Friday, 14 November 2014

PANTANG LARANG BAKAL PENGANTIN

Assalamualaikum..



Dah nak musim cuti sekolah ni siap sedia la dengan jemputan majlis kawen yang memang boleh menjimat kan gas dan duit belanja dapur kita,muahahah...Ada bakal pengantin  yang baca blog semput saya ni?/kalau ada meh makcik cak cerita sikit pasal pantang larang bakal pengantin.

Pantang larang ni biasanya diamalkan zaman2 dulu ,40 hari sebelum majlis akad nikah.Sekarang dah lain.Tak banyak pantang larang yang diamalkan..,tapi ada jugak yang sesetengah benda tu diaorang ikut juga.Ikut keadaan la..Mana yang elok ikut..yang mengarut tu tak payah la ikut ye...Jom tengok apa pantang larang sebelum diijab kabul kan.



1-jangan keluar bersama pasangangan 40 hari sebelum dinikahkan.sebab  ia untuk mengawal nafsu dan menerbitkan rasa rindu dendam pada bakal suami.Perasaan tu katanya akan membuatkan wajah bakal pengantin akan berseri-seri.

2-jangan bermalam di rumah orang sebab takut terkena ilmu yang tak elok.seperti disantau atau sihir oleh orang yang berdendam dan sebagainya.

3-Tidak makan nasik dengan gulai atau berkuah supaya perut tidak buncit..Elak kan juga ulam2 yang berbau kuat seperti petai dan jering.Makan hanya sekali sehari.Makanan laut juga perlu dielak kan kerana ia banyak toksid.Elak kan air soya kerana ia tidak elok untuk alat kelamin.

4-tak boleh kencing dan berak serentak di dalam air kerana ia akan melemahkan organ seks.mandi malam juga perlu dielak kan kerana ia akan melemhkan sendi2.

5-jangan beronani,minum minuman keras dan merokok.Tidur dengan cukup 8 jam setiap hari.

6-bakal penagntin perempuan jangan terlalu menonjolkan diri di depan keluarga bakal pengantin lelaki.

7-jangan bercelak atau memotong rambut seminggu sebelum diijab kabul.

8- sebelum diijab kabul ,bakal pengantin tidak boleh tidur di katil kelamin.ianya tidak manis.

9-lempar baju diatas bumbung rumah tanpa pengetahuan orang lain bagi mengelak kan hujan di hari majlis berlangsung.



10-ketika disolek oleh mak andam,pengantin dilarang melihat cermin.ianya boleh menghilangkan seri.

11-jangan makan kepala ayam,nanti mengantuk ketika bersanding.

selepas nikah gantung...

1-jangan biarkan bakal pengantin perempuan tidur sendirian.Bilik pengantin juga tidak boleh kosong.Pastikan ada ahli keluarga tidur di dalam bilik supaya tidak dikhianati orang.

2-selepas nikah gantung ,pengantin belum boleh tidur bersama.

3-kedua pengantin tidak boleh berbual diatas pelamin ketika bersanding.


sekian...

28 comments:

  1. Amboi, byk btol pantang-larang. Hahahaha! Mana yg logik, bolehlah diikut.

    ReplyDelete
  2. ada lagi ke orang ikut benda-benda ni?hehehe.sayalah tu, bakal pengantin yang dok baca blog akak ni. ;P

    ReplyDelete
  3. waaa.. banyaknya pantang larang.. nasib baik saya dah kawin.. hahaha

    ReplyDelete
  4. 40 ari x jumpa mcm x boleh je tapi akan di usahakan.. sebab 1 kilang.. wakaka

    ReplyDelete
  5. Hahahahaha 40 hari eh ? Kite rasa ritu kita tak jumpa Wan seminggu je kot. Patut kelabu hasap tak berseri. :P

    ReplyDelete
  6. pernah dengar macam-macam tentang pantang larang bakal pengantin ni...

    ReplyDelete
  7. byknyer pntang larangnya..ada yg mmg tau n xtau..hihi..

    ReplyDelete
  8. byknyer pntang larangnya..ada yg mmg tau n xtau..hihi..

    ReplyDelete
  9. banyaknya pantang larang. huuu
    naseb kawen lama lagik. hahah

    ReplyDelete
  10. Nasib dha kawen baru papaglamz baca entri ni.. Hahaha

    ReplyDelete
  11. Da sesetgh yg lya ikut duly x smua hhehe

    ReplyDelete
  12. yang nikah gantung tu tak baikla pisahkan suami dan isteri. Dah sahkan? Tetapi mana lain yang baik ikut ja selagi tidak bercanggah dengan Agama

    ReplyDelete
  13. Ada yeh DR.....rasanya dulu dulu okje main belasah jer tak der pulak berpantang larang ni....tp yg baling baju atas bumbung tu ada buat hihi

    ReplyDelete
  14. Tak cukup napas baca..byk sgt..kesian bkl pengantin...agaga

    ReplyDelete
  15. ha ha good luck yer sesiapa nak ikut tuu

    ReplyDelete
  16. Banyak nya pantang larang, mostly adat je kan? T_T

    yg baling baju atas bumbung tu, saya pernah baca yg tak boleh. :) boleh rujuk sini, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/amalan-meletakkan-baju-pengantin-di-atas-bumbung-bagi-mengelakkan-hari-hujan

    :D

    ReplyDelete
  17. betul tu diana, yg baik jadikan panduan yg mengarut tinggalkan.

    ReplyDelete
  18. Ce trgkn yg no.4 tu... klu musim tengkujuh kita wat cara no.9 agak2 berkesan x,huhuu...

    ReplyDelete
  19. Pernah dengar juga pasal pantang larang ini..

    Jemput Singgah: Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

    ReplyDelete
  20. Lempar baju atas bumbung tu.. er er errr

    ReplyDelete
  21. Orang dulu2 memang banyak pantang larangnya...setengahnye tu mana yang logik memang boleh dipakai demi kebaikkan..

    Mana yang tak logik tu tak payahlah..

    ReplyDelete
  22. Nanti saya akan turunkan petua-petua ini untuk anak-anak saya, terima kasih....
    Petua no 4 itu (tentang kencing dan berak) masih saya amalkan hingga kini... saya rasa ia memang sangat betul...

    ReplyDelete
  23. Bimbang pulak ada yg dibuat boleh jadi syirik kan Dee. Mana yg baik boleh diikut yg tak baik jgn ikut kan...

    ReplyDelete
  24. Zaman skrg ni org pakai mana yg x langgar hukum je kan. Mana yg dosa x buat.. x dosa smua pakat buat x reti je.Dulu2 smua kena patuh kalau x.. Mmg kena sembelih la ngan mak pengantin. Ahaha

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();