Skip to main content

MARKAH UJIAN AKHIR TAHUN MAISARA

Assalamualaikum...

Esok kat sekolah Maisara ada hari Anugerah Cemerlang 2014.
Setengah sekolah time ni tengah exam lagi..
tapi sekolah Maisara ni dah siap semuanya..
Buku teks pun dah dipulangkan..dan dah dapat buku teks untuk tahun depan.
Maisara kata ibu ayah kena datang sebab dia dapat hadiah jugak..
siap ugut kalau tak datang dia malas dah nak belajar..
bertuah punya budak...



Kertas ujian pun semua dah dapat..
satu pun tak de yang seratus..
tak pe la..baru darjah satu..
heheh..Periksa kali ni Maisara dapat no 7..
ok la..kan?/masa pertengahan tahun hari tu dapat no 13..heheh.
masa tu ada kertas yang dapat 80 je..
sekarang semua 90+..



pernah cakap kat dia..
tak kesah la kakak dapat no berapa pun..
yang penting markah ujian tu bagus..
Saya ni cuma nak anak kekal dalam kelas perdana je..
kalau dia turun kelas lain takut dia tak biasa .


Ni benda2 yang dia nak kalau dapat no 1-10
lama dah dia tulis ni..sejak awal tahun  lagi.
tulisan pun tak betul lagi..heheh..
Kitchen pun jadi chiken..heheheh
dulu dia dapat no 13 jadi tak berani nak minta apa pun..
sekarang dapat no 7..jadi no 7 cuma boleh minta colour baru je..hahahah..

Ayah nya kata ..mujur tak dapat no 6 dn 8..
kalau tak memang  pitam la ayah..heheheh

dah lama dia tak keluar main kat padang sejak ayah cakap kulit dia makin hitam..

Maisara selalu cakap..

"kami ni malas nak baca buku..sebab tu kalau kami solat,
kami doa lama-lama..sebab kami mintak macam2..
ustazah kata nak apa2 doa je kat Allah..kami selalu mintak supaya dapat markah 
bagus bila ujian.."



sekian..

Comments

  1. haha, pandai maisarah jawab ya..
    apa2 pun tahniah, pencapaian yangmakin baik, ada peningkatan selaras dengan penambahan silibus, tahniah, sila teruskan usaha..
    haha, komen macam yang saya tulis dalam laporan budak pulak, apa pun mmg ok la ni, ada peningkatan yang paling penting... jangan bagi ank jadi stress

    ReplyDelete
  2. Tahniah Maisara....good job...abg qayyum je malas belajar tahun ni...

    ReplyDelete
  3. sy pun konpius tadi kat part chiken set..hahaha.takpe, kecik lagi jangan pressure sangat.biar dia main-main dan enjoy life dulu

    ReplyDelete
  4. kenapa kita baca calon baru.. apekah??? hahaha

    ReplyDelete
  5. Tahniah maisara. Sebaya ngan anak saya ☺

    ReplyDelete
  6. laaa... kitchen set rupenye... baru nak tanya chicken set tu apa...

    takpela... baru darjah 1, lagipun markahnya pon cemerlang... ok la tu...

    ReplyDelete
  7. dapat no7 takpe..janji markah tinggi..budak2 skrg bijak2..
    tahniah adik

    ReplyDelete
  8. Peh! Hadiah tu nmpknya random. Tempat ke-6 dpt laptop? Peh!

    ReplyDelete
  9. Bagus pesan ustazah maisara. Budak baca buku belajar memang liat tapi cuba bagi buku cerita khusyuk tak makan pun sanggup. Budak perempuanlah biaanya Dee (anak-anak kakak kan semua perempuan).

    Tahniah Mairasa.. tunggulah hadiah tak lama lagi dapatlah tu:)

    ReplyDelete
  10. TAHNIAH MAISARA...ANAK2 LA NI RAMAI YG PANDAI2 N CPT MRK BELAJAR...

    ReplyDelete
  11. Yg penting ada semanangat berlumba-lumba, top 10 utk darjah 1 OK lah. Tahun depan dapat lagi baik, insyallah...

    ReplyDelete
  12. mula2 tak dpt tangkap jgk chiken set tu. Mujurlah ibu dia dah bg pencerahan. Susunan ni ikut dan dia je. Kalo dpt no 6, hadiah dia lagi best dprd kalau dpt no 1. Baju, bila2 je ibu beli kalo tiba masanya ye dak.

    Tahniah Maisara, improve drpd 13 ke no 7.

    ReplyDelete
  13. baguih maisara...mintak dgn Allah...tepat sgt! :)

    ReplyDelete
  14. wahh pandai , ok la tu . tahniah kak

    ReplyDelete
  15. Tahniahlah, Maisara. Tak kisah dapat nombor berapa, itu tak penting. Yang penting peratusan tu bagus-bagus semua. Lagipun baru Tahun 1, bukan boleh ke mana pun dengan slip exam akhir tahun tu. Hihihi....

    Bagus cara Maisara. Minta doa kat Tuhan je lama-lama masa solat, masa belajar dikurangkan. Ni kalau beritahu Abang lagi gembira hatinya ramai rakan sebaya berpendapat serupa. Belajar nak buat apa, yang penting kita nak masuk syurga! Aduhai....

    ReplyDelete
  16. tahniah maisara
    mesti bangga ayah ibu anak dapat no gtu kan
    kekal usaha ye maisara, jauh lagi perjalanan tu

    suka bila dia kata, "kami selalu mintak supaya dapat markah
    bagus bila ujian" =)

    ReplyDelete
  17. tahniah.....semoga terus sukses...aminnn

    ReplyDelete
  18. Byk peningkatan, siap da list lgi nak hadiah hhehe pintar

    ReplyDelete
  19. Salam, haha seronoknya kan tgk anak2 dpt markah tinggi2 belake camni..hehe siap ade wishlist bagai haa...aku ingat color tu calon..pelik gak aku, calon ape yg dia nak ni? haha..btw, mainan sofia...sofia tu nme kawan dia ke? haha

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …