Skip to main content

KAT MANA-MANA PUN SAMA NAIK JE...

Assalamualaikum..



kawan saya,orang seberang cerita pada saya yang
harga minyak di sana sudah naik.
Dia rasa2 nak kembali ke sini untuk bekerja..
hehehe...dia tak tahu kat sini pun sama je.
harga barang makin naik..
belum kira bil2 lagi tu..

kata kawan saya lagi disana
sampai ada rusuhan dan tunjuk perasaan sebab harga minyak naik.
Disini belum sampai lagi tahap nak tunjuk perasaan
dijalanan hanya kerana harga minyak naik.
sebab kalau nak berkumpul ramai2 pun tak guna
Tiada siapa peduli....
tak sempat pun ya..

Orang kat sini tengah berlumba-lumba mencari duit.
Yang berkumpul dijalanan tu biasanya orang tak kerja je kot.heheh
tapi kalau tunjuk perasaan di media sosial memang ramai..

Saya katakan pada kawan saya..
lebih baik tinggal disana saja..
dekat dengan keluarga.
Kat sini bahaya..lagi2 pada orang luar..
Orang malaysia sendiri pun ada yang kena kelar,
kena buli apalagi dia yang dari luar
dan tiada siapa2 disini..

kan??

lagipun kat sini dah ramai warga asing...
kami rimas..ekekekkek

sekian...




Comments

  1. Tu la tengok semalam dalam berita dasyat gak rusuhan kat sana ngamuk pasal kenaikan rege minyak..

    Tapi tu la, sama je sana ka sini :D

    ReplyDelete
  2. betullah tu
    semua tempat naik harga

    ReplyDelete
  3. Sbnrnya klu ikutkan, harga global minyak turun. Indon naikkan harga minyaknya sbb katanya uk pulihkan ekonomi indon yg teruk. Takde pilihan, rakyat jdk mangsa. Samalah kes dgn malaysia. Tarik subsidi dan jadikan rakyat sbg mangsa utk lunaskan hutang negara.

    Negara yg byk hutang dgn kes korupsi yg tinggi je akan mengalami nasib mcm ni.

    ReplyDelete
  4. minyak naik dari tahun ke tahun. Perlu kawal perbelanjaan seharian.

    ReplyDelete
  5. semua benda akan naik. this is call inflation..sebab tu kita kena earn n save( invest) more..

    ReplyDelete
  6. Wah...akhirnya, dalam baik Diana minta dia tak balik ke sini ya...:)

    Baca di fb, konon kata harga minyak di Thailand turun - mungkin sekadar sindiran kot.

    ReplyDelete
  7. Pasal rimas ramai org luar di tempat kita ni tak sedap pulak nak inform ye Dee...

    ReplyDelete
  8. Hope harga minyak turun. Jadi beban pulak kat rakyat yang tak berkemampuan.

    ReplyDelete
  9. mana2 pun mmg smua benda naik...sini ke luar negara ke..

    yg miskin terus miskin. duk bandar gaji 4 k pun miskin zaman skrg ni

    ReplyDelete
  10. Memang kow kow mereka kat Indon berdemo bagai..tgk kat berita malam tadi..hihih

    ReplyDelete
  11. Ada juga tengok dalam berita. Memang tak boleh terimalah mereka. Tapi kalau dah naik, naiklah takkan akan turun sebab berdemo bagai. Betul juga tu Diana, dalam sopan kita beritahulah tak payah datang. Duduk diam-diam kat negara sendiri. Hehehe.

    ReplyDelete
  12. nilai duit dah semakin kecil...nak bawa anak2 jalan2 naik kereta kena pikir 2-3 kali...minyak mahal nak ooiii...:(

    ReplyDelete
  13. semua pun nak naik kan..tak de ke harga yang nak turun..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …