Tak mampu nak kata apa. Heheheheh! Cuma rs kelakar yg amat. Adehhh! Apelah manusia ni. Hati macam-macam!

    ReplyDelete
  13. ada ke yang kata gitu diana? Hai, mulut manusia memang tak boleh ditutup macam mulut tempayan.

    Tp kalau tgk Diana macam budak belasan tahun je, awet muda...:)

    ReplyDelete
  14. mulut orng kak xley nak ckp ap.. biarkan shjelah nanti dia diam sendiri.. jealous kot tgok muka akk tu.. hehe

    ReplyDelete
  15. Tak payah la ambik hati sangat apa yg org nak cakap yea...hanya kita jer yg tau nawaitu diri sendiri...Lagipon ni personal blog kennn...soka ati la! Haha

    ReplyDelete
  16. Haa.. ada org kata awk tabarruj ke?

    ReplyDelete
  17. Salam, hmm...xtau lah saye...Tuhan je yg boleh jawab kot, sbb Dia je tahu niat sebenar kita ni..

    ReplyDelete
  18. tabaruj jugak kot sha ni, suka tayang muka comey2...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …