Skip to main content

MULAI HARI NI MUAT NAIK GAMBAR SENDIRI YANG TUNJUK MUKA SAJA...

           Assalamualaikum...



Bila saya baca berita di bawah ni saya tak rasa terkejut pun sebab benda ni bukan benda baru..kan??
Tapi masih ramai yang tak beringat pun..Masih lagi nak muat naik gambar2 yang tak sepatutnya...

**********

Kuala Lumpur: Seorang wanita kini trauma selepas beberapa keping gambar peribadinya di laman sosial Facebook (FB) ‘dicuri’ individu tidak bertanggungjawab sebelum disebarkan bersama pelbagai kata-kata lucah pada keterangan gambar itu.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Fizah, 34, berkata, dia mula menyedari beberapa keping gambar miliknya dicuri individu tidak dikenali Khamis lalu.
Menurutnya, gambarnya itu kemudian dimuat naik ke satu akaun FB yang tertulis nama ‘Bertudung Tapi Terserlah’ (BTT).
“Beberapa keping gambar saya disalahguna individu terbabit bagi menjatuhkan maruah saya apatah lagi ia turut mengandungi keterangan gambar tidak senonoh,” katanya.

Menurutnya, individu yang membuka laman FB itu diyakini cuba meraih perhatian daripada pengguna laman sosial lain dengan cara menghina wanita bertudung.
“Jika sekalipun kami kelihatan berpakaian sedikit seksi, namun itu adalah gambar peribadi dan bukan untuk tontonan umum.
“Malah jika ia mengundang rasa kurang senang, adalah baik sekiranya individu terbabit menasihati daripada sengaja memalukan ramai wanita Islam yang baru berhijab,” katanya.
Fizah berkata, ekoran kejadian itu dia kini berasa tertekan berikutan beberapa rakan dan saudara mula bertanyakan hal itu........

*********



Nampak??dah tahu gambar tu seksi dok upload jugak.Ada rakan2 fb saya tu memang bertudung litup pakai baju memang tak nampak kulit ..tapi seluar dan baju yang dipakai ketat sampai menampak kan bentuk badan....Nak jugak upload gambar penuh.Ambik gambar muka je tak boleh ke??nak jugak tayang  badan kat orang..Ini lah salah satu sebab kenapa suami saya memang tak bagi upload gambar penuh..

Ada yang kata bubuh watermark kat gambar,..tak de berkesan nya...watermark ni cuma untuk orang tahu sumber sebenar gambar je.kalau penyangak tu nak curi dia akan curi jugak.jadi hentikanlah memuat naik gambar2 penuh kawan2 ye..Tunjuk muka pun orang tahu itu awak..tak yah la tunjuk sampai ke dada la,sampai ke punggung la..kan??

sekian..


Comments

  1. bahaya la zaman skrg... semakin maju teknologi la ni smkin berbahaya utk kita... pandai 2 la gunakannya utk kebaikan

    ReplyDelete
  2. OK..amik gambar muak jer lpas ni..hehe..

    Tapi memang tak patutlah gi sebarkan gambar org lain.

    ReplyDelete
  3. pastu dia ambik pulak gambar muka tu buat superimpose letak badan orang lain.. org zaman sekarang macam2 tau.. dah habis takde kerja agaknya..

    ReplyDelete
  4. Pengajaran utk kita jugak..
    Huhu.. lps ni kena hati sebelum upload..

    ReplyDelete
  5. bukan main lagi nama FB tue.
    biasanya bila dh terjadi mcm ni mmg boleh buat report.
    page tu akan kena banned nnti.
    nk upload gambar boleh jer.
    tapi hati2 ler.
    skarang ni begitu banyak mata-mata yang memerhati.

    ReplyDelete
  6. moral of the story... kurangkan laa upload gambar sendiri

    ReplyDelete
  7. Kalau boleh, tak perlu upload sgt gmbr. Sekali sekale je boleh la. Tapi kalo org dh busuk hati, kita letak gmbr yg nampak sipi2 pun dia boleh manipulate jgk ye tak?

    ReplyDelete
  8. saya setuju kata lydsunshine tu
    niat orang ni kadang tak tahu

    ReplyDelete
  9. betul .zaman dah smakin maju ..apa2pun boleh buat.nasihat bg wanita..sila lah kurang2 kan mengupload gmbo seksi d fb.sebbnya ada mate2 jahat yg akan membuat sesuka hati.so..berhati2lah yer..

    ReplyDelete
  10. Sebab itu berpakaian dalam Islam ada adab, peraturan dan rukunnya. Kalau dah berpakaian (walau berhijab) pakai terjah saja, bersedialah untuk terima akibatnya...

    ReplyDelete
  11. Kalau bajet bajet diri tu nora danish ok la kot...

    ReplyDelete
  12. Yes, setuju,
    Tapi lebih baik jangan upload terus sebab wanita adalah fitnah terbesar :)

    ReplyDelete
  13. :) makin menakutkan zaman sekarang ni.kena lebih berhati-hati next time

    ReplyDelete
  14. takut la..lepas ni kena upload gambar muka ja..

    ReplyDelete
  15. Salam, yup setuju! btw, aku pernah jumpa satu page yg collect gambar2 pempuan, xkisah free hair, seksi, or even bertudung, mereka siap offer duit pd sesiapa yg hantar koleksi gambar camtu kat diorang...so in FB especially, berhati2 lah..main approved je member2 yg baru kenal...kot lah dia tu selalu 'curi' gambar awak di Fb dan sebar di laman lucah...nak salahkan siapa?

    ReplyDelete
  16. Sha pernah kena jugak benda ni, tapi bolayan je... bila kita dah masuk media ni, kena la hadap risiko superimpose atau gambar kena curi especially kalau gambar kita tu ada stok buat "bahan"... duhhh

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …