Skip to main content

MEMBAZIR BAGI SUBSIDI SEBAB PETANI SEMUA PAKAI KAPCHAI - PM

Assalamualaikum...

GOOGLE


Alahai..bila saya baca berita ni saya rasa sedih nye la..cer kawan2 baca kejap:_


SERDANG, 22 Nov - Kenaikan harga minyak berikutan keputusan kerajaan untuk memansuhkan subsidi tidak akan memberi kesan kepada petani di Malaysia.

Ini kerana petani Malaysia tidak memiliki kenderaan mewah sebaliknya menunggang motosikal yang enjinnya berkapasiti rendah, atau kapchai menurut Perdana Menteri, DS Najib.

"Ianya satu pembaziran untuk memberi subsidi minyak kerana anda semua menggunakan kapchai, betul?".

"Mereka disini (kawasan bandar) memiliki kereta mewah seperti Mercedes, yang mana memerlukan 75 litre minyak untuk penuh", katanya ketika melancarkan Maha Expo 2014, pameran pertanian, di sini hari ini.

Menjelaskan kerajaan akan menyalurkan peruntukan lebih besar kepada sektor pertanian, Najib berkata ia akan berlaku sekiranya mekanisma baru - pemansuhan subsidi bahan api - akan dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Harga terkini bagi RON95 adalah RM2.30 seliter manakala diesel pula adalah RM2.20 seliter. - 

***************




Memang la petani pakai kapchai je..tapi tak de la kapchai tu dia guna 24 jam..Ke kebun je pakai kapchai..Tapi kat rumah rata2 petani semua ada kereta la..bukan cikai2 kereta petani sekarang..



Agaknya pak Menteri masih pandang petani2 ni macam petani 30 tahun lepas kot.Harap2 cepat2 la Pak Menteri bangun dari tidur..

sekian..



Comments

  1. sumber dari mana tu ye? tk pnh nmpk plak..

    ReplyDelete
  2. Harap-harap Kerajaan membuat keputusan bijak untuk membantu Rakyat..

    ReplyDelete
  3. memang nak gelak baca statement ni Diana, aduh! Betul ke PM kita ni???

    ReplyDelete
  4. betullah cakap PM tu...subsidi diesel menguntungkan peniaga2 besar yg kaya...tapi pasti ada masalah yg dirasai rakyat marhaen sekiranya subsidi utk org kaya ni ditarik...

    ReplyDelete
  5. xpernah dok kg kot.. tu ckp petani pki kapcai je.. hukhuk even pki motor pon minyk tu tetap kne beli juga ..adehhh haishhhh

    ReplyDelete
  6. Pakai kapchai tuk noreh,meracun,membaja...Bawa hilux..ranger...Triton.. Storm utk pungut hasil

    ReplyDelete
  7. entah ler bila la depa ni nak mangkit tidoq...

    ReplyDelete
  8. layankan je laa... kita ni ibarat cakap dengan dinding je.. PM mana kisah... akal dia 30tahun lepas punya citer... dia ingat kita sekarang mampu hidup macam 30 tahun lepas kot :)

    ReplyDelete
  9. Ju yang hari2 dok parlimen ni pun makan hati je diana...hari2 bentang itu ini...pelaksanaan? Susah mau cakap...kapchai pun motor...

    ReplyDelete
  10. tahu xpe kak....tp suara kita mn dia nk dgr....dia kat atas...kita ni bwhn je huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …