Skip to main content

POCONG GANGGU PENDUDUK KAMPUNG TERSUSUN , TELUK INTAN,PERAK

Assalamualaikum...

Penduduk Kampung Tersusun Balun Bidai di Teluk Intan, Perak tidak lagi berani keluar rumah pada waktu malam selepas pertempatan tersebut dikejutkan dengan insiden pocong bergolek.
China Press melaporkan, beberapa penduduk kampung mendakwa telah terserempak dengan pocong yang bergolek atau melompat-lompat pada larut malam.

Seorang penduduk berumur 22 tahun memberitahu akhbar itu, dia terserempak dengan pocong ketika mahu ke tandas di belakang kedai pada pukul 2.30 pagi pada suatu hari.

"Pocong itu turut mengeluarkan kepala dan matanya yang kemerahan, ia memang menakutkan.
"Pada masa itu terdapat beberapa pelanggan dalam kedai, saya segera menutup kedai dan meninggalkan kedai bersama dengan mereka," katanya.

Seorang lagi penduduk berumur 25 tahun memberitahu bahawa dirinya terserempak dengan pocong ketika menunggang motosikal secara berseorangan pada kira-kira pukul 9 malam.

"Pocong tersebut melompat ke arah saya dan saya pula memecut meninggalkan tempat itu," katanya.
Dalam pada itu, ketua kampung enggan mengesahkan mengenai kejadian pocong bergolek yang menjadi perbualan hangat penduduk kampung, namun satu pasukan rondaan telah ditubuhkan untuk menenteramkan penduduk kampung.
**********************

Pernah jumpa pocong tak??
Orang dulu2 kata kalau jumpa pocong peluk dia kuat2 ..
lepas tu nanti jadi kaya..
heheheh..tak tahu la sahih ke tidak..
siapa berani boleh la cuba..

Berbalik pada berita diatas apa fungsi pasukan rondaan tu ye??
untuk menakut-nakutkan pocong ke apa??
ahhahah...
sekali pocong keluar melompat kat diorang
berterabur semua lari..
kalau penyamun boleh la nak tubuhkan pasukan rondaan..

benda ni senang je..
duduk je dalam rumah.malam2 tak payah keluar la..


sekian..

Comments

  1. Bagus jugak. Kurang kes merempit n pecah rumah kat kampung tu sebab berita ni..hehe

    ReplyDelete
  2. so far tak pernah jumpa.. dan berdoa kalau bleh tak nak jmpa.. takotttttt

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. ini cite betul ke apa ni?
    tapi betul juga kata diana, kalau pocong tu
    melompat dekat pasukan rondaan kan ke naya..hehe

    ReplyDelete
  6. Hahaha nasib baik kat teluk intan.

    rumah mak saya kampung tersusun jugak tapi kat Ipoh. hehehe

    kalo ada pocong bergolek mmg saya lari tak cukup tanah la jawabnye...

    Ngeeeee :D

    ReplyDelete
  7. walaupun dia berbungkus je tapi itulah hantu yang paling menakutkan..

    ReplyDelete
  8. Salam, fuhh...ini hantu yg paling aku takut ni...waktu aku balik kelas malm dgn bf aku, dpd jauh bf aku dah ternampak pocong ni..tbe2 dia ajak lalu jalan lain..aku pun okay je lah, esok baru dia bgtau sebab apa dia ubah laluan, sbb kat depan tu dia kata ada pocong...T_T wuwaa...nasib hijab aku masih tertutup smpi skrng, alhamdulillah...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …