Skip to main content

JATUH CINTA ONLINE???

Assalamualaikum..



Jatuh cinta melalui online??siapa pernah??mengaku saja la..bukan berdosa pun jatuh cinta nih..Nak buat cemana kalau dah jatuh cinta kat orang yang kita kenal melaui online.tak pernah jumpa..belum dengar suara..Belum tahu entah dia betul-betul ada atau tidak.Tapi dua-dua pihak sudah meluahkan rasa cinta..Ada beberapa perkara yang awak perlu fikirkan sebelum memutuskan untuk meneruskan hubungan yang masih baru dan belum apa2 ni..



1-Adakah dia serius?
Setiap kali awak online siapa yang menyapa siapa dulu?/kalau asyik awak je yang kena mulakan perbualan dan asyik awak je yang nak kena hubungi dia dulu,lebih baik lupakan saja la..

2-Bila nak jumpa
kena la berjumpa..kan??tak kan nak online saja...Awak pun mesti nak tahu rupa dia tu betul ke atau dusta semata-mata..kan??mana la tahu entah2 selama ni awak chatting dengan 10 lelaki  yang guna akaun yang sama dan nama yang sama...Oh!sedih..sekali ,dua kali dia menolak berjumpa ,ok..kita bagi peluang..kerap kali dia mengelak???ermm..ucapkan selamat tinggal.jangan buang masa awak .



3- Jangan berahsia..
Sampai bila nak bercinta kat online je?Dah masa nya awak kenal kan dia pada keluarga dan kawan2..Untuk keselamatan awak jugak..Eh!kenalkan kat keluarga tu bukan bermakna awak dah nak kawen tau.Itu untuk buktikan dia betul2 serius .Tapi kalau dia asyik bagi alasan je ,cari yang lain je la..

Kadang2 indah yang awak rasa semasa online tu berbeza dengan  dunia  realiti ..jangan teragak2 untuk  mengutamakan realiti..kerana itulah kehidupan yang sebenarnya yang perlu kita tempuhi..


sekian..

Comments

  1. ecah jatuh cinta online tau n laki tu dah pon jadi suami ecah n abi pada anak ecah..hehe..

    ReplyDelete
  2. jatuh cinta online ni ada bahayanya...

    ReplyDelete
  3. jatuh cinta online nie banyak risiko..huhu... kena pandai siasat siapa dia yang kita nak kawan tu..

    ReplyDelete
  4. sangat seram.. online ni ikut nasib je...

    ReplyDelete
  5. Walau dah ramai yang tertipu tapi masih ada yang percaya dengan cinta dalam online... Betul bendul sungguh mereka sampai ada yang sanggup beri duit dan tayang bodi habis demi cinta. Lawak sungguh si-betul bendul zaman ini...

    ReplyDelete
  6. cinta online..huhu..byk kes penipuan. tp ada gak yg sampai ke jinjang pelamin. mcm kawan hb, diorg cinta dlm FB, x sangka diorg ada jodoh

    tp tu la kan, berwaspada. nak2 byk kes menipu duit

    ReplyDelete
  7. pernah jugak kenal someone ni kat online.. memula dia syok kat kita tp kita tolak merajuk 2 tahun.. lepas tu jumpa balik kat online, lepas tu couple 3 tahun lepas tu putus.. dah takde jodoh kan.Yang pasti selama 3 tahun couple tu takde la online je memang selalu jugak jumpa kat luar. last kawen dengan org yg kenal keja 1 opis jugak. tak sampai setahun pun kenal.. dah kawen.

    ReplyDelete
  8. mama dan suami berkenalan melalui online.. zaman kampungchat dulu.. sekarang kami dah pun berkahwin dan punyai dua gegurl.. hihi, kalau dah jodoh........
    Mama Niza

    ReplyDelete
  9. xpernah lagi ada pengalaman ni... tapi member ada jgak terjadi mcm nie.. Alhamdulillah bukan yg jenis menipu... dah nak kawen nnt

    ReplyDelete
  10. Saya kenal hasben online jugak. Tapi taklah bercinta. Bila jumpa face to face barulah putik-putik cinta tu datang... ceh! Tak sampai 5 bulan kenal kitorg bertunang dan nikah 5 bulan kemudian! :D

    ReplyDelete
  11. kena hati hati juga apepun..kalau dah jodoh tak kemana

    ReplyDelete
  12. sy pun masih dgn 'dia' dr zmn myspace. gila klasik kn? hihihi. alhmdulillah da nk msuk 9tahun. tggu mse nk kawen, insyaAllah :)
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
  13. Haha Senyum he baca... sha dengan hasben pun bertemu secara online kat group persatuan single dalam FB... alhamdulillah.... dah kawin.... yeyyy

    ReplyDelete
  14. aida & asben, asal nyer jumpa online ~ thn 1997. masa tu internet kat malaysia ni baru nak ada.
    gi cyber cafe chat kat mirc...
    tapi x jatuh cinta la.
    dia balik m'sia, jumpa baru jatuh hati :)

    ReplyDelete
  15. saya kenal ngan husband pun melalui internet masa tu kenal kat satu forum nama teratak anna abadi...

    ReplyDelete
  16. Salam, owh mujurlah aku jatuh cinta sebelum laman sosial dan teknologi berkembang..klw x, mesti dh tangkap cinta online aku ni..haha

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…