Skip to main content

PATUNG FROZEN EDISI SNOW GLOW ELSA JADI REBUTAN TERMASUK GOLONGAN IBU-IBU.

Assalamualaikum...



Siapa2 yang ada anak perempuan kat rumah mesti  suka dengan Filem Frozen..kan??Tak suka filem,suka watak2 dalam tu je..comel..??kan..kan?Bila keluar je mainan patung Elsa dan Anna memang berebut2 la anak nak beli.


Maisara ni dapat beli patung Elsa je..siap tayang kat kawan2..kawan2 pun ,mula buka cerita.."kami pun ada..tapi mak kami tak bagi main..suruh simpan ja.." hahaha..nampak??Dia pun nak jugak ada patung Elsa dan Anna.

Awak fikir budak je ke yang perangai macam tu??Mak budak pun sama..

kejadian yang berlaku di sebuah kedai mainan di Dublin,menyebabkan peniaga terpaksa memanggil polis untuk menyelesaikan perkelahian yang berlaku didalam sebuah kedai mainan yang berebutkan patung Frozen edisi "snow Glow Elsa"


Permintaan patung frozen edisi 'Snow Glow Elsa ini memang cukup tinggi disana dan kebanyakan kedai mainan kehabisan stok untuk model ini.harga yang ditawarkan untuk ssebuah patung frozen edisi 'Snow Glow Elsa' ialah us$55 .


Kalau tengok patung frozen ni bukan macam patung biasa yang banyak peniaga online jual kat sini..Yang  ni memang keluaran Toys r Us ..lebih comel kan??

Berdasarkan survei patung frozen menjadi mainan yang paling diinginkan kanak-kanak pada tahun 2014.Bukan lagi Barbie...

sekian..

Comments

  1. sekarang ni mana-mana pergi naik biru mata, sebab semua elsa semuanya frozen...hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. Alahaiiii comelnya. Anak buah kita pun haritu masa kita kawen duk cakap 'Ya macam pinses Elsa'. Hahaha. Gasak!

    ReplyDelete
  3. kalau ada anak perempuan pun ku nak rembat 1.. uhhuuh

    ReplyDelete
  4. si kembar tu pon dok ulng citer frozen dia tpy nasib xad mintk anak patung.. bab citer barbie, kembar tu still lyn lg..

    ReplyDelete
  5. salam singgah petang sis...anak buah Diana pun suka sangat dengan Frozen...sampai lagu dia pun dia suka nyanyi...

    ReplyDelete
  6. Comel kan.... Miera nampak di Singapore Toys R Us...

    ReplyDelete
  7. Den dah 4 5 kali kena beli ni.....baru ada sorang anak pompuan...ke 4 5 ....abisss....

    ReplyDelete
  8. Kena sorok dari pandangan nih ...

    ReplyDelete
  9. kan.. ramai sangat yang juling mata tengok :D

    ReplyDelete
  10. smpai tera tue mak budak pon gaduh...

    ReplyDelete
  11. awat comey sangat ni?? sha bukan gila frozen pun dah teruja negok... ish... comey sungguh...

    ReplyDelete
  12. Memg comel cna cni dgn frozen hihi

    ReplyDelete
  13. Salam, haa patutlah berebut, mmg sama comel, tggu tgk yg cetak rompak mesti 'lari' muka dia tu, hahah..rasanya mak2 tu berebut sbb nk belikan tuk anak dia agaknye, haha

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …